Chan vs Lai.. Halal Restaurant

Malam-malam ni kalau bercerita pasal makan memang happening kan?  .. dan perut yang telah diisi  sebelum waktu maghrib tadi akan kembali bergangnam semula... haruskah kita calling-calling apa yang perlu di calling.. oh no no no no no... apa tunggu lagi, mari kita ber "kway teow.." pula..  JOM!



Kway Teow Kung Fu Mohd Chan...
 mama mia.. mmmuahahah

Kway Teow goreng Mohd Chan ~ merasuk!


Menu Popular minggu ini : Sup Sirip Ikan Jerung a.k.a Shark Fin Soup.  



Kemana-mana kalau kita menghadiri jamuan di hotel-hotel jika mereka menyediakan Chinese Muslim set menu pastilah sup sirip ini akan menjadi watak utama dalam lagenda makan versi makan-makan di hotel dimana ia akan dinobatkan sebagai pelakon terbaik!  Hidangan pertama dalam setiap hidangan yang berperingkat-peringkat. Ya.. memang .. sup ini sangat fofular..

Shark Fin Soup versi Adam Lai 

Shark Fin Soup versi Mohd Chan 
JOM ambil tahu serba sedikit tentang sup ini.. jangan asyik tahu hirup sahaja, ini article yang saya copy-paste kan dari carian di Google.. tipu dia tertipulah kita! Tak payah terjemahkanlah ya... just a simple English 

History of Shark Fin Soup
The story goes that shark fin soup was created by an emperor in the Sung Dynasty (AD 968) who wanted to show how powerful, wealthy and generous he was to his banquet guests. Serving the expensive dish came to be seen as a sign of respect.


How shark fin is served & what it’s made of ~ Shark fin soup is a thickened soup made with chicken and ham broth (and likely some MSG). It can be accompanied by shredded chicken and is either served in “threads” (torn up strands like thick vermicelli) or the fin can be served whole (more expensive). The price per bowl can range from $5 a bowl up to upwards of $2,000 a bowl depending on the type and style of shark fin served. But no matter how it is served, none of the soup’s flavour actually comes from shark fin. It is essentially symbolic.

A Sign of respect.. wah.. maknanya makanan ini disediakan untuk hidangan mewah di raja ataupun orang kaya  tetapi kini boleh dinikmati oleh rakyat jelata mahupun orang biasa sebagai tanda dihargai atau dihormati kot... Namun kebanyakan yang ada disediakan kini adalah "imitation" atau "just a symbol" aja. Amat tidak munasarawak kalau nak makan semangkuk sup sirip ikan jerung ini dengan harga US2,000 atau RM2,000.. hmmm.. kecualilah kalau isteri mengandung di rumah tu yang mengidam untuk makan... barulah munasabahkan.. sedangkan mengidam daging rusa, landak,  unta pun dapat di tunaikan..    Dengan pengharaman tangkapan ikan jerung untuk mendapatkan siripnya maka dengan serta-merta "Shark Fin Soup" kini adalah hidangan sirip jerung yang cuma tinggal pada namanya sahaja.   Jangan tanya saya resepinya kerana saya tak tahu. Sila google sendiri ya... yang pastinya anda memerlukan tebung ubi atau tepung kanji untuk menjadikan sup itu pekat. 

Jemputan pelawaan untuk makan malam di Restoran Adam Lai yang terletak di Seksyen 15 lalu tidaklah seharusnya ditolak walaupun baru sahaja menikmati "a very late lunch" (pukul 5 petang)  dan terpaksa mengenepikan hasrat untuk mengikuti drama siri "Cinta Jangan Pergi" lakonan Tiz Zaqyah di TV9 ( hehehe.. acah aje)  Selama ini hanya berkunjung ke Restoran Mohd Chan di Klang Sentral sahaja kerana terletak berdekatan dengan rumah.  Apa kata kita mencuba pula menikmati hidangan ditempat yang baru dengan menu yang hampir-hampir serupa tetapi dengan kuantiti dan jumlah hidangan yang berbeza.

Menu sexy namanya  : Sayur kailan dengan presentation "Afro Look".. membuatkan een tidak menang tangan untuk meratahnya.. 

Udang Bersalut Tepung bersos lemon

Butter Prawn on the left

Shark Fin Soup


Kerabu Mangga +sotong kembang

Drummet Ayam
Ikan Bawal Emas ? .... dan beberapa hidangan lagi yang tak sempat nak snap sebab nasi dah sampai seperti sebahagian foto di atas.  Restoran Adam Lai ini mempunyai dua cawangan dan salah satunya di No 69 - G Jln Pahat H15/H, Seksyen 15, Shah Alam. 

Kemudian keesokan harinya kami ke Mohd Chan pula di Klang Sentral dalam misi mencari .. pencarian ketam.. 



Apa lagi untuk kakak..  order Dim Sum pula sebagai appetiser.. 

Mana satu Jus Kedondong Asam Boi.. dan Jus Limau Nipis Asam Boi.. mana satu mak punya, mana satu ayah punya..
Verdict :  sangat sedap.. tak tipu!

Sirap Cincau Bandung een

Butter Prawn versi Abdullah Chan..  masih mencuba untuk mengirai telur seperti ini namun sekali pun tak pernah menjadi... huhuhu

Tom Yam campur yang sangat pekat dan happening pedasnya..

Ayah dah kira... 10 ekor udang tertimbus!

Daging Black Pepper +Capsicum

Sup Sirip bersama hirisan cendawan hitam

Kailan segar

Mission accomplished : Idaman Malaya ~ 
Salted Egg Crab a.k.a Ketam Bersalut Telur Asin..  

Verdict : should come and order again or " ayah dah beli ketam dalam freezer tapi tak dapat ilham lagi nak masak bila, tak cari resepi lagi dan tak beli telur masin lagi <<<== alasan lagi!

Asyik-asyik makan "Go Middle East" sahaja,  apa kata kita tukar selera dengan set menu Chinese Muslim food pula ya.. Apa dia ? Verdict? Oooo...


Verdict : Hmmm... Adam Lai vs Mohd Chan? Memang sedap apatah lagi jika ada yang belanja. Terima kasih daun keladi. Lain kali pelawalah lagi..(Psst... kalau kurang menepati selera atau kurang sedap tolong komplen pada yang empunya restoran bukan pada saya ya... ) 



Apa-apa pun bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana memberikan kita rezeki yang murah lagi halal  walaupun sebenarnya harga makanan ini memang agak mahal berbanding dengan set makanan menu biasa seharian.  Memang trend terkini ramai yang  sering berkunjung ke restoran makanan Cina Halal.  Selain kerana agak jemu dengan menu masakan Melayu yang antik dan klasik apa kata kita mencuba menu yang berbeza pula.  Di harap artikel ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada "all the readers" yang baru ingin belajar mencuba masakan Cina Halal.  Cubalah!


Gendang gendut tali kecapi... kenyang perut.. suka hati.. sshhh....
SELAMAT MENJAMU SELERA 

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?