Berkabus di Little England Part 2

Entri kesinambungan.. last episode

Terkesima melihat keindahan bangunan-bangunan peninggalan penjajah yang terdapat di Fraser's Hill (FH) ini. Dari rumah-rumah persendirian, rumah kerajaan hinggalah ke banglo kolonial yang telah dibaikpulihkan.. memang awesome! Bagi yang terkenang kan suasana di England tu.. bolehlah menggamit memori sambil bernostalgia.. 

Rindu pulak rasanya.. cuma takde " car boot sale" aja.. kalau tak.. dah memang ngamlah " Little England " tu... dah kemaruk car boot sale lah tu! hahaha... Entah bilalah dapat merayau lagi ke car boot sale di Cannock, di Bilston, di Shrewsbury dll tu.. alahai. teringinnya nak ke Wolves lagi.. ada sesiapa nak sponsor ai untuk writing travelog lagi tak?


Ma sha Allah.. bangun pagi-pagi melihat indahnya ciptaan Allah swt Yang Maha Esa.  Kabus pagi ini amat cantik sekali. Sambil berlari-lari mengambil kamera kecil saya, rupa-rupanya mr hubby telah terlebih dulu mendahului..  hmm.. certified photographerlah katakan! mustilah selalu "in action".. 

Amat sejuk dan nyaman.  Hari semalam berlalu dengan kabus yang amat tebal hingga sukar untuk melihat apa yang tersembunyi.  Mujurlah hari ini ia cuma membalut nipis, memberi peluang kepada bukit-bukau dan segala banjaran menampakkan diri.  Alhamdulillah...

Bestkan kakak.. menikmati kopi yang dibancuh dengan  dua sudu kabus.  Kalau hari-hari begini.. migraine mungkin cepat hilang dan tak berulang, kedut dimuka kembali merata, BP tinggi terus surut dan akan kembali normal,mata rabun terang sebenderang dan telinga pekak akan kembali jelas mendengar..  In sha Allah..

Pagi-pagi ni eloklah kita menambahkan kasih sayang dengan berjalan-jalan di persekitaran resort yang menawan ini.  Dan juga merasa teruja kerana dapat berkenalan dengan warga Britain yang tiba dari Melaka untuk mengambil gambar burung-burung hutan buruan yang menjadi tarikan utama penggemar lensa masakini di FH.  

Pelancong dari Newsbury, England ini begitu seronok setelah mendapat tahu kami pernah menetap di West Midlands satu ketika dulu. Kiranya seperti bertemu saudara jauh gamaknya. Hospitality kena jaga ya... kitakan cerminan negara kita.  
Welcome
Berlatar belakangkan Puncak Inn yang tersergam indah

Balai Polis

Pejabat Pos


Banglo Persekutuan

FH Golf Club
Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Ye Olde Smoke House.. kalau nak rasa suasana real English.. bermalam disini

Tenangnya suasana

satu untuk kenangan

Besarnya pokok Krismas


Mallaig Bungalow.. among one of the best 

Banglo Kem Pertahanan

Banglo TM.. open to public
JOM sarapan dulu .. 
As usual telur 1/4 ..

Jemu dengan nasi lemak.. jom makan burger spesel

hotdog pun sedap juga

lepas tu shopping-shopping..

jumpa kawan lama

Si kecil tak sabar nak "paddling"

Aik.. Allan ke Azlan?

kaki tak sampai pun nak kayuh.. ayah layannnn

sabar.. tunggu giliran

siap boleh pegang-pegang tangan abang

WOW! mengayuh sambil berbaring..impressive!

kayuh.. jangan tak kayuh!

kita ke kebun sayur dulu..

tak banyak pilihan sayur yang menarik

salad segar

tomato belum masak

posing aja..makannya tak

Turnip
Kenangan di Little Hamlet

Di hadapan Bird Interpretive Centre

Lepak.. mak dah penat



Virgin Forest
Hutan Dara

Kumpulan photographer dari Jepun.. tengoklah lensa kamera tu.. besar yong!
Fraser's Hill yang sering kita pinggirkan kerana merasakan tiada apa yang menarik di sana.  Sekadar untuk bermalam satu hari sahaja sudah cukup bagus untuk menikmati kesejukan dan kedamaian disana. Pusing-pusing pun "pi mai pi mai tang tu juga " kata anak-anak.  

Namun kepada peminat-peminat fotografi FH merupakan syurga kepada mereka.  Ini adalah kerana kehidupan flora dan faunanya yang pelbagai sudah cukup untuk menarik mereka untuk  datang ke sini setiap tahun.  Kami beberapa kali terserempak dengan kumpulan jurugambar dari luar negara yang begitu sabar menunggu kehadiran burung-burung unik yang hanya terdapat di hutan FH ini.  FH merupakan tumpuan atau carian utama lokasi menarik untuk penggemar fotografi ini mendapatkan koleksi gambar burung yang menarik.  
Jika ada yang berminat untuk mengikuti jalan-jalan atau "trail" yang terdapat seperti di atas, pastikan anda diiringi oleh pemandu pelancong yang serba tahu tentang selok-belok perjalanan dan mendapatkan kebenaran dari jabatan perhutanan dan balai polis berhampiran untuk keselamatan.   

Louis James Fraser seorang pengembara yang menemukan FH ini kepada kita semua untuk dinikmati keindahannya hampir seabad dahulu, tetapi malangnya sehingga kini tiada siapa yang tahu kemana beliau hilang tanpa dapat dikesan di dalam hutan rimba ini.  Wallah hu alam...

Pusat Pendidikan Alam Semulajadi FH dan Pusat Interpretive Burung yang baru dibuka memberikan lebih banyak ilmu pengetahuan kepada pelancong-pelancong untuk mengetahui tentang berbagai spesis burung yang berhijrah ke FH dan juga burung -burung tempatan yang berulang-ulang menjadikan ia tempat persinggahan ke tempat peranginan ini setiap tahun.  

Acara pertandingan perlumbaan mencari burung antarabangsa tahunan yang saban tahun di adakan di FH juga merupakan acara yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua penggemar burung di seluruh dunia.  Ia bukanlah cabaran diantara burung-burung itu tetapi cabaran kepada manusia yang menunggu selama 24 jam untuk setiap kumpulan mencari jumlah burung yang banyak.  Memang sejak dulu lagi FH amat dikenali oleh penggemar burung. 

Dengan hutan dara yang tidak diterokai, banjaran hijau yang tinggi mengelilinginya dan cuaca sejuk, ia menjadi tarikan kepada lebih dari 270 spesis burung yang datang dari jauh sejauh Siberia untuk mengelakkan dan lari dari cuaca musim sejuk yang menggigit di tempat mereka.

Nyamm...
Akhir kata sedikit tips berguna untuk penggemar durian.  Pastikan anda membawa mangkuk bekal besar yang bertutup untuk membawa durian jika ingin makan di bilik hotel atau apartment.  Beli durian di mana-mana kemudian minta di kopekkan kulitnya dan masukkan ke dalam bekas.  Hmm.. indahnya dunia bila dapat menikmati durian di tempat sejuk terutama di dalam bilik hotel.  Ia bertugas sebagai pemanas badan di kala kesejukan. 

FH kini tidaklah sesejuk dahulu..  orang putih kata "mild" sahaja tetapi jika pada musim hujan memang sejuk hingga menggigit tulang apatah lagi di waktu malam.  Pastikan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil membawa jaket sederhana tebal. 

SELAMAT BERCUTI 

Comments

  1. Yan,
    ada cadangan dari member2 buat reunion kat FH setelah baca travelog ni. Tenang dan damai sesuai dengan jiwa2 kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan.. tapi aku yang baru turun ni kena tunggu 10 tahun lagi baru nak naik lagi kot... hehehe..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?