Minggu akhir ke sekolah.. weeehooo!

Hahahahaha... ketawa besar saya membaca tajuk entri kali ni.  Dulu-dulu zaman sekolah memang seronok dan tak sabar-sabar bila nak cuti.  Kini perasaan ini muncul kembali... Almaklumlah tugas sebagai driver a.k.a supir atau lebih glam disebut pemandu peribadi ni.  Hamboih... bukan tak redho tapi " as a human being who are not young anymore as i used to be " memang sangat meletihkan.  Ini bukan  sesi komplen ya ibu-ibu sekalian  cuma luahan perasaan.. ~ " yolah.. ekau tu bila teman ajak jumpe.. ngetehke.. jalan2 ke.. asik busy memanjang.." (dialog ni dialog  kome ye..bukan saya)  .  Bukan taknak hantar naik van tapi anak ai.. suka hati ai lah kan.  Apa-apa pun inilah yang saya busykan seharian.. harap maklum..hah! 

mak bawa tak laju..  speed 70/80 aja.. ok kan? 
Kadang-kadang kalau mr hubby kerja outttte station.. terpaksalah  7.00 pagi dah keluar hantar anak ke sekolah.  Kemudian tergesa masak sakan untuk lunch, pukul 10.50 pagi dah keluar lagi ke SRA.  Belum lagi kalau kakak suruh hantar ke sekolah pagi atau ke rumah kawan dia untuk buat assignment .  Haish!  Sampai rumah pukul 11.30 pagi tergesa-gesa pulak suruh dema makan, suruh ganti baju sebab 12.30 tghr nak mission lagi ke sekolah petang.  After that tunggu abang ( my son ) balik .. takkan nak balik rumah pulak la kan  sebab sesi pagi habis pukul 1.20 ptg.  Nanti buang masa  ulang-alik.   Dan kalau abang keluar cepat takpe jugak.. ni dah puas terteleng kepala menjengah dia dan hampir berasap dalam kereta tu bayangnya pun tak nampak..huhuhu...  anak oh anak!  Luckily, i  still can write and read + entertained phone calls + did some shopping ( Supermarket EconSave dekat dengan sekolah) while waiting.. tidor setakat 1/2 jam tu memang perkara biasa..masa itu emas, jangan buang masa!

Just imagine kalau hari panas membara and i duduk dalam kereta with aircond bagai, nearly 1 hour plus.  Bagus ke untuk your health and skin?.  Hmmm... kalau kulit putih tu takpe jugalah kan... tak effect.  People with dark skin ni... cepat je melanin*nya bertukar darker.  Betul tak?  Yang hitam-hitam manis aja angguk ye... dan just imaginekan lagi kalau my car is the oven.. sure dah berbalang-balang biskut coklat chip siap!

* darken color effect by uv ray dan tiada kena mengena dengan albinisme (albino).. betulke ni? 

this is my personal photographer

tapi muka mak selalu tak fully enter frame... apa da... sabotaj mak ye?
Alhamdulillah.. sesi ke pusat tuisyen 3 kali seminggu juga sudah berakhir.  Bayangkan pukul 2.45 ptg nak keluar balik sebab pukul 3.00 ptg kelas bermula.  Then pukul 5 ptg atau 6.30 ptg (depend on berapa subjek) nak ambil bawa balik pulak.  Aiyooo... belum lagi tuisyen pada waktu malam yang nasib baik seminggu sekali aja.  Lepas maghrib bergegas2 lagi... dan kelas habis 10.00 malam.  Ada kau larat  nak tahan mata yang mengantuk tu ...?  Walau pun begitu kelas malam ni selalunya bergilir-gilir dengan mr hubby tapi kesian juga kat mr hubby nih... sebab dahlah kerja  sehari suntuk dengan kerja-kerja yang berlambak tu .  Kesian..  penat, letih, ngantuk dan yang sewaktu dengannya!
as always lepas hari terbuka.. hari penyampaian hadiah lah pulak

sesi bagi bunga telur kat tetamu

dapat bunga telur..  daunnya siap English vantage gitu!

Tahniah...hadiah no 2 beg biru & hadiah budak no 1 tu... beg kuning..jimat emak tak payah beli beg tahun depan

kawan een...  Afiqah Nurhidayah

Sesi pemanduan berakhir apabila my daughters (kakak & een) pulang dari sekolah sesi petang.  Sudah tentu semua telah maklum sekolah rendah balik awal dan sekolah menengah balik lewat.  Bezanya bukan setakat 2-3 minit... kalau hari Khamis dan Jumaat.. bezanya 40 minit... kering menunggu dalam kereta.  Nak balik pun no point.. mana nak tunggu 2 traffic lights lagi.. nanti sampai rumah hantar si kecik..dah nak keluar balik! no point.. no point.. lucky juga petang-petang ni boleh alternate atau di subkan terus ngan mr hubby bila dia balik kerja, sekali lalu boleh ambil anak kan  ayang... hmmm.. ai masak sambal tumis udang ...


tumis cili


petai sebiji-sebiji.. baru puas!

add udang

bawang besar.. the more the merrier 

dump semua.. color changing due to smokes gets in my eyes.. he3


dah siap.. sambal udang petai.. cuti sekolah mak kata dah boleh makan petai..ahaks!

mak ayah... JOM makan! 

Dengan berakhirnya sesi sekolah pada tahun ini.. maka alhamdulillah.. untuk ibu-ibu yang sejawatan dengan saya bolehlah kita berehat sedikit, sambil JOM kita mengemas rumah.    Apa? baru nak kemas?  hhhhh... mind you.. kemas rumah tahap 5S punya da.. dan juga start kemas + packing bagasi sebab emak pulak nak pergi bercuti.  Jangan jeles ya anak-anak.. dok rumah jaga ayah ya.. aik.. ayah pun tinggalke? hahaha.. (ketawa besar)   Walaubagaimanapun masih ada sesi menghantar anak ke kelas mengaji dan solat Jumaat yang tidak akan ada cutinya dan sesi memenuhi jemputan ke majlis-majlis sempena cuti sekolah yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.  Apa?  HUJAN?? ... apa nak buat ... dah tiba musimnya.. it's their season... welcome rain!!

S  E  L  A  M  A  T     B  E  R  C  U  T  I
weeee...hooooo!

Comments

  1. Fuh! aku pun boleh terasa kecapekan yg kau rasa. Kalau aku berhenti keje pun mungkin aku akan menyandang jawatan yg sama mcm kau. Anak2 kita kan berderet2 yg sekolah lagi. Apa2 pun kita memang Superwoman, Supermak! Bravo!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?