Wednesday, 10 April 2013

Moshi moshi ..

Sila klik dulu you tube ini ya..

http://youtu.be/6m1n9iNQQuE

Lama dah tak berkesempatan nak berblogging.. ini dia check list yang dah settle sempena keberangkatan kak ngah ke Japan.. setelah berminggu-minggu "bertabah" berbelanja, mengemas, mengemas itu ini... mengemaskini.. in and out the box , in and out the bag.. hah!! seolah-olah "never ending packing" dan akhirnya... alhamdulillah... it's DONE!
seharusnya ke London Weight Management dulu... untuk terapikan beg-beg nih..
Jamuan makan-makan meraikan kejayaan dan pemergian kak ngah yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun
Bersama "women behind the scene" ~ jiran saya Puan Hamidah dan Puan Lina

Menu istimewa lain dari yang lain ~ kerabu rumpai laut..hasil kreativiti Puan Hamidah.. dap.. dap!

Nasi hujan panas 

Ayam Masak Merah , Rendang Dendeng special Mak Uda serta My Lamb Black Pepper antara menu wajib ..

Sushi by kak ngah


Laksa Siam sangatlah sedap.. by kak long cik Fara.. tapi mee laksanya tak sempat nak rasa.. dah habis!
Chicken Pie by Puan Lina yang jadi rebutan... umph!

Sate Hj Masmok yang always happening..

Seri Muka Andak sempatlah rasa.. alhamdulillah..
Di antara  yang sempat menghadirkan diri.. antaranya blogger juga teman sekolah kita Puan Rositah dan Puan Zaharah serta kak lang Puan  Siti Hapsah, maaf tak berkesempatan nak mengambil gambar yang lain.. yours truly sangat sibuk you!

Namun.... ~ menyusun jari memohon maaf jika ada yang mendengar khabar sahaja dan merasa berkecil hati tanpa mendapat undangan..(jamuan kecil-kecilan sahaja) ... next time ya.. insha Allah
Beberapa hari selepas itu, jamuan nasi lemak mengiringi majlis doa selamat kesyukuran dan tahlil di adakan di surau kami ~ terima kasih kepada Puan Hamidah juga kerana bersusah payah membantu menjayakannya
Kak ngah sudah berlepas ke Jepun pada 2hb April 2013 pada pukul 11.35 mlm setelah kami semua mula berkampung di KLIA seawal dari pukul 6 ptg  lagi

Anak mak

Anak ayah

Adik-adik yang ditinggalkan pasti akan mengimbau kenangan manis bersama kak ngah dan merasai kehilangan pada awalnya sepertimana pemergian kak long ke Mesir dulu. Seorang di Middle East dan seorang lagi di Far East..  sekarang bilik korang berdua abang dah conquer!

Mak lang Puan Siti Hapsah, mak uda Puan Hjh Siti Faridah, ateh Puan Hjh Kamsiah, acik Puan Hjh Azariah  serta wan Hjh Yan bersama sebahagian ahli rombongan Pancaran Kasih yang insha Allah pasti ada.. alhamdulillah.. Jazakumullahu Khairan Kathira..
Malam tu kami seisi rombongan bersantai di KFC.. Verdict : walaupun as usual, foods at the airport are really Masha Allah .. expensive! namun prasarananya sangat bagus kerana ada playground untuk anak-anak dan yang paling utama dekat dengan surau ... malah air minuman boleh re-fill seberapa banyak yang anda hendak minum.. thumbs up untuk KFC!

selamat jalan sayang.. sayonara!

Get ready

Kak ngah... Narita is welcoming you.. hehehe..


Alhamdulillah... kak ngah dah selamat sampai di Narita airport dan dari Tokyo bertolak ke Akita menaiki bullet train, bagasi besar telah selamat tiba 2 hari kemudian melalui pos laju.. "traveller cheque" yang tercicir pun dah selamat sampai.. alhamdulillah.. dah ber 'skype' bagai... sihat seadanya dan telah memulakan pengajian.. Dan, walaupun kak ngah seorang sahaja "the only girl" di dalam kelas yang seramai 44 orang lelaki tidak termasuk kak ngah.. well..apo nak di kato! semoga semuanya baik-baik sahaja... Gud luck girl!.. amin
~ " Ya Allah... Kau permudahkanlah urusan seharian anak-anak kami, selamatkanlah mereka dalam perjalanan pergi dan balik dan terangkanlah hati mereka .. tetapkan iman mereka di rantauan dan redhokanlah kami... supaya  mereka berjaya dan mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.. hanya kepada Engkaulah kami berserah.. amin.."

(seriau juga... sebab satu malam tu kak ngah kata ada angin kuat cam ribut taufan di luar hostelnya.. takut nak tidor.. Allah hu Akbar!)
Wan KKB kata "wan dah tak larat nak hantar kak ngah kat airport dah.. " sian wan... dah tak kuat macam dulu ~ kak ngah  lahir di KKB masa mak balik untuk berbuka puasa 20 tahun yang lalu.. so apalagi kenalah wan jaga kak ngah & kak long masa mak dalam pantang ... terimakasih mak! i love you!

Wan Cheras kata " dah takde lagi pelukan ketat-ketat dari kak ngah.. kak ngah kalau peluk wan , badan wan rasa segar.. " ~ nostalgia wan semasa kak ngah masuk hospital warded patah tangan ketika di tingkatan satu ..sayu pulak mak dengarnya ...huhuhu.. terimakasih mak kerana senantiasa mengambil berat.. i love you too!

Een dah siap-siap nak pulangkan pinggan mangkuk kat the owner next two doors

Fridge dan freezer dah basuh bersih.. (periuk belanga pun dah settle.. sink tersumbat pun dah ok.. tq mr hubby!.. love you as always..) dan yang paling utama kain baju bertimbun-timbun dah settle berlipat..

Finally... kami sekeluarga di rumah dah "open mini theatre" tonton movie "Life of PI " yang kak ngah down-load untuk adik-adik sebelum berangkat hari tu.. cerita yang sangat " breath taking + spectacular scenery and very recommended " untuk di tonton oleh seisi keluarga... Directed by Ang Lee yang juga telah memenangi Best Director  juga  Best Picture serta dua lagi anugerah yang lain untuk filem ini pada 85th Academy Awards yang lalu.  Sebuah filem yang di adaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama oleh Yann Martel.

Actually... hero cerita ini Suraj Sharma as Pi semasa berusia 16 tahun auranya saling tak tumpah seperti wajah anak buah suami Muhammad Nizammudin... hensem na.. hehehe... sila layari link di bawah ini ya.. untuk maklumat lebih lanjut

http://en.wikipedia.org/wiki/Life_of_Pi_(film)

Akhirnya semoga kak ngah Nur Amira Ilyani dan kak long Nur Amira Nabila yang kini jauh diperantauan dapat menimba ilmu dengan sepenuh hati dan perasaan dan lakukan ini semua dengan niat kerana Mu Ya Allah.. ~ sleep well, eat well, keep healthy , study hard , work smart and we love you!


SAYONARA 
 DAN SELAMAT MENONTON "LIFE OF PI"! 

2 comments:

  1. Salam, Mid antara yang termiss the makan-makan.. last minute something came up la.. what to do, kalau tak buleh makan pie, satay dll.. dan beramah mesra dgn kak Hamidah

    Selamat berjaya utk kak Ngah, bila semua orang mendoakan Insyaallah, segala urusannya di sana menjadi mudah..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih mid.. semoga anak-anak kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.. amin

      Delete