Wednesday, 30 January 2013

Ombak rindu

Agak lembab menulis entri akhir-akhir ini.  Agaknya mungkin disebabkan oleh kelemasan dan kepanasan perit sang terik mentari seharian menjadikan  diri ini agak lesu dan kepenatan menggalas tugas sebagai sang supir saban hari berulang-alik di jalanan.  Namun perkataan kemalasan tidak mungkin akan ada dalam kamus entri saya ini.. 

Apa-apa pun merasa amat berbahagia kerana dapat 'menculik" emak pada cuti hujung minggu lalu dan membawanya bercuti pulang ke rumah.  Beralih anginkan mak... setelah sekian lama meng "usya" emak nak bawa bercuti kerumah saya.  Atlast... dapek juo!  Emak kata bila badan dah tak se gah dulu ni.. perasaan rindu pada anak-anak makin kerap membara.  Kalau boleh hari-hari nak menatap wajah anak-anak.  Begitulah perasaannya bila usia makin menurun senja ... namun sebab badan dah tak sekudrat dulu.. nak kemana-mana pun merasa dah tak berdaya namun cuba juga digagahkan.   Mak... kami rindukan mak juga.. nomo..nomo..nomo.. we love you!

Dalam deraian hujan lebat, kereta saya meluncur laju membawa emak pulang.  Memberi peluang kepada adik yang menjaganya di rumah berehat buat seketika.  Menjaga orang tua yang tidak berdaya bukan sesenang menjaga baby yang baru lahir..mind you!  Kita "take turn"lah pulak.. Alhamdulillah..kerana diri ini tidak berkerjaya "makan gaji" maka sesuka ikut suka suka hatilah saya untuk mengambil emak pula.  Sekurang-kurangnya dapatlah juga melayannya berborak-borak mengingatkan kisah-kisah lama.  Namun kini ingatan emak pun sudah agak berkurangan..  mungkin kerana pengambilan ubat-ubatan berterusan dan kesan " mild stroke" yang menimpanya pada bulan Syawal yang lalu.  Namun amat bersyukur ke hadrat allah swt kerana emak boleh kembali bangkit semula dan dapat menggagahkan diri untuk bangun berjalan walaupun dibantu dengan sokongan tongkat.  Kiranya satu "kejayaan " kerana emak begitu gigih dan bersemangat untuk sihat semula.

Wajah emak pun nampak sedikit berisi kini walaupun selera untuk makan agak kurang mungkin disebabkan oleh jangkitan selsema yang menggugat seleranya.  Demam pun kerap menyerang jika cuaca sejuk melanda.    Hanya ubat dan doa yang berterusan agar emak sembuh seperti dahulu walaupun sedikit, dikira  tidak mengapa... syukur alhamdulillah! 

Welcoming dinner untuk wan.. tercapailah hajat abang yang merengek nak beli ayam ni sejak minggu lepas..hmm.. kita lupa nak bagi verdict :  mmmmmmmmmmmmm......

Alhamdulillah.. berselera wan makan ayam kfc paten baru nih... mungkin sejuk dalam air-cond kereta kot dari perjalanan yang agak lama sebab jammed di Rawang.  Oklah.. ai bagi verdict ya ..untuk yang tak menahan pedas tu..rasanya sangat  PODEH gilerrrrrr! tapi sodap... ayam dibungkus dengan perapan cili vietnam kot.. (mentang2 baru balik Saigon..hahaha..)  bersama dengan jagung manis dan hirisan cendawan butang.   

Verdict abang akmal :  Bolehlah.......................  boleh makan sebulan sekali..hhhhh... hamboih! 

Note : abaikan background gambar..heeee...


Alala... somel-somel sangat... nak tahu samna ngupa somel-somel ni bila dah besar sikit.. hahaha.. Verdict : Aik.. ada verdict juga untuk cucu-cucu To' Pak ni... hahahaha..." dah jadi ratu dan raja airmata" da ... kesian.. stress kot sebab sume uncles and aunties, grandpas and grandmamas semuanya nak ambil.. nak dokong..." top of the pop" lah katakan..  tulah pasal.. apsal somel sangat!

anak abah..

abah adam jauh..
Best HD ni... (tiba-tiba.. lari topik) terimakasih mr hubby sebab bagi ai ..kan..kan.. (hahaha.. buat harta sendiri) selamat dah re-load all my photos dari laptop Acer ai yang antic & nyawa-nyawa ikan tu dan juga dari baby Asus ai yang cute tu.. lots of lots of lots of space ! Recommended...
i like.. i like.. i like...
Ombak rindu seorang ibu... semoga emak sentiasa sihat dan diberikan oleh Allah swt rahmat dan keberkatan di sepanjang hayat serta  kesejahteraan dan kebahagiaan dalam menempuh kehidupan di dunia mahupun akhirat.. amin.. Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami semasa kecil dulu.. amin

WELCOME FEBRUARY..

Tuesday, 22 January 2013

January at its best..

Alhamdulillah.. January yang baru bermula dah pun nak berakhir.  Cepatnya hari berlalu.  Nizam anak buah yang ke Mansoura, Egypt dah pun balik.. begitu juga dengan titipan kak long via Nizam pun dah selamat di buka.  Terima kasih Nizam kerana sudi menyampaikan kiriman untuk kak long di sana dan membawa kiriman kak long pula pulang (berbalas-balas pulak ek..) dan terimakasih kak long diatas kiriman yang membuat seisi keluarga tersenyum girang... terimakasih anakku.. 
Nizam .. 
Sebenarnya bukan bingkisan itu yang membuatkan kami berdua ayah dan emak gembira tetapi keterujaan anakanda di sana mengirimkan bingkisan itu dengan nada gembira menandakan betapa anakanda di sana hidup  baik-baik dan gembira menghadapi hari-hari pembelajaran disamping rakan-rakan sebaya dan kawasan persekitaran.  Bayangkan jauh diperantauan.. namun legalah hati emak ini  mendengarkan khabar dan merasakan bahawa kau baik-baik dan sihat senantiasa.  Sempena harilahirmu yang ke 21 tahun pada 12hb Januari ini.. sanah helwah ya gamil.. Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan hidupmu dan melindungimu dan sentiasa berada di dalam rahmat dan keberkatanNya   jauh di negara orang ..  amin.. 


Once upon a time ~  5 years old b'day ..
Begitu juga merasa teruja dan agak sedikit gementar kerana mendapat berita anakanda kedua saya bakal melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit tidak berapa bulan lagi.  Semoga kak ngah yang agak manja dan sedikit cemas ini juga akan mengikuti jejak langkah kak long dalam menghadapi suasana persekitaran yang  baru di sana terutama cuaca  sejuk. Walau pun belum berangkat lagi.. i already miss you!  Selamat berjaya dan tahniah kerana berjaya mengharungi gelombang awal  ini... Alhamdulillah... bersujud padaMu Ya Allah..

Once upon a winter time.. ayah dan kak ngah

Tahniah juga kepada ibu mertuaku yang sekali lagi telah berjaya khatam Al Quran  di awal-awal tahun ini.    Dan juga terimakasih emak di atas pemberian hadiah dari emak kepada semua anak menantu.. betul-betul surprise den!  Semoga emak sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal afiat dibawah lindungan rahmat dan keberkatan dari Allah swt..amin
Tahniah juga kepada *ustazah Hajah Adila dan Haji Naupa kerana kelahiran cucunya yang ke 9.  Bayi lelaki ini baru berusia 11 hari semasa foto ini diambil.  Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh apa tah lagi bila dididik dan dikelilingi oleh keluarga yang berlatarbelakangkan  para alim ulamak.  * Ustazah Adila ialah guru mengaji Izreena.
Masha Allah.. comel sungguh... Foto ini diambil sempena majlis Aqiqah dan bercukur jambul baru-baru ini.
Menghadiri majlis perkahwinan anak jiran mr hubby di Dewan Komuniti Tmn Bukit Cheras.  "Nasi Hujan Panas" nya tersangat sedap.  Recommended untuk sesiapa yang ingin menempah untuk sebarang majlis.  

D' Arab Cafe kita lagi... ketagihan  lamb kabsya .. hahaha..
Kita sempat berjumpa kak cik Syakirah dan Aye Syukrina di kenduri kahwin anak lelaki  sepupu mr hubby di Bukit Cherakah

 Aween Hana dan Eka  pun ada.

Kenduri di TTDI dalam suasana "English Garden"..  memukau! Sorila... foto pengantin tak snap..

Kenduri kawin anak sepupu mr hubby di Batu Belah.. wah.. ahamdulillah..we all dapat bekas "tupperware" real.. bukan tipuware ekk.. dealer tupperwarelah katakan.. heeee

Musim orang kahwin.. dapat goodies bag berisi chocolate moist cakes... dah musim moist cakes pulak.   Namun agak penat juga kerana terpaksa berkejar ke tiga kenduri kahwin dalam satu hari.  Mujurlah lokasi majlis berdekatan.. masih dalam Selangor.  Semoga semua pengantin2 baru ini selamat melayari bahtera rumah tangga hingga ke hujung nyawa di bawah redho, keberkatan dan rahmat dari Allah swt. amin
Semoga cepat dikurniakan rezeki cahaya mata penambat  dan penawar keluarga bahagia.. amin.. alolo.. nomel.. nomel...


 SALAM MAULIDUR RASUL 

Saturday, 19 January 2013

Vietnam ~ Terapung di Delta Mekong



Delta Mekong meliputi  sebahagian besar kawasan di tenggara Vietnam.  Seronoknya bila berangan-angan nak melihat "floating market" apabila menyelusuri Sungai Mekong nanti.  Namun pelampung anganku musnah ! 

Why? why? why? hmm.. apabila diberitahu oleh tour guide kami Ms Mina yang aktiviti pasar terapung ni sudah lama tidak aktif kerana penduduk di persekitaran  lebih suka berjual beli di tanah besar.. sedih.. hampa no..  tak mengapalah (memujuk hati..) ~ The Damnoen Saduak Floating Market at Ratchaburi in Thailand...  here i'm coming.. hahaha..insha Allah (cita-cita besar!) Bukannya nak membeli apa pun.. cuma nak tambah koleksi foto sahaja.



Beginilah rupanya pasar terapung tu.. Gambar ini hanya ilustrasi sahaja ~ The Damnoen Saduak Floating Market at Ratchaburi in Thailand

Sungai Mekong merupakan sungai yang ke 10 terpanjang di dunia dan ia merentasi ke beberapa negara di antaranya China, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam itu sendiri.  Kami telah dibawa menyusuri sungai Mekong ini dan dibawa ke  beberapa buah pulau persinggahan "tourist attractions" yang terdapat di sepanjang sungai ini dengan menaiki bot kayu yang besar.  

Memandangkan saya ini memang "allergic" dengan air sungai mahupun laut sebab tidak pandai berenang, mata ini sibuk melilau mencari pelampung atau jaket keselamatan.. so sebelum naik tu kena alertlah dulu dan boleh komplen ke apa ke...  Alhamdulillah.. jaket keselamatannya ada tergantung di atas kepala, dibawah atap bot. 

Musykil juga kenapa kami tidak disuruh memakai nya dan membuat kesimpulan sendiri..  if anything happened.. bot akan kekal terapung (sebab bot yang pakai pelampung.. dan all the passengers akan tetap berada di atas bot.) Sama juga keadaannya dengan bot-bot  dan feri-feri kita di Malaysia.  Bukankah biasa?  Kalau takut.. ambillah dan pakai... tapi sebab semuanya tak pakai, anda nak pakai ke? hmmm.. takdelah tu.. 

Moral of the story :  Malang tak berbaukan.. sendiri mahu ingat.   Alhamdulillah.. semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt..amin


Lihatlah deretan pelampung-pelampung oren (jaket keselamatan) yang diselitkan di bawah  atap bot yang kami naiki.. atleast adalah dari tiada..


Bot-bot kayu yang sedia menanti penumpang

elok-elok ya..

sister-sister
tenang dibawah terik mentari
Pulau pertama yang dilawati merupakan tempat ternakan lebah.  Lebah-lebah diternak di dalam kotak-kotak kayu seperti yang biasa diternak di Malaysia juga, so tiada apa yang baru disini...
Nah.. amekaw.. gelinya
Apa lagi.. tentulah kami dihidangkan dengan madu, Royal Jelly dan Bee Pollen semuanya hasil produk berkaitan dengan lebah.  Untuk lebih enak, masukkan madu di dalam gelas,  perahkan limau nipis, tuangkan "green tea".. dan sedikit Royal Jelly.. WEW! enak bangat.. dan kalau Royal Jelly dan Bee Pollen itu diambil berterusan guarantee katanya "kulit anda semua akan segebu kulit bayi"  
Ha.. apa tunggu lagi.. meh beli!  Walau apapun saya tak beli pun.. sebab stok madu sentiasa ada dirumah.  Insha Allah...
Kacang tarik, kerepek pisang dan jeruk halia kering merupakan kudapan "must buy" produk sebab sangatlah sedap bila dinikmati beramai-ramai masa tengah lapar  tu... 
Pulau kecil kedua yang kami lawati ini pula menjadikan pokok kelapa sebagai tarikannya. Candy kelapa diperbuat disini secara manual. Berbagai pilihan citarasa disediakan dengan berbagai bentuk pembungkusan untuk menarik pelancong membelinya
Candy kelapa yang telah likat dan siap dimasak akan dicanaikan di atas meja ini , disejukkan dan dipotong-potong secara manual..  kelas kau.. sama sahaja ukuran candy nih..

steadynya cik kakak ni memotong candy

Hasil barangan di perbuat daripada pokok kelapa. Sama juga macam di Malaysiakan?


Kemudian kami dibawa ke kebun buah-buahan yang terdapat di pulau ini.  Katanya kebun.. tapi tak nampaklah pulak mana kebunnya... btw, lolian sentiasa ada di hatiku.. eh silap.. di mana-mana..

Nona manis...

Cik nona manis dan cik Fara comel..

ketawa pokcik nih.. nak menguratlah tu..
Si noona kecil ni merajuk dengan ai sebab tak beli beg dia yang glam ni.. sabarlah noona... makcik ni nak  beli  kat jeti...
Ish.. janganlah nangis pulak
Datin Ros dan  kak Siti ~ nx door neighbour..  cun
Setelah puas disajikan pemandangan disekitar pulau-pulau kecil ini, kami disajikan dengan teh dan buah-buah pula.. jemput ya.. jangan malu-malu

buah-buah segar
Kami juga dihiburkan dengan petikan gitar dan irama muzik "jingle"
Sungguh mengasyikkan..

Bukan itu sahaja.. kami didendangkan dengan nyanyian lagu-lagu rakyat yang amat memikat oleh jelitawan-jelitawan Vietnam yang comel sokmo tu sampai mak uda berkira-kira nak bawa balik si somel-somel tu buat menantu.. hahahaha...
Dan janganlah malu-malu untuk bersedekah Viet Dong atau RM atau US Dollar ke dalam bakul kosong di atas.. ate.. dah minum, dah makan, dah dengar lagu.. takkan takde apa-apa.. everything must pay what..

Hmmm... nak kemana tu?  Nak balik dah ke?

Menyelusuri denai-denai belantara di pulau misteri.. amboi!

Adventure belum berakhir lagi..inilah "highlight of the event" buat hari ni.. Subhana Allah..
Masha Allah.. awesome!
Dayung..dayung.. dayung dayung sampan..
happening!
Kita shooting M16 atas kolek kecik ni pulak ek.. kak long
Pokok nipah memagari laluan sungai disepanjang jalanan
Laluan dua hala yang sangat sibuk
Kasihan.. bekerja mendayung sampan tanpa henti berulang-alik  untuk mencari sesuap  nasi. Sesungguhnya kaum ibu di sini atau di mana-mana sahaja merupakan "ibu" tunggak kehidupan keluarga.. wa caya!
Bot besar sudah menunggu  untuk membawa kami pulang ke jeti
Melangkah hati-hati ya
What a surprise... kelapa muda is waiting!

slurrp.. slurrp.. 
Viva la Vietnam!

Enjoykan.. Alhamdulillah..

Clear sky.. walau dimana pun saya berada.. bila memandang ke langit, terasa  mereka yang di rumah sentiasa di sisi kerana  saya tahu, mereka akan tetap memandang ke langit yang sama.... Insha Allah.. nice eh.. masa ni dah rindu ngan anak-anak dan mr hubbylah tu.. heeee
Alhamdulillah.. perjalanan terapung  di Delta Mekong merupakan perjalanan dikelilingi air yang sungguh "breathtaking".  Walau pun hari panas menggila dengan haba panas yang meruap-ruap...jangan tipu kata cuaca sejuk oit...  Buktinya maka bertambah-tambah berkilat dan berkilau-kilau lah kulit muka emak een nih... peace... so.. apa tunggu lagi.. Delta Mekong kita? Mohle... 


 E  N  J  O  Y