Kami yang ditinggalkan...

Tiada duka yang abadi.. sila klik

Sedih... dah hampir tiga bulan Dabu tak balik.. we 
are missing him like crazy.... Tompok pun hilang lagi selepas itu.  Namun Tompok "the fighter" kehilangannya tidak begitu dirasai sebab sentiasa hilang dan muncul kembali namun kini ia terus tak balik-balik. 

Dabu.. kesayangan semua 
Dabu memang kucing yang hidup di dalam sangkar pada mulanya tetapi bila ia sudah pandai mengawan kami lepaskan ia untuk hidup bebas di luar rumah.  Tersangat manja mengalahkan anak sendiri.  Hobinya bila nampak kami, ia akan terus tergolek minta diusap-usap.  Itulah rutin seharian.. di usap-usap sampai berasap tangan kami.

Dabu pernah juga dilanggar kereta dan tayar kereta terkena bahagian peha dan  pangkal bontotnya.  Lama dia mengeram di bawah pokok misai kucing walaupun telah diberi rawatan.  Dengan kuasa Allah swt dia sembuh  dan aktif bergaduh semula.  Amat berharap Dabu masih hidup dan semoga satu hari nanti, ia akan singgah semula untuk duduk-duduk di bawah pokok misai kucing kegemarannya itu.

Kami bersedih lagi apabila pagi Isnin 22hb April lalu Abu pula pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.  Dabu dan Abu merupakan adik beradik satu emak satu bapa tetapi berlainan tahun ( batch lain).  Rutin saya pagi-pagi setelah memberi makan anak-anak kami yang ramai di dalam dan di luar sangkar, ialah menyiram pokok-pokok di persekitaran rumah.  Namun kelibat Abu tidak kelihatan.  Selalunya setiap kali saya menyiram pokok-pokok atau berada di luar rumah, anak-anak kami yang diluar sangkar akan turut menemani saya.  Minta di usap-usap, bermanja-manja, buat perangai nakal minta kerap dimarah konon... 

Hairan juga ke mana si Abu pergi.  Ia jarang merayau jauh-jauh.  Waktu makan pasti ada dan tidak pernah miss.  Kemudian tiba-tiba saya melihat seekor kucing terbaring dibelakang pasu pokok bunga lili saya.  Aik.. selalunya bila proses penyiraman sedang berlangsung, tiada siapa yang berani melepak di situ.  Di sebabkan tidak berkaca mata saya pada mulanya ingatkan si kontot kucing jantan saya yang lain bermain "hide and seek".  Hati terdetik juga.. akhirnya baru saya perasan itulah si Abu.  Seolah-olah sedang tidur gayanya.  Tidak tahu pukul berapa ia telah pergi meninggalkan kami semua buat selamanya.  Sampai sekarang saya tidak tahu punca kematiannya.  Tidak ada buih dimulutnya, tiada kesan di patuk, pergaduhan mahupun darah.  Tidak ada kesan apa-apa.  Ia seperti sedang tidur nyenyak walaupun badan sudah keras kejang.  Abu telah di tanam di tanah kami di Rantau Panjang.  Kakak yang mendapat MC hari tu telah mengikuti ayah menanam Abu.  Ayah kata dengan berbalut suratkhabar kakak meriba Abu dan menciumnya berkali-kali sebelum disemadikan di sana.  Di saat saya menaip entri ini, airmata bergenang tak berhenti... semoga Abu tenang disana.
Abu yang handsome
Pergi tak kembali

Tinggal kenangan

Abu semasa muda.. sangat manja & menurut kata. Hobinya duduk dalam sangkar temankan Oren tapi bila penat atau nak lepak-lepak Abu akan minta dikeluarkan.. itulah  acara hariannya.. almaklumlah badannya sangat panjang.. nak mengeliat kenalah keluar .. 

Ini pula si jelita Oren.. dia ni pangkat anak saudara kepada Abu dan Dabu.  Menjadi rebutan kucing-kucing jantan yang lain kerana kejelitaannya.
  
Pagi 12hb Mei baru lagi ni.. Oren pula telah keluar dari sangkarnya.  Tidak tahu siapa yang terlupa mengunci pagarnya.  Dua hari lepas Oren baru sahaja melahirkan seekor anak.  Namun anaknya mati kerana lahir tidak cukup bulan.  Mungkin  ada lagi anak kucing di dalam perutnya kerana perut Oren masih besar. Kemanalah Oren pergi dengan perutnya yang memboyot tu.. Ia sudahlah tidak biasa hidup di luar sangkar.  Selalunya kami akan masukkan Abu ke dalam sangkar untuk menyenangkan hatinya.  Dan amat berharap juga Oren akan melahirkan anak-anak baka si Abu.   Mungkin impian ini hanya tinggal khayalan dan tidak akan menjadi kenyataan.
Kumpulan ini cuma tinggal si ibu sahaja yang masih hidup.. masa ni meriah sangat.. time makan dan time bermain ialah masa happening mereka.  Kini juga tinggal sebagai kenangan.
tiada lagi sesi mandi manda bersama Dabu

biar wangi kata ayah

menjemur diri di panas pagi

jilat jangan tak jilat

berjam-jam.. selagi tak kering

Bersama si manja hitam yang telah dulu mati kerana wabak penyakit.  Dabu sahaja diantara lima  beradik  satu batch yang terselamat ketika itu

Kemudian lahirlah Becok dan  Kontot dan dua beradik lagi.  Becok paling kanan . Namanya diberi begini kerana ia tersangat peramah.  Memang selalu saya kena lecture oleh si Becok.  Kontot berada paling kiri sekali... nama diberi kerana hobi empat beradik ini satu waktu dulu ialah tidur di dalam enjin kereta saya.  Kejadian malang telah berlaku apabila saya telah menghidupkan enjin kereta tanpa menyedari empat beradik itu sedang tidur.. apa lagi bernasib malanglah si Kontot kerana ekornya putus di libas kipas yang berpusing di hadapan enjin kereta.  Kesian.. sampai sekarang saya "feel guilty" dengan si Kontot.

Rindu dah.. dua beradik lagi kami beri kepada orang lain

Proses perpindahan ke pemilik baru.  Ketika ini ada seorang student mr hubby yang bersedih kerana kematian kucing kesayangannya.  Kami menghadiahkan dua beradik ini kepadanya

Sedih dan takut.. semoga dua beradik ini sihat walafiat dan mendapat penjagaan yang lebih baik dari  pemilik yang baru.  Selamat tinggal sayang..




latest collection.. anak-anak si ibu Itam

Mujurlah ada si kecil-kecil ini anak si ibu Itam buat penawar rindu. Kini mereka dah pandai makan dan bermain-main.  Ibu Itam yang berbadan kecil dan kurus sudah tidak menyusukan anaknya lagi.  Mujur juga masih ada si Kontot dan si Becok.  Sekurang-kurangnya ada lagi yang masih boleh di sayang-sayang.  Walau bagaimanapun yang hilang dan mati akan sentiasa dikenang selagi hayat dikandung badan.  Mujurlah masih ada yang lain.... alhamdulillah

MODE : BERDUKACITA

Comments

  1. Hai.. teringin pulak nak bela sekor...dulu kami ada sekor..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?