Fraser's Hill - Mabuk Bunga Pt 3

Ketika arwah abah bertugas sebagai tukang kayu JKR, abah memang selalu naik turun ke sempadan berdekatan Fraser's Hill ini kerana ditugaskan membuat berbagai-bagai kerja pertukangan di rumah rehat kerajaan Negeri Selangor dan Istana Selangor di Gap. 

Berbagai spesis bunga-bungaan dari atas bukit di bawa balik untuk emak tanam di halaman rumah. Alhamdulillah.. dengan izin Allah swt, emak pula bagilah apa sahaja benih bunga waima benih pokok pun akan tumbuh melata di tanah kami. Tangan sejuk orang kata.. Ada bunga ros, carnation, daisy, bunga taik ayam (hee..), tomato, jambu air, nangka, durian (??) dll. 

Teringat juga ketika itu pagar rumah kami juga diperbuat dari kayu dan dicat warna putih. Like English Cottage you... tapi cottage ala rumah teres da.. hehehe... 

Alhamdulillah.. cantiknya halaman rumah saya masa tu.. 


SubhanaAllah.. what a wonderful colors!













peace...











di celah-celah bunga











mengancam!
Masha Allah... mabuk bunga di sorga bunga. Kalaulah dekat sangat dan mempunyai masa yang panjang, rata saya berjalan untuk mengutip kenangan indah untuk diabadikan dalam koleksi berharga bersama bunga-bungaan yang indah. 

Namun kesempatan yang seketika ini cukuplah dengan ucapan :

" Ya ha na na.. Betapa beruntungnya kami.. Syukur Alhamdulillah.." 

Our greatest flower's lover at home. Minggu lepas berhajat membawa emak balik tapi emak kata tak puas lagi duduk di rumahnya. Kalau tidak boleh kita ke Fraser's Hill kan mak? mak kata " sejuk... mak tak tahan.. " hhh.. hibanya..

Dan di dalam kita melihat keindahan bumi dan tumbuh-tumbuhan itu kita dapat membaca firman Allah swt yang bermaksud :



" Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata. " (Qaaf : 7)



" Dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah. " (Al Naml : 60)


INDAHNYA CIPTAAN ALLAH SWT

Comments

  1. Cantiknya bunga2 kat FH tu. FH yang selalu dipinggirkan.

    Ialah...baru teringat pagar putih kat rumah kau dulu. Ala2 English Cottage tapi masa tu org tak gila lg ngan english2 ni. Kira dah basi lah ye yan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari hujan.. kalau tak mahu ber pages2 gambar bunga aku ni.. hasilnya : kenyang sekor pacat hinggap kat betis aku.. ingatkan darah sapalah yang melecet kat tapak kasut aku. Habis kotor carpet kereta.. kalau nak hilang stress.. recommended naik ke bukit tu untuk tidor.. prasana dah cantik..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?