Through the years by Kenny Roger
Through the years by Kenny Rogers... i really love this song.. (lagu "old timer") bila rindu kat mak, rindu kat arwah abah, rindu kat adik-beradik, rindu pada kawan-kawan, rindu kat my hubby kalau dia jauh-jauh outtt station dan lebih-lebih lagi pada anak-anak yang jauh dimata... in sha Allah seorang lagi akan berangkat berjihad menyambung pengajian menuntut ilmu diperantauan... kalau terdengar lagu lama ni berkumandang.. ingat kat saya ni ya yang mungkin sedang merindukan kamu semua!
Kesempatan menghabiskan minggu-minggu terakhir bersama kak ngah agak begitu menerujakan. Mana dia nak mengemas barang-barang yang dibawa balik dari INTeC dan mana dia juga lagi nak "shopping" barangan untuk dibawa ke Nihon. Aduhai... ditambah dengan mana lagi nak mengemas rumah mak yang hampir bersepai tu... ya ke? hmm... percayalah!
Sila klik...
Kesempatan menghabiskan minggu-minggu terakhir bersama kak ngah agak begitu menerujakan. Mana dia nak mengemas barang-barang yang dibawa balik dari INTeC dan mana dia juga lagi nak "shopping" barangan untuk dibawa ke Nihon. Aduhai... ditambah dengan mana lagi nak mengemas rumah mak yang hampir bersepai tu... ya ke? hmm... percayalah!
Kami ke Universal Traveller setelah "all the stores" yang sewaktu dengannya hanya mempunyai kot tebal untuk suhu yang tidak melampau. |
Ni latest design katanya.. mak oi! semangatnya kot tebal nih.. |
Glove tebal untuk menghilangkan gangren |
Dan jaket hitam ala sherlock holmes a.k.a inspector Gadget ini untuk musim yang kurang sejuk.. |
Amboi... si kecik pun tak menang kaki nak try... nak kemana lagi tu.. ke KOREA ke? ehhehe |
JOM ke Kenny Rogers Setia City untuk santapan malam. .. Country Style Chicken Soup pembuka selera + Muffin perisa Vanilla, Banana dan Chocolate |
Chicken 1/4 Black Pepper + Aromatic Rice |
Caesar Salad Supreme + Chicken Garden Salad = sangat-sangat segar! |
Tangy Chicken Pasta Meal untuk abang |
Bukan main merengek nak makan... tak tentu hala nak shopping kalau si kecik ni lapar nak makan .. terpaksalah stop shopping dulu |
Meraikan kak ngah sebenarnya... beberapa minggu lagi nak fly.. kita gather-gatherlah selalu ya! |
Kakak dengan 1/4 chicken nya... |
Ni mak punya.. 1/4 Chicken Black Pepper |
Ayah dan kak ngah makan 1/4 Chicken Smoke BBQ..mmmmm... |
Less fat.. less salt... less calories... hmmm... i loike! |
Verdict : Seperti selalu... Kenny Rogers tidak pernah mengecewakan...
Setelah penat menjelajah keluar masuk kedai... kami ke UNIQLO pula .. sebutannya "UNIKURRO" ya! huruf "R" tu sebutannya tebal sikit ya... ya ustajah..hhehehe |
Untuk yang dah kenyang dan kemengantukan tu.. marilah kita melepak di luar kedai membiarkan kak ngah dan ayah bershopping mopping |
Adegan syok sendiri saya dan dia... bukankah biasa.. hehehe |
Kakak pun dah join the club |
Dah penat.. jom .. jom! |
Keesokan harinya selepas aktiviti di surau kami melawat wan di KKB. Hanya mee mamak dan rojak sebagai santapan petang untuk wan... wan sihat seadanya. Alhamdulillah... |
tea O anyone ? |
THROUGH THE YEARS
bila k ngah nak ke jepun? Sorang lagi yang akan berada diperantauan. Moga k ngah sukses di sana.
ReplyDeletetq ita.. in sha Allah.. pada 2hb April ni Doakan semoga semuanya dipermudahkan... amin
Deletecantik...bila lah dpt pi ngan family nie...
ReplyDeletekak..thanks jemput..in sha Allah..kalu xde aral melintang kami dtg..lame xjumpa akak nie...
ok..
Delete