Cameron Highlands ~ wish you were here Pt 1

Dah rindu ngan encik Aris dan Izzah le tu.. sapa tewww?  hahaha.. untuk yang tak tengok "Ombak Rindu" tu lupakanlah ya.. cerita adegan kontroversi antara Aaron Aziz dan Maya Karin.  Dua-dua ni memanglah pelakon idaman Malaya.  Duniawi belaka.... mind you.. penggambaran filem ini dijalankan di Cameron Highlands (CH) ha.. disinilah.. wish you were here!

Percutian yang pada asalnya untuk ke Langkawi terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. So kita tukar channel ke Cameron pula.  This is not the first time.. and sure this was not the last one ya!  Actually masa zaman berkerjaya dulu every years kita kena naik ke bukit tinggi ni.. you know why... because mommy want to sleep..( sleep yang nyenyak sikit.)  Satu waktu dahulu ketika anak-anak masih kecil selalulah berjaga malam sebab budak-budak kecil ni bukannya kira masa.. time dema nak minum susu  .. they didn't care what's the time..so tidur agak terganggulah.. pastu kalau weekdays sebelum subuh dah keluar rumah pergi kerja.. tu dah  bila dah besar sikit ni.. kasi can mommy tidur lama sikit ek.. tanpa gangguan! Tidur tanpa air-cond tapi sangat sejuk.. bestnya!  Alhamdulillah.. i love cool places..

Sekarang...  Nur Amira Izreena masih lagi menjadi roomate kami..
Dulu di Cameron.. Izreena belum berhijab lagi... heee..
My hubby memang jarang berhenti dari bekerja (he's a truly workaholic ) so bila pelawaan untuk bercuti datang darinya janganlah sekali-kali ditolak.. tapi  disebabkan percutian "bidan terjun" ini lagi maka bila check "online" untuk penginapan sentiasalah sahaja penuh untuk  tarikh yang kita diingini. Habih camno?.. worse come to worse kita redah ajalah.. macam tak biasa pulak.  Alhamdulillah... setelah naik pening menalipon segala nombor akhirnya dapatlah sebuah apartment yang selesa untuk kami anak beranak di Brincang.  Apa nak buat segala bilik di Tanah Rata semuanya sudah penuh.  Kebetulan hari Sabtu ialah pasar malam.  Sabar ajalah... telan air liur ajalah bila semua bilik di Country Lodge penuh.  Anyway, kali ni saya tidaklah berhajat untuk tidur... (dah pencen ni.. bukankah waktu tidur sesuka-suka hati saya sahaja..hehehe.. GMlah katakan) .  Kami hanya gunakan apartment ini untuk tidur diwaktu malam sahaja.  Namun apartment ini sangatlah selesa.. untuk tidur setelah meronda seharian (keluar pagi balik malam).  No masak-masak.. ai nak coti-coti masak dan basuh membasuh pinggan ya! Hmm.. jom intai-intai deco dulu..


Bilik boss.. i'm his roomate

een dan kakak's room

Abang dah booking bilik kecil di depan ni.. 

Dapur  kering.. sebab tak masak apa-apa..  kering ajalah.... 

Dapur basah.. sambil basuh tangan basah-basah tu.. boleh renung2 kawasan persekitaran

Dining table sangat cute... 
Dulu-dulu bila kami berpergian bercuti dengan anak-anak yang masih kecil, saya bercuti memang untuk tidur.  Lagipun bukannya dia orang ingat pun kemana kami bawa .. rutinnya bila saya tidur maka mereka akan tidur sekali.  Bestkan.. tak payahlah nak stress anak-anak menangis penat ke apa..    Kemudian bila kita membawa anak-anak yang remaja pula bersama untuk bercuti adalah membuang masa untuk melepak atau tidur sahaja dibilik. Oleh itu disarankan untuk membawa mereka keluar dari tempat penginapan untuk "explore.." .  So tempat penginapan yang mahal atau mewah adalah tidak perlu kerana ini akan membuang duit sahaja kerana seharian dari pagi kita akan merewang dan akan balik ke bilik bila dah malam buta.  Apa yang penting ialah keselesaan bilik air dan bilik tidur. 
Untuk penggemar teh.. lihatlah!



saujana

Ops.. sebelum naik bukit tu.. kita breakfast kat R & R dulu ya... tiba-tiba..hehehe.. nasi lemak sedap tau.. bau wangi!

ha.. kat sinilah encik Akmal dan cik Izzah.. ops cik Izz... reena  merewang... amboi! Ombak Rindu...






Inilah dia Ye Olde Smoke House

Hanya dibenarkan masuk untuk yang dah "booking" sahaja.. 



InshaAllah.. bila makcik  Rehan dan pakcik Azlan anda ini dikategorikan sebagai warga emas nanti, maka seharusnya pada masa itu kami ber"couple" mengunci bilik di Ye Olde Smoke House .. barulah romantik dan barulah afdal nak melepak di bilik yang "old timer" sambil terkenang-kenang zaman muda-muda beranak dua di Wolverhampton dulu. Bersantai-santai sambil baca buku M&B sebab masa tu nak berjalan pun dah tak berkudrat sangat kot.. hehehe...  gurau-gurau eh!

Kita jumpa lagi di next episode di Cameron Highlands ya... 
Strawberry.. satu kemestian


Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?