Hari yang sangat panas..

Janji ditepati

Sejak internet down di rumah beberapa minggu ni.. banyak " untold story " berlumba nak masuk entri tapi semuanya rasa dah basi pulak.  Banyak gambar menarik nak upload tapi line internet sangatlah slow motion.  Mungkin faktor cuaca panas dan peristiwa semalam (3/3/2013) yang melemahkan semangat sikit kot...

Peristiwa semalam??

?
?
?
?

hmm.. peristiwa tidak berapa ngeri di level 2, car park KPJ kat Seksyen 20.  Semalam kami (emak, kak ngah, abang, kakak dan een) ke KPJ melawat Ateh yang baru sahaja menjalani operation.  Ayah tiada sebab ada kerja so kami berlima sahaja yang " round all over the town ".  Sedari pagi ada kelas mengaji fetch een to and fro dari surau,  pastu beli buah tangan untuk Ateh di Klang Utama namun tiada apa-apa yag berlaku.  But the car suddenly felt weird... it kept getting warm warmer and warmest... anak-anak komplen.  " Mak.. kereta mak ni panas sangat! "  Yalah... sangat panas... i thought mula-mula maybe sebab ai kan pakai sock and hand stocking.. pastu thought lagi.. age catching up.. sindrome menopause kot..(opss!) panas dan   peluh dah meleleh-leleh " all over my face " jangan cakaplah!  Anak-anak ni lagilah.. buka tingkap tutup tingkap, adjust air-cond, segala yang tak pernah adjust sume di adjust.. kira sume dah jadi pakar adjust air-cond da.. kekekeke... disulami dengan  doa Nabi Ibrahim untuk sejukkan badan berkali-kali

Cari-cari parking kat KPJ.. wah.. rupanya dah ada parking baru.  jom.. jom kita cari parking.. then bila dah nak masuk tempat parking.. suddenly kak ngah kata " Mak! mak!.. kereta dah berasap.. stop..stop.. keluar! keluar! " Apa lagi .. grab sume barang dalam kereta.. sume cabut keluar.. tutup enjin.  MashaAllah.. Berdebarnya jantung hanya tuhan sahaja yang tahu.  Membayangkan yang bukan-bukan akan berlaku.. amboi.. ingat apalah tu.. kereta akan meletup dan terbakar.  Habislah.. habislah..  car park baru pulak tu. Ish..ish.. ish.. janganlah cipta sejarah kat situ.. 

Adoi!  Mulalah call Ateh, call Maklang, call Paklang... akhirnya luckily, dapat juga search  my hubby.  Alhamdulillah.. my hubby  berada di pejabatnya sahaja.. lucky tak out-station yang jauh-jauh tu.. dan sementara tunggu my hubby, Pakteh pun turun dan buat spot check.  My son dah terlebih dahulu buat spot check.. " Bukan minyak yang burst lah mak... air sahaja " katanya.  Alhamdulillah.. legalah sikit.  Pakteh check air.. tuang air.. should be no problem.  Bila my hubby sampai.. check sana sini situ.. ok katanya.  Akhirnya sempat tengok Ateh sekejap sebab Ateh dah discharge masa tu.  Ateh balik dululah ya.. nanti jumpa di rumah katanya dan Een (macam biasa) dah berada di dalam kereta Ateh ngan Aye dan Icha Sepriatasa (hehhehe..).  Apa-apa pun terpaksa drive jugalah kereta saya ini  dan hati masih berdebar-debar.   Temperature kereta tiba-tiba naik kembali bila kereta mulai berjalan.  Mujur my hubby masih ada mengiringi  dari belakang dengan keretanya.  Setelah di diagnosis olehnya, kami akhirnya bertukar kereta.  Peristiwa semalam ...  walau apapun amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana tiada perkara buruk berlaku hanyalah motor kereta sudah tidak berapa berfungsi.  Alhamdulillah.. hari ini dah kembali ok setelah my hubby membawanya ke bengkel kereta Perodua di  Meru. 

Verdict : Selalunya kereta akan mula start meragam jika tiba-tiba mommy berangan nak tukar kereta MyVi ke kereta BMW ke.. (rasanya belumlah berangan lagi sampai ke tahap tu kot! Berangan kereta Morris Minor antik aje................. aje tau... Aiyaa!)

Meraikan Wani dan  Yan, tetamunya yang jauh dari Sabah.. " Boleh bah kalau kau "
Mak, ayah dan abang order Nasi Ayam Kukus... sangat kawwww... RM6 sebungkus.. boleh pilih ayam

Si manja ayah.. kesian Een sun burn teruk sangat.. mak lupa nak sapu lotion masa mandi kat PD.. ate.. belum apa-apa dah terjun masuk kolam dulu

Dua dulang Lamb Kabsya and Roasted Chicken for them

Ini abang punya.. nyammmm!!


Cermin mata baru dah siap setelah yang lama pecah dan hilang sebelah cermin tanpa dapat dikesan.. ( entri tiba-tiba) hehehe.. barulah boleh mem " blog " entri dengan cepat.. mata dah clear.. Alhamdulillah...

Moral of the story : Mengingati diri dan anak-anak serta semua yang membaca untuk menghindarkan diri dari kemalangan, selalulah bersedekah  dengan menderma dan berbuat kebajikan.  InshaAllah.. semoga Allah melindungi dengan memberkati dan merahmati kita di sepanjang perjalanan kita menempuh kehidupan di dunia mahupun di akhirat nanti. Amin



Firman Allah swt :

" Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. " Al Baqarah (2) : 261

Kelebihan bersedekah di antaranya adalah seperti berikut: 

" Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyapkan perasaan takbur dan angkuh, dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan ” 

SENYUMAN JUGA ADALAH SEDEKAH





Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?