Do one thing everyday.. that makes you happy

ku tahu ku ada Mu... sila klik

Berpagi-pagian bermandi peluh menyapu sampah akibat dari daun-daun yang gugur dari pokok -pokok Buccida saya memanglah amat melelahkan.  Hattrick .. 3 hari berturut-turut dok menyapu dedaun kering dan kekuningan yang tetap gugur bertaburan bertebaran.  Bukan sikit-sikit.. sepagi dapat sekarung penuh plastik kampit sampah hitam tu.. Mengalahkan musim luruh di Wolves satu waktu dulu.  Aktviti cuti sekolah dari sopir menjadi tukang kebun @ gardener pulak..    Namun sebenarnya ini hanyalah untuk melekakan dan menenangkan perasaan cuak dan resah gelisah kerana anak-anak yang sedang berhadapan dengan musim "imtihan" ini menjadikan emak kamu berdua ini sedikit gundah gulana.  Ya Allah... permudahkanlah segala urusan mereka.. jadikanlah mereka anak-anak yang fakih.. tenangkan hatinya, terangkan hatinya, tajamkan ingatan mereka.. hanya doa dari emak ayah senantiasa mengiringi kamu berdua di sana.   

Bittaufiq wannajah! Maannajah! Najah fil imtihan!

Selamat berjaya.. Ganbaree! Do your best!.. amin

Nota : Menyapu sampah daun-daun kering ini memang tiada pengakhirannya... bertabah sahajalah..

Dah kemaskan... barulah boleh "menjamu mata " di luar.. dan mengukur apa yang patut pulak..
well..well...  sama pulak
Masha Allah.. matching  dengan blaus yang emak pakai ini... hahaha! tak belilah.. ngaum.. ngaummm aja! hahaha...



miss little ini pun tak menang leher.. nak mengaumm juga!

tak menang tangan mencuba itu dan ini.. takpelah.. asal for sure... that makes you happy!  Bukan nak beli pun.. haha..

Belum habis ber"window shopping" bergangnamlah pulak perut ni.. marilah kita singgah lunch di  The Chicken Rice  Shop dulu.  Dalam mangkuk ni actually adalah buah nata.  Nama glam ~ Rainbow Delight.. 

Signature dish  ~  Hainanese Chicken Rice.. boleh pilih kalau nak ayam di kukus, di panggang,  honey BBQ atau  braised chicken.   Jangan risau rangkaian restoran ini di sahkan halal oleh JAKIM.

Set Hainanese Chicken Rice   

Hainanese  Curry Chicken... sedap.. should try 

Signature appetizer ~ 2 pcs of Nyonya Pie Tee... atau pun popular dipanggil "Top Hats" .. intinya di isi dengan shredded vege dan chicken serta di topping dengan sos pedas manis..  dan crunchy fried shallot.. saya suka!

every table ada sahaja mangkuk2 nih..

Ipoh bean sprouts.. taugeh tu! sangat suka.. segar dan ranggup

Dipping sauce.. fresh chillies and ginger too.. ginger tu sahaja yang saya tidak suka.. 
Verdict :  Saya memang suka dengan hidangan yang disediakan di The Chicken Rice Shop ini jika nak dibandingkan with nasi briyani or anything yang heavy dan yang sewaktu dengannya.  Healthy and delicious!  Rasa ringan sahaja masakannya tanpa banyak rempah dan lebihan minyak yang made my stomach tango or my taste bud "meloya" after ate it.  Jadi tak boleh nak bagi komen yang jujur sebab nanti berat sebelah pulak..  anyway.. anythings that makes you like to eat .. or that makes you happy.. why don't you go.. and have a lunch or dinner there! Try it for yourself.. What? The price? oklah.. affordable.. contohnya seperti set di bawah ni.. ada berbagai set hidangan, a la carte menu pun ada.. so teringin?  JOM la..





Alhamdulillah ..  lepas lunch ..kita sambung lagi... whaa... look at that!  KAWAI !...  (so cute and sangat comel kata Japanese..iya ke? )  Bila tengok small shoes ni..  amat terasa anak-anak dara saya yang empat orang tu semuanya dah besar ... dan emak di sini semakin kecil.. huhuhu... how time flies..

peplum apa ke? sana-sini fesyen Saloma Bistro ni.. bergayutan.. 

Selesai "window shopping" sebelum balik tu... kita dinner eh.. balik rumah boleh beristirehat extra sikit.. ish!!

Masih tidak faham.. kenapa menghidangkan makanan menggunakan kuali bagai nih.. abang yang order ni ya.. Kuey Teow Cantonese kot namanya.. wallah hu alam

Hot plate Yee Mee... pilihan yang lain.. nyamm!


Bismillah hirrohman nirrohim...

Hari tu.. buah berry ajaib kami berbuah tersangatlah lebatnya.. hari-hari saya menuai..alhamdulillah.. entri tetiba..

Murtabak Maggi  ini sebenarnya permintaan anak-anak.  Kadang-kadang kalau dah blurr tak taw apa nak hidangkan untuk brekkie.. sekali-sekala sedap juga..

Sebungkus maggi cukup untuk seorang makan atau kalau yang makan tak banyak tu.. sharelah untuk dua orang tapi pastikan di potong dua.  Nanti bila dah rasa.. mulalah nak gaduh nak lebih.. tadi kata nak makan sikit aja.. hahahaha..(adegan biasa..)

Untuk yang tak pernah buat tu.. bolehlah cuba untuk minum petang ni..  apa?  nak resepi? hahaha.. ni resepi hantam sahajalah pun boleh.  Nak resepi happening ke nak resepi koboi macam yang selalu saya buat? hahaha... apa-apa ajalah ya.. Pertama.. mee maggi (mee cintan ke.. mee sedap ke.. apa-apalah brand nya ) di masak  kosong dengan air panas, bila dah lembut meenya.. toskan (buang airnya).  Kemudian untuk resepi yang lebih happening seperti yang ayah selalu buat..  tumiskan bawang merah bawang putih, masukkan daging ayam cincang, sayur campur pun boleh.. dan masukkan perencah mee maggi tu.  Goreng sampai masak.  Kemudian pecahkan tiga biji telur ( 1 peket mee = 2 atau 3 biji telur ) dalam mangkuk yang berasingan dan masukkan bahan tumisan tadi.  Kacau sikit biar ramuan mesra.  Akhir sekali masukkan mee maggi yang telah di toskan tadi. Gaul biar serata.  Panaskan non-stick pan yang leper tu.. bubuhlah miyak sikit..  tuangkan mee maggi perlahan-lahan ke dalam pan itu.  Adjust sikit bentuk mee tu macam murtabak.. biar masak separuh kemudian terbalikkan.  Nah... happeningkan.. masaklah sekejap aja.. macam masak telur dadar tu.. Apa? nak resepi yang koboi pulak?  hahaha.. ni lagi senang.. mula-mula sediakan mee maggi yang telah masak dan ditoskan.  Pecahkan telur dan masukkan perencah mee maggi dan kacau sikit.  Kemudian masukkan mee maggi dan gaul.  Panaskan kuali leper.. dan buat step sama macam kat atas.  Koboikan? .. should try!
Ni kari kepala ikan salmon yang dihantar oleh jiran saya untuk dinner dulu .. jemput! sesiapa yang ingin mencuba specialty kari kepala ikan ni.. sila mampir di restoran De Perdana Cafe di AP ya.. restorannya opposite deretan 99 Speed Mart.. sila cari.. 
Sup ayam dan bayam  bercendawan Enoki dengan telur.  Sangat sesuai untuk anak-anak yang baru nak belajar makan sayur.  Resepi sangat senang.. Tumis bawang putih hingga wangi dan juga hirisan ayam, masukkan semangkuk air dan biarkan "boiling" dan campak semua sayur-sayuran (suka hatilah nak sayur apa pun) dalam periuk, perisakan dan last sekali masukkan sebiji telur.  Tutupkan api.. tadaa...
Rich Man Poor Woman ~ J-Drama
Menghabiskan masa-masa yang ada dengan menonton J-Drama.  Dasar pandang ke Timur tu.. ha..aa.. mari baca sinopsis yang telah saya copy paste ini..


Synopsis / Wiki / Plot

29-year-old Toru Hyuga (Shun Oguri) is a wealthy man. He first started to run an internet website from his small room and his hobby began to make Toru Hyuga a lot of money. Nowadays, he doesn't like to socialize and if he somebody comes to him he suspects that they may want his money.
Chihiro Sawak (Satomi Ishihara) attends a job far and by an unexpected occurrence begins to work for Toru Hyuga. Chihiro Sawaki soon realizes that Toru Hyuga isn't so bad. There's pureness in him and also a good deal of loneliness. She also begins to have feelings for him.


Verdict ~  Pertama kali terpaku tonton J-Drama.  Patutlah kak ngah selalu kata K-Drama membosankan.  Rupanya citer Jepun ni lagi better... dari segi masa lebih menjimatkan.  Di bandingkan dengan Korean yang sampai 20 episod , Japan drama hanya cuma 10 episod sahaja dah settle.. so tak payahlah short cut.. boleh start dari episod pertama ~ episod 10.  Kemudian ada extra satu special siri sebagai sambungannya.  Tada... dah habis tonton!  Lakonan pelakon lelakinya Shun Oguri sangat terbaik.. should tengok kalau free.. dozo..  dozo .. manfaat : dapatlah belajar sikit-sikit bahasa Jepun nih.. ha.. persediaan kalau nak melancong nanti.. hahaha.. ayah.. harap baca!!


Diantara sifat iblis adalah..

"ana khairun minhu / minha"
(saya lebih baik dari si dia).

 ~ petikan dari status kak ngah hari ini.. renung-renungkan..

SELAMAT BERCUTI

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?