Bon Appétit..


"Hidup untuk makan."  Dulu ayat ni memang suka sangat kawan-kawan tulis kat autograph.  Ya lah.. memang tak dinafikan kan.. kan...

Semua orang suka makan.. suka suka suka.. tapi makanlah dengan berhemah.. panggil ayah makan, abang, kakak dulu.. duduk elok-elok.. baca bismillah dulu.. baca doa makan.. basuh tangan bersih-bersih (kalau pakai sudu pun basuh juga ya..) tangan kanan.. ambil makanan yang paling dekat dengan kita.. cicah garam sikit kat lidah kita (untuk elak disantau kalau makan kat luar kot).. seeloknya makan buah-buahan dulu sebagai appetizer.. pastu solat dulu kalau belum solat (kes berbuka puasa..) pastu baru makan "heavy-heavy"" tu.. apa ni? tulis serupa bikin ke nih? hahhahah.. insha Allah.. sebab saya ni type makan yang tak makan sekali banyak-banyak tapi makan dalam "potion" yang sikit tapi banyak-banyak kali ... sama kuantiti ke?

Tu bab makan.. bab masak lain pulak... hari-hari saya akan masak sebab hari-hari saya wajibun masak.. tanggungjawabkan.. dulu-dulu masa tiada maid dan anak baru dua orang.. balik kerja terus masak.. kentang kenting kentong kat dapur.. kalau tak sempat sebab banyak kerja kat ofis dan dah penat, saya dan mr hubby akan makan diluar tapi itu dulu... (masa anak dua orang).  Restoran famous masa tu Restoran Wira Sejati kat Sek 24.  

A few years after.. masa we all followed mr hubby sambung belajar .. saya memulakan tugas sebagai a full time cook @ chef non-stop... sebab apa? bukan tukar profession ya.. tapi sebab semuanya tak halal kat sana.  Tak beranilah we all nak membeli sembrono all cooked meals kat sana yang tak tentu halal haramnya.  Apa yang kita makan tu akan menjadi darah dagingkan.. so kerja saya disana masak-memasakle... dari nasi impit yang "cold pressed" (bukan yang rebus-rebus dalam plastik tu ya.. ni masak nasi lembik lepas tu masuk loyang dan dihimpit-himpit.. kelas kau!) sampailah buat sate cucuk ngan lidi, buat sambal kacang guna peanut butter dan masak pelbagai masakan dari simple-simple one sampailah yang merapu-rapu ikut resepi Mat Salleh yang saya ubahsuai sendiri.  Saya juga memasak untuk ramai juga students Malaysia kat situ especially masa hari lebaran.  Almaklumlah kami sahaja pasangan keluarga yang mula-mula menuntut di sana "once upon a time" sebelum kedatangan family lain di situ... Alhamdulillah.. practise makes perfect kan?

Lepas itu bila anak-anak dah besar sikit (4 orang), saya akan masak juga 2-3 jenis lauk.. guarantee ada di atas meja sebelum pergi kerja.  Seawal 5 pagi dah bangun dan kentang kenting kentong kat dapur.. apa lagi masak le.. nanti anak balik sekolah, bukak tudung saji.. yummeh! mommy da masak..hehehe.. masa tu muda lagi, stamina banyak. Dalam 1 jam aja dah settle lauk-pauk + nasi.   Anak-anak masa tu neighbour depan rumah saya yang jaga tapi kak long dan kak ngah dah sekolah rendah dan boleh balik rumah makan.    Kadang-kadang kak long tolong masak nasi bila petang-petang sebelum saya balik.  Rajinkan dia.. 

Lepas tu bila dah pakai maid @ bibik (anak dah lima orang.. tapi 3 orang masih kecil).. saya dah serahkan tanggungjawab memasak kat bibik sebab bibik saya masa tu sangat versatile A-Z dia boleh buat... Bibik-bibik saya semuanya bagus belaka.  Ajar satu resepi sahaja mereka dah boleh pelbagaikan.. (multi-purpose bibiklah katakan).  Saya dan keluarga memang tidak cerewet.. janji anak-anak saya makan makanan yang halal, bersih dan kenyang.  Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.. Hidup tak baik kalau selalu berperasangka.. tawakkal sahaja kepada Allah swt yang Maha Esa.   Saya cuma akan memasak bila hari cuti sahaja.  Ketika itu saya memanglah seorang "workaholic".. kerja kat multi national company.. have to work smart and hard to earn a living.  Ada korang kisah... mmmmm..   Kami pernah mempunyai bibik-bibik silih berganti seramai 3 orang (bagus punya) dan seorang yang entahlah kenapa.. sup bunjut disangka bunjut teh (tak lama pun dengan kami) heeee... Tiga orang tu memang "well trained " .. tapi itu dulu.. once upon a time di Saujana Utama.  Bila saya dah berpindah ke Klang.  Bibik pun dah tiada dan saya ambil BIG decision untuk berhenti kerja maka bermulalah era baru sebagai full time housewife (selama ni pun memang full time housewife but extra hours kerja di pejabat untuk menambah pendapatan sendiri.. ) 

Kini   saya masih suka memasak masa weekdays tapi bila weekend aje.. stamina memasak tu terus merudum (agaknya faktor umur dan mungkin mr hubby tak cerewet kot)... so sesiapa yang datang rumah weekend tu, besar kemungkinan haruslah kita ajak dema makan di luar atau kita "calling-calling" all the Dominus (hihi) and Pizaaaz every corner of the roads tu.. Rasanya ini bahana jemputan segala events yang makan-makan ni on weekend spt wedding, gathering dsb so dah terrrbiasalah "otak" (automatic) ni meramalkan kita must stop masak on weekend to attend all the makan-makan ni outside..heheheh.. acah ajalah..   shekali- shekala, actually kalau hari Sabtu ni saya suka masak nasi lemak pagi-pagi selepas suboh sebab.. saya suka sangat all my family makan nasi lemak bertambah-tambah .. but.. saya akan masak "double potion" sekali untuk "breakfast 2nd time lagi before lunch" (aikk.. makan lagi) sebab penat nak berkecah banyak kali kat dapur tu.. almaklumlah.. bibik saya kan dah lama bersara..

But sometimes mr hubby akan ajak we all "breakfast" kat luar..(bila tengok saya dok ngadap fb kot) tanya anak-anak mana nak makan.. pastu kita akan pergi.. so far setakat ni Restoran Sri Rahayu is our favourite "spot" sebab nasi kerabu nya sangat sedap.. dan anak-anak suka nasi lemaknya. Lepas tu boleh hantar een terus pergi mengaji...
dah ready.. nak packing dalam beg
Tahun ini pula aktiviti  memasak saya telah ditambah dengan aktiviti membungkus bekalan makanan untuk anak-anak saya.  Hari-hari saya akan tapaw luncheon untuk een dan abang.  Mereka akan lunch dalam kereta kemudian een akan bersiap (dalam kereta juga) sebelum dihantar ke SAR.  Faktor masa merupakan faktor utama disamping jarak perjalanan yang agak jauh dari rumah untuk ke sekolah menyebabkan aktiviti baru ini bermula.  Anyway, anak-anak "orait" aje.. as long as mommy said it's okay... tak penat sangat nak berulang-alik.
Segar daun pegaga yang saya beli dalam pasu dan gantung di tingkap wet kitchen.. tak sampai hati nak buat ulam..

Amat mudah.. tak payah nak buat ice lagi.. automatic sahaja "press" ice cubes terjun masuk cawan.. tq mr hubby

Actually saya sedang mempromosikan pages baru saya yang bertajuk Bon Appétit.. cuba lihat kat atas sekali tu.. ada pages Travel / Bon Appétit / More photo tips... just click and i will upload more my best photos over there..

Nanti saya akan selitkan foto-foto menarik ya... TUNGGU!!

Comments

  1. Replies
    1. arini mak tapawkan ikan masak kicap dan udang paprikk.. een dh suka mkn ikan.. senang sikit

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?