Sunday, 9 December 2012

Si jantung hati vs si jantung pisang...

Alhamdulillah... hari ini "the only one " my cik abang dah balik.. Rindu rasanya dah lama tak bersua... lama ke?  baru seminggu tu!  emak engkau ni agak "over " sikitlah.  Hahaha.. apa nak buat dah itu ajalah si jantung hati kan...  Pagi-pagi lagi kami   ( siapa lagi selain kakak dan een ) dah ke surau ambil abang untuk di bawa balik dari kem pengisian cuti sekolahnya.  Lega bila tengok wajahnya yang cerah tersenyum hensem ( hhhhh .. wa puji anak sendiri tak salah kan ) tidak sia-sia emak tinggalkan disana.  I'm glad ayah.. ( my hubby sekarang berada di Kelantan ).  In shaa Allah.. semoga ilmu agama yang abang pelajari dapat di manfaatkan kepada adik-adik dan rakan sebaya..  semoga abang menjadi anak yang soleh dan sentiasa dilindungi, sentiasa  dalam keredhaan Allah swt dan juga sentiasa mendapat keberkatan dan limpah rahmat dari Allah swt.. amin...

masak lomak cili api si jantung pisang dah siap... ffuhhh!!

sebelum itu bubuh santan .. jangan pekat sangat dan garam secukup rasa

dan bubuh kunyit hidup juga ya..

jantung pisang di racik halus.. masukkan cili api, bawang merah, bawang putih, ikan bilis

sebelum tu rebus jantung pisang dulu dengan garam, sesudu minyak dan asam keping supaya jantung pisang tu nampak  " fair and lovely " sikit...
Sebenarnya hari ini sudah berjanji dengan emak saya untuk pulang ke KKB.  Dah rindu juga dengan emak tu.. so apa lagi melemak si jantung pisanglah untuk di bawa pulang.  Walau apa pun tak boleh balik tergesa-gesa sebab kain baju di jemuran belum keringlah sayang.  Sabar ya...  hahahah... actually, memang menanti hari untuk pulang. Lebih-lebih lagi dengan ketiadaan my hubby yang outtt station tu.  

usai majlis, peserta dan tetamu dijamu dengan  nasi lemak di alas daun pisang dan berulamkan telur, timun dan ayam goreng

cer cari.. cer cari  mana abang?
main menu hari ni ditambah dengan ayam masak kicap berempah ( atas permintaan kakak)

masak lomak jantung pisang tadi

dan tumis baby kailan 

JOM jemput makan..


SELAMAT MENJAMU SELERA

No comments:

Post a Comment