Posts

Showing posts from May, 2013

Do one thing everyday.. that makes you happy

Image
ku tahu ku ada Mu... sila klik Berpagi-pagian bermandi peluh menyapu sampah akibat dari daun-daun yang gugur dari pokok -pokok Buccida saya memanglah amat melelahkan.  Hattrick .. 3 hari berturut-turut dok menyapu dedaun kering dan kekuningan yang tetap gugur bertaburan bertebaran.  Bukan sikit-sikit.. sepagi dapat sekarung penuh plastik kampit sampah hitam tu.. Mengalahkan musim luruh di Wolves satu waktu dulu.  Aktviti cuti sekolah dari sopir menjadi tukang kebun @ gardener pulak..    Namun sebenarnya ini hanyalah untuk melekakan dan menenangkan perasaan cuak dan resah gelisah kerana anak-anak yang sedang berhadapan dengan musim "imtihan" ini menjadikan emak kamu berdua ini sedikit gundah gulana.  Ya Allah... permudahkanlah segala urusan mereka.. jadikanlah mereka anak-anak yang fakih.. tenangkan hatinya, terangkan hatinya, tajamkan ingatan mereka.. hanya doa dari emak ayah senantiasa mengiringi kamu berdua di sana.     Bittaufiq wannajah! Maannajah! Najah fil

Come What May

Image
Pejam celik pejam celik. Bulan Mei yang baru sahaja bermula kini kian hampir berakhir. Semuanya dah selamat.. dengan ucapan selamat hari buruh, selamat mengundi, selamat hari ibu, selamat hari guru..selamat meraikan kedatangan bulan Rejab dan selamat berpuasa sunat.. selamat.. selamat! Orang Filipina pula apabila mengucapkan perkataan selamat bermakna mengucapkan "terima kasih". Terimakasihlah ya.. semua dah selamat! Alhamdulillah...  Suka dengar rentak lagu ni.. "separuh aku" oleh NOAH.. sila klik Meraikan 1st May "Labour Day" di rumah pakar kek ~    Owner/Cake Artist at  Fawie's : bake-a-wii "Labour Day" atau hari meraikan pekerja ini memanglah dinantikan oleh semua pekerja.  Siapa yang tidak ingin bercutikan... sehari pun dikira amat berbaloi.  Bagi diri saya yang telah menamatkan perkhidmatan pada akhir tahun 2009, hari pekerja tidak lagi merupakan hari yang dinantikan.  Come what May.. pagi-pagi lagi dah ban