I-City.. I see you


Sebenarnya dah lama nak update entry pasal I-City ni.  Secara jujur memang tidaklah mendambakan  untuk datang ke sini apatah lagi bila lokasinya dah dekat, selalu kata pada anak-anak ~ "bila-bila pun boleh pergikan..."
  
Awal 2010 dari zaman "winter wonderland dan snoWalk" nya  hinggalah sampai kewujudan "water world" nya .. memang tak pernah kami singgah.  The children pulak sikit-sikit bila holiday aja asyik request turun naik ke Genting sahaja kerana lebih happening.  Namun  atas ajakan kawan lama dari JB yang turun "coti-coti Malaysia" ke Shah Alam ini, akhirnya kami ke sana juga.  Mind you .. kami tak ke winter sonata  atau ke beach party nya ya... kami cuma merewang melihat-lihat keindahan pancawarna ciptaan manusia ini sahaja.  Wah... tersangat gah, tersangat indah replika lampu-lampu yang dihias dengan berbagai bentuk dan warna dan tersangat-sangat panassss.... perkara pertama sebaik sampai ke I-City ialah cari air minuman... cliche betulkan! Bahang.. panasnya weh...

I-City ini terletak di Seksyen 7, Persiaran Permai, Shah Alam, Selangor.  Sebuah perbandaran baru yang serba canggih dan moden dan dikenali sebagai bandar "Information Communication and Technology"(I-City).  Oleh kerana kekerapan melalui jalan berulang-alik  dari Meru ke Shah Alam melalui seksyen 7 atau dari Padang Jawa  , Sg Rasau dalam kegelapan malam merasakan pemandangan hutan lampu yang berwarna-warni  melatari sepanjang Lebuhraya Persekutuan ini  memanglah sangat mengasyikkan.
Bersama keluarga En Aziz yang datang jauh dari JB mengabadikan kenangan bersama.  Kebetulan sepanjang siang mereka sekeluarga ke taman tema air I-City bermandi-manda.  Sempat sudi singgah  bertemu kawan lama sebelum meneruskan perjalanan bercuti ke Cameron.. terimakasih daun keladi (nanti datang lagi) .. kerana sudi datang berkunjung ke teratak kami.
Peace!
Snowman
Seronoknya si kenit dapat explore scenery dari atas cable car... duduk elok-elok ya!

Missy Minnie Mouse.. lip lap lip lap
Kenangan..
Swan and Peacock.. 
Alhamdulillah.. bersama Puan Zila yang kini bertambah sihat dan semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan..amin
Unicorn
Jurugambar akan mengambil gambar pengunjung semasa di atas cable car kemudian bila ada yang ingin membeli, foto itu akan dilekat pada mug.. InshaAllah ada rezeki.. boleh beli mesin pelekat ni!  Next time kita pulak yang niaga kat situ ya.. amin...  Harap maap.. gambar curi Een yang diambil tu.. sila disposekan!
Zazzzz.....
Bunga Giant
Apa-apa pun mari menjamu selera dahulu!
Alhamdulillah.. meraikan tetamu jauh tetapi tidak sempat menghidangkan masakan sendiri kerana kesuntukan masa.
Borak-borak
Seronok dapat berkumpul
Pizza.. pizza...
Anyone?
MashaAllah.. cantiknya bunga tiruan
Pokok-pokok Maple dan Pine sintetik ~ forest of lights
Teman baik saya Puan Azlina dan keluarganya dari Arau, Perlis ini juga sempat singgah ke rumah sebelum ke I-City. Jika berkunjung ke Shah Alam lagi.. jangan lupa singgah Meru na!
Photographer in the making.. hihi.. si comel
Mai lagi na.. 
Indahnya pancawarna 

Verdict : ( Kak Ngah yang kata semasa mengiringi pelajar-pelajar dari Japan ke I-City semasa exchange students ke Shah Alam ) ~ " tak payah pergilah mak... membazir!  Haa.... dia yang kata bukan mak yang kata.. hahahaha.. jangan marah! " 

Note : Verdict ni hanya suka-suka, tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.


Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?