Warwick Castle.. istana berdarah atau berhantu?

Kali ini kita berkesempatan menjelajah ke Warwick Castle yang terkenal itu.  Apa? tak pernah dengar?  samalah kita... dulu-dulu pun saya pun tak tahu akan kewujudannya.  Selepas balik dari siri lawatan dari sana, saya demam teruk. Amat bertuahlah Mr Hubby dan my kiddos yang  sihat wal afiat.. alhamdulillah... seperti seadanya.

View of Warwick Castle from God knows where... awesome kan? Gambar ni bukan kami yang punya... pinjam eh
Rugi kalau sesiapa yang datang ke England tetapi tidak berkesempatan ke sini. This is a must castle to visit.  Kira sempat dengan tak sempat ajalah ni. So kalau dah sampai.. pergi sahajalah.  Merasai pengalaman 1000 tahun yang begitu menerujakan  pada istana silam zaman medieval ini.  Wa cakap sama lu... orang putih kata " great battles, ancient myths, spellbinding tales, pampered princesses, heroic knights dan bla bla bla ...  never ending tales about this mysterious castle. " Wah... speaking nampak.  Berhabuk tak? hahaha... boleh fahamkan.. tak payah translatekan lah ya!

spectacular..
Warwick Castle ini terletak di Warwick di bandar Warwickshire, England.  Ia dibina oleh William the Conqueror pada tahun 1068 dan terletak di tebing sungai Avon yang terkenal itu.  Kami kesana berempat beranak sahaja.  Harga tiket masuk juga begitu menerujakan tapi disebabkan pelancong dari Malaysia  ini adalah pencinta sejarah tegar English, kita layannn... Oh ya.. sebelum jauh perjalanan i berstory telling ni.. mind you sebutan Warwick tu ya... ia disebut Wor Rik... bukannya War Wick... ok na... pergi start baca dari mula balik, betulkan sebutan tu... ha.. ala...   hehehe...

Di hadapan salah satu pintu masuk

Istana lama ini dulunya dibina sebagai kubu pertahanan.  Al maklumlah  omputih ni kan suka berperang untuk merampas takhta dan memperluaskan tanah jajahan.  Ia kemudiannya ditukar menjadi rumah persendirian dimana ia dimiliki oleh keluarga Greville yang mula-mula mengambil gelaran Earl of Warwick dari tahun 1759 -1978.    Dipendekkan cerita yang memang tersangat panjang (rasanya mesti korang kata... ada aku kisah! ) maka saya shortcut-shortcutkan ajalah ya.   Kemudian istana ini dijadikan sebagai " DUNGEON ".. apa tu? Mind you all... Dungeon is not a Dragon ya!  Adik-beradik pun bukan.  Jauh panggang dari pemanggang.   Dungeon ialah sebuah bilik atau sel yang menempatkan para tahanan atau banduan dan ia biasanya terletak di bawah tanah.  Underground babe! underground dungeon...

view dari atas menara bertentangan.. mengah den naik tangga turun tangga.. mana tak demam!
Ramai dari tahanan-tahanan perang diseksa dan dikurung di sini pada abad ke 14. Ia menjadi lebih terkenal lagi apabila Raja Inggeris Edward IV di penjarakan di sini pada abad ke 15 pada zaman pemerintahan Richard Neville yang dikenali sebagai " Warwick the King Maker ".  Istana yang menjadi lambang kekuasaan Earl of Warwick ini juga mengalami berbagai proses pengubahsuaian sejak dari abad ke 11 dimana ia dibina dari kayu dan diubahsuai kepada batu pada abad ke 12 untuk menjadikan ia sebagai "Fortress" kubu ketenteraan yang besar dan kuat ketika itu.  Apatah lagi untuk menghadapi siri peperangan 100 tahun yang terkenal itu.

kak ngah bergambar dengan tali mengikat leher.. bukan tali leher ya.. braninya kau!

Ini juga adalah diantara peralatan untuk mendera tahanan

bayangkan bagaimana tahanan hidup digantung disini
Berbagai-bagai alatan yang digunakan untuk mendera, kalau nak diikutkan dera sambil membunuh tahanan.  Ada mesin untuk menarik tangan dan kaki, mesin untuk mematahkan tulang, kerusi itu kerusi ini... Allah hu Akbar.. begitu kejam dan sangat menyayat hati.  Di dalam bilik-bilik bawah tanah itu memang sangat menyeramkan.  Bau hamis darah dan kepam dinding membuatkan kita dapat merasakan betapa deritanya tahanan-tahanan perang ini.  Ada yang dikurung didalam bilik-bilik kecil tanpa ruang udara langsung.  Dan bayangkan dalam kedinginan yang amat sangat dalam musim sejuk.

penat berjalan.. kenalah didukung

Wah... ayah tak takut kena pancung ke?

cuba teka... mana satu orang mana satu patung?

Sir Winston Churchill juga ada mengadakan mesyuarat disini

Queen Victoria tengah bersiap tu... janganlah tengok.. malu dia nanti.. heee


















Untuk yang menggemari senibina dan arkitektur, disinilah tempatnya untuk melihat bagaimana istana sebesar ini di bina dan dihias dengan seni deko yang waduhh.... grand yang amat!  Sampai naik loya dan hampir sesak kami melihat hiasan dalaman yang memang sebenarnya "English Olde Style" dengan kerawang-kerawang dan ukiran-ukiran dimerata tempat.  Bilik-bilik besar yang dipenuhi katil-katil dan perabot yang tersangat "heavy" ... berat mata kami memandang.  Memang disinilah kita dapat melihat terletaknya "English Treasure" yang sangat bernilai itu.  Dan paling menakjubkan dengan kewujudan patung-patung yang mewakili suasana dan kehidupan di masa lalu.  Namun berhati-hatilah jika ingin memegang patung-patung itu atau ingin bergambar bersama kerana tidak semena-mena ada yang akan bergerak memegang kita kembali atau ada yang mengenyit mata kepada kita.  Astaghfirullah hal azim... terkejut eden... hahaha.. kerana ada diantara patung-patung ini adalah artis-artis (pekerja mannequin) yang turut sama sebagai sebahagian dari suasana dan kehidupan di istana.  Biar betul mak... itulah diantara sobab musababnyo esei domam jang oi!! Domam tokojuit...

sempat bergambar di atas salah satu menara

salute pada kak long... kuat jalan dan kuat mendaki betul..

scenery yang menarik

penat memanjat tower.. berhenti untuk dating.. mengahhh!
Pelawat dan pelancong telah mula membanjiri istana ini sejak abad ke 17 lagi.  Ia menjadi tempat tumpuan pelancongan yang terkenal dan pada tahun 2001 diiktirafkan sebagai diantara 10 tempat paling menakjubkan untuk bangunan dan monumen bersejarah di Britain selain dari Tower of London , Stonehenge (Batu-batu tegak berdiri dalam bulatan megalit yang famous tu... pergi check kat google image ya..) dan Edinburgh Castle (kat Scotland ).  Warwick Castle juga di letakkan di bawah perlindungan Scheduled Ancient Monument yang mengiktirafkan ia sebagai warisan negara dan statusnya sebagai arkeologi site dan bangunan bersejarah.  Ia juga disenaraikan sebagai bangunan Grade I di dunia.  Pada tahun 1978 Warwick Castle dijual kepada Tussauds, sebuah organisasi pengendali pelancongan yang terkenal.  Tussaud telah melakukan berbagai pembaikpulihan pada istana dan kawasan persekitarannya untuk dijadikan  tarikan lebih ramai pelancong.  Ia kini telah dapat menarik lebih kurang 1/2 juta pelawat setiap tahun.  Berbagai-bagai pertunjukan bermusim juga diadakan dipersekitaran istana ini. 

heart breaking + melting punya scenery di belakang tu..
Pada tahun 2007 Tussaud telah dibeli oleh Merlin Entertainment yang kemudiannya meneruskan operasi mengendalikan istana ini.  Warwick Castle ini juga amat terkenal dengan rangkaian cerita-cerita hantunya yang menambahkan reputasi yang bagus untuk menarik lebih ramai pelancong.  Menara Watergate merupakan diantara menara berhantu yang paling ditakuti.  Manakan tidak dengan siri penderaan dan pembunuhan kejam kepada tahanan-tahanan dan juga perebutan sambil berbunuhan untuk merampas kuasa dan menguasai  istana ini.  Siapalah yang tidak mahu menjadi hantu untuk membalas dendamkan.. betul juga... hihihihi...


bolehlah tiru hiasan dining table yang sarat ni.. jangan tersilap ya.. bunga bukan untuk dimakan..


Bagaimana?  Teringin untuk melancong dan melawat ke Warwick Castle?  Silakan... sesungguhnya setiap ciptaan dan kejadian ini akan membuatkan kita akan lebih merasa betapa Agungnya kebesaran Allah swt.  InsyaAllah..dengan catatan perjalanan di lain tempat dan di lain masa... sehingga berjumpa lagi.   Mungkin ke Stratford On Avon tempat lahir Shakepears untuk melawat  pekan Inggeris seperti dalam filem lama dan menginap di Hotel Arden.   Akhir bicara ...jaga diri!

Nota : Bahan artikel di diambil sedikit dari Wikipedia.. dah lupa da..


S  E  L  A  M  A  T    B  E  R  C  U  T  I

Comments

  1. bestnya! teringat cerita Merlin tapi memang menyeramkanlah istana ni. Pencinta sejarah tegar English? baru aku tau. Gambar heart breaking tu scenerynya macam lukisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah tegar sgt dgn sejarah Inggeris ni tapi disebabkan penangan novel2 cinta Mills & Boons yang menjadikan suasana bandar2 Inggeris ni sbg background satu waktu dulu ... zaman berperasaan dan prasan..hehe! Kiranya cam kegilaan Gangnam style lah skrg.. so kenalah pergi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?