Annah Rais.. kembara di bumi Kenyalang


Satu waktu dahulu di sekolah menengah memang ramai sahabat-sahabat yang berasal dari Sarawak. 

Zaman belasan tahun bersama Mary , Betty, Inah dan Ju  di KKB dulu dan dari zaman Suzanne Devung yang jadi roomate di kolej Jati dulu hinggalah ke zaman kak Aribah dan Hartini di kolej Chempaka pula (kisah zaman muda-muda di ITM).  
Terlalu banyak kenangan manis ketika bersama kalian.  Walaupun ada diantara kita yang berlainan agama namun ini bukanlah masalah besar bagi kami.  Teringat Suzanne yang sering kali bertanya " sudah sembahyang yan? " sebab dia nak "occupy big space" untuk study di lantai + joint venture dengan Faizatul Akma roomate kami juga. 

Almaklumlah bilik kecil masa di Kolej Jati dulu. Kalau bentang sejadah harus yang lain kena naik atas katil.   Saya pun tidak berkisah jika setiap hari Ahad pagi-pagi lagi dia telah hilang untuk ke gereja.  Janji dia tetap akan balik... 

Di sekolah rendah lagi kita belajar subjek Ilmu Alam dan Sejarah.   Kami diajar dan membaca buku mengenai ~ " Orang Sarawak tinggal di rumah panjang".  Rumah panjang atau "long house" tersangatlah femesnya kau... membuatkan teringin sangat nak tengok " real life " bagaimana keadaan sebenarnya di sana.   

Nah.. berkesempatan ke Sarawak baru-baru ini, membawa kami ke rumah panjang yang jaraknya hampir lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan dengan menaiki kereta dari bandar Kuching ( tapi kalau bukan kita yang drive.. rasanya berjam-jam tapi still tak sampai-sampai lagi.. jangan marah ya Elly.. hehehe).  

Walau bagaimana pun terdapat berbagai jenis rumah panjang yang rekabentuknya agak berbeza bergantung kepada suku kaum (tribe).  Hendak lebih terperinci lagi haruslah ke Kampung Budaya Sarawak yang sering dipanggil sebagai " The Living Museum " dulu.   Rumah-rumah suku Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan China semuanya memang amat berbeza.  

Annah Rais?   Tentu dia seorang yang amat terkenal di zaman-nyakan... kalau tidak takkanlah namanya di abadikan pada nama rumah panjang yang berusia lebih kurang 200 tahun ini.  

Pemilik nama ini seorang wanitakah atau mungkin juga seorang pahlawan lelaki ( the head hunter ) atau seorang mubaligh... wallah hu alam... hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.  Hari tu tak mahu bertanya... ( berat mulut konon ) namun suara hati merasakan Annah Rais ni merupakan ketua rumah panjang ini "once upon a time" .  

Annah Rais yang terletak di daerah Padawan mempunyai tiga kumpulan deretan rumah panjang yang terdiri dari Kupo Saba, Kupo Terkan dan Kupo Sijo.  Ia merupakan rumah panjang yang tertua milik suku kaum Bidayuh yang kawasannya terletak agak tinggi di kawasan yang berbukit dan telah berusia dua abad lamanya dan mempunyai lebih kurang 120  keluarga (lebih kurang 1000 penduduk) dan berkongsi salah silah keturunan. Keadaan asal rekabentuknya masih terpelihara sepertimana di zaman dahulu.  Sejak dulu kawasan penempatan ini adalah diwarisi dari generasi lama kepada yang baru hinggalah ke hari ini.

lihatlah..

Registration.. selalunya tetamu akan diraikan dengan "tuak" setelah mendaftar.  Tau kan apa tu tuak?.. betul!  namun untuk yang beragama Islam kami cuma dijamu dengan senyuman manis si penyambut tetamu sahaja dan rantai-rantai manik yang sangat cantik "for sale" and not free ya..



Kolam air panas, jungle trecking dan bamboo rafting merupakan acara menarik yang menanti anda di sini

suasana di rumah panjang

JOM explore... sorilah over sikit bedak ai.. UV cream you.. nak elakkan lebam kena panas matahari.. baiklah siapkan filter dulu ya.. heeee

Deretan buloh-buloh yang dijadikan lantai pada rumah panjang ini

Ayah kata dulu-dulu ayah selalu guna mesin getah masa tolong arwah atuk memotong getah.. bernostalgialah pulak! 

Ini pulak mesin pemerah tebu.. tradisional way

Buloh-buloh untuk dibuat lantai ini seharusnya ditukar setahun sekali untuk menjamin keselamatan penduduk kerana amat merbahaya jika ia reput dan mengakibatkan kemalangan

Perjalanan dipisahkan oleh anak-anak tangga yang membawa kami ke rumah panjang ke aras yang lebih tinggi

Kayu Berlian yang tahan lama ini digunakan sebagai tiang-tiang utama rumah panjang

Kayu Berlian ini tahan hingga beratus-ratus tahun
Buloh-buloh ini dikeringkan dahulu sebelum digunakan untuk membuat berbagai penghasilan seperti lantai, tikar mahupun bakul dsb

Penanaman padi merupakan hasil pendapatan utama di sini.  Di sini padi di tanam di lereng-lereng bukit.

Aktiviti waktu pagi bagi para ibu ialah mengeringkan padi-padi yang telah diproses

Penanaman padi di sini di lakukan di kawasan berbukit

Di waktu pagi suasana agak lengang kerana kebanyakan penghuni  berada di atas bukit bertanam padi 

lengang

Padi yang baru dituai dan belum dipisahkan dari tangkainya

Jemuran padi


padi bukit

Manual process

pijak jangan tak pijak

kemudian padi akan ditampi untuk membersihkannya dari serdak-serdak yang tidak diingini

Beginilah rupanya padi yang belum diceraikan

Bakul dan tampi ini harganya mencecah ratusan ringgit.. tak mampulah den nak memborongnya..heee

Tikar-tikar anyaman tangan ini disimpan di atas para-para jika tidak digunakan

Cuba teka biji apakah yang sedang dikeringkan ini.. kasi pantun sikit!

Buah keranji dalam perahu.. suruh mengaji dia tak tahu..

checked 
Katanya hanya "lelaki sejati" sahaja yang boleh panjat tangga nih... hahaha... dan make sure jangan pakai kain pelikat ya...
Bakul yang sangat mengancam kerana workmanshipnya

jemuran biji koko ke kopi nih... konpius

Penduduk-penduduk di sini teramatlah peramah dan mengajak kami makan bersama

setelah diminta menjamah buah yang masam ini, kami diberi bekalan pula untuk dibawa pulang.. adoi!

Inilah buah yang masam itu.. belimbing hutan.. sedap jika dibuat sambal belacan katanya
air sungai yang jernih kelihatan begitu tenang

Acara menampi padi belum berkesudahan lagi..

Gadget yang sangat bagus untuk melarik buluh menjadi halus dengan mengunakan tudung tin yang telah dilubangkan.  Kreatifkan..

jemuran getah skrap

Agak sudah berkulat sedikit..

Tuan rumah tiada..

Nenas Sarawak

buah labu ini dikeringkan untuk dijadikan labu untuk menyimpan air

i love this lorong

Public Toilet.. sila mampir!

kemas dan tersusun kayu api ni

Sesiapa yang berminat untuk homestay.. sila call

ada juga rumah sebuah-sebuah di bahagian yang tanahnya tidak rata

makcik-makcik yang pemalu.. macam tahu2 aja nak masuk blog ai yang femes ni..ehehee

Bismillah hirrohman nirrohim... inilah highlight of the event.. jemputlah naik..

The HeadHouse or Panggah

Sejarah pemenggal kepala ini telah berlaku sejak 170 tahun lampau.  Ketika itu apabila berlaku pergaduhan atau perkelahian , kemenangan akan diukur dengan membawa pulang kepala mangsa yang telah dipenggal dan di simpan di rumah ini dan dianggap sebagai trofi kemenangan untuk dipertontonkan.  Wallah hu alam


Namun kini kebanyakan dari tengkorak-tengkorak ini telah ditanam dan apa yang ada sekarang ialah tengkorak-tengkorak untuk tujuan tontonan kepada pelancong sahaja

Kaum wanita pada masa itu tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan ini dan dianggap "taboo". Di bawah tempat tengkorak itu ialah meriam yang dihadiahkan oleh kesultanan Brunei pada zaman pemerintahan keluarga di raja Brooke 

for display only

berbunga ke 

merentas sungai untuk ke deretan rumah panjang yang lain

serai ditanam sebagai sumber pendapatan dan akan dijual di Pasar Satok

Anyaman buluh dijadikan dinding.. sangat awesome!

mari bergaduh

long houses adventure

JOM masuk..
tiba-tiba teringat pula kat Laksa Sarawak yang kuahnya sangat yummeh! dah laparr....


Annah Rais.. truly Asia
Kemudian kami ke rumah panjang Kg Benuk. Untuk sampai ke sini, kiranya kami tidur-tidur ayam di dalam kereta tetapi masih tak juga sampai-sampai.. hahaha.. jauh jugalah tu!  Disinilah perayaan Gawai Dayak telah diadakan pada bulan Jun tahun ini

bersama  "tourist guide" cum driver kami yang tersangat kelasss... 


sebahagian dari replika rumah-rumah panjang untuk pertandingan

Kokong ini akan di palu jika ada majlis  di adakan atau sebarang kecelakaan  menimpa kampung
Peralatan yang digunakan untuk pertanian

Peralatan yang digunakan untuk perburuan

Jemuran Barli

Ngeri juga nak lalu kat jambatan ini..
Rumah panjang di Kampung Benuk ini telah mengalami banyak perubahan.  Ramai yang berkemampuan telah mendirikan rumah batu untuk tanah yang menjadi milik mereka.  Keadaannya sama seperti di rumah-rumah felda di semenanjung.
Lada hitam merupakan hasil utama selain daripada padi
Kemudian kami ke mini muzium Anne Saji yang sangat terkenal itu.  Ia merupakan sebuah rumah yang menyimpan banyak koleksi kenangan pahit manis tuan punya rumah ini iaitu Puan Anne Saji bersama suaminya yang telah meninggal dunia.

Inilah dia auntie Anne.   Her late husband dulu merupakan  ketua kampung di kampung ini dan beliau merupakan orang penting yang berhubung secara langsung dengan tentera British yang menjaga keamanan penduduk di sini.   Semasa orang bercerita, saya sibuk mengexplore.. tapi memang banyak gambar tentera-tentera British yang datang ke sini.  Berbagai-bagai perjanjian termeteri dan suami beliau adalah diantara orang-orang yang penting itu.  Begitulah lebih kurang... 

Koleksi foto Anne Saji

Koleksi tempayan

Sebahagian pemandangan dalaman

Jangan lupa untuk menandatangani buku pelawat dan hulurkan sumbangan seberapa ikhlas kepada tuan rumah

Kebanyakan rumah mempunyai antena UFO yang besar ni.. 

Kemudian kami ke rumah panjang Kg Belimbing pula.. canggih sungguh replika buah belimbing ni.  Besar!
Di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, kampung Belimbing ini telah mengalami proses kemajuan yang amat membanggakan di segi pembangunan. 

Rumah panjang moden seperti rumah teres dua tingkat yang mempunyai beranda depan


Syukur alhamdulillah kerana kampung ini mempunyai penduduk yang semuanya beragama Islam setelah mereka menerima hidayah dalam upacara pengislaman beramai-ramai.   Terdapat surau, balai raya, tadika dan berbagai kemudahan di sini.

 
Jangan lupa untuk menikmati Mee Kolok di antara kegemaran penduduk di Sarawak.  Biasanya ia dimakan bersama sup jernih dan di bubuh kicap pedas untuk menambah rasa.
I really love this spot and all the memories will forever remain... JOM pulang!

S E L A M A T    B E R C U T I

Comments

  1. Hi, I'm fy, A master student from Unimas in Kuching. Now I am doing a study in Bario, Kampung Annah Rais and Kampung Mongkos in Kuching. I found that you ever been to Kampung Annah Rais before. Therefore, I would like to invite you to fill a survey regards service quality in Kampung Annah Rais and yours satisfaction and destination revisit intention to serve my thesis’s purpose. I would be very appreciating that if you can give a hand to help. You can fill the questionnaire using the link as shown as below. Thanks.

    https://docs.google.com/forms/d/1nHABHeO0Ff9ZeYeQpDzEMMJ8l3guRS-VM7uSOyshIgw/viewform

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?