Sweet November..

Kalau diikutkan hati, semua jemputan kalau boleh hendak pergi, tidak kiralah melalui kad ,jemputan mulut atau via phone...  tak sampai hati nak di tolak.  Cuba juga mesti pergi kalau berkesempatan..  Kadang-kadang rasa ralat kalau tidak dipenuhi lebih-lebih lagi jika tarikh jemputan bertembung satu sama lain dan jarak perjalanan yang jauh berbeza .  Untuk jemputan kad  tapi kita sendiri pun tak berapa kenal siapa tuan rumahnya terutamanya jemputan dari bekas pelajar mr hubby (kad dihantar melalui kenalan atau diterima dalam post box )... ini lagi menarik.  Nak tahu kenapa?  yalah... yang bagi kad jemputan ialah pengantin sendiri.. dan tentulah pengantin tak jadi penyambut tetamukan.. dahlah tak sure dan tak berapa kenal, tentu kita akan tercari-cari dan keep guessing aja mana satulah tuan rumah.   Ini kes mungkin kenal isterinya tapi tak kenal suaminya atau kenal anaknya tapi tak kenal mak ayahnya.

Itu untuk kad jemputan bekas-bekas pelajar tapi bagaimana pula dengan jemputan yang  amat dikenali? Jemputan saudara-mara rapat yang dikenali tetapi kami menerima kad melalui adik-beradik yang nama penerimanya di sampulnya kosong tanpa nama.  Mr hubby cukup tidak berkenan mendapat kad yang sedemikian.  Katanya atleast kalau menjemput pun tulislah nama kita pada kad jemputan itu.  Ini main bagi kad kosong sahaja.  Kalau siblings orang tu 10.. bagi 10 kad kosong aja...  Come onlah... ni kad special event.  Nak menjemput pun kenalah ada caranya sekurang-kurangnya ambillah pen dan tulislah nama penerimanya.  So... kalau bayang mr hubby tiada dimajlis itu... tentu tahu apalah puncanya.  He did not like to receive the invitation card without his name on the card.  Namun ini akan berbeza jika tuan rumah sendiri menjemput dengan menghulur sekeping kad walaupun tanpa nama.. in shaa Allah kami akan menghadirinya jika tiada aral.

Dari jemputan kenduri doa selamat, parti harijadi, cukur jambul, pertunangan, perkahwinan, majlis penyampaian hadiah dan kesemuanya kebanyakannya di adakan pada masa musim cuti sekolah.  Tapi kini kenduri apa-apa pun boleh terjadi tanpa perlu menunggu cuti sekolah.  Namun jumlahnya tidak begitu ketara  berbanding pada musim cuti sekolah.  Kebetulan semalam menghadiri jemputan ke rumah kak Hajah Zainon teman sebilik masa mengerjakan haji dulu, di majlis perkahwinan anak lelakinya yang bongsu di Taman Melur, Ampang.  Kami mendapat kad jemputan melalui anaknya yang tinggal berdekatan dengan rumah kami.  Dah bagi kad jemputan kemudian menjemput melalui telefon lagi.  Kalau tak pergi.. ralatnya rasa.  Namun mr hubby tidak dapat turut hadir kerana sekarang adalah minggu konvokesyen UiTM.  You know how busy he is...

Alamak.. i never drive alone to Ampang.  Nasib baiklah een dan kakak dah balik kerumah.  Boleh juga dijadikan teman pandu arah jalan dan tidaklah lone ranger.  So far setakat ke Cheras tu " no hal" sebab dah memang emak mertua orang sana tapi nak ke Ampang memang payah.  Masa zaman student dulu memang biasa ke sana berseorangan kerana kakak saya memang tinggal di Ampang tapi itupun dengan menaiki bas yang diambil di Lebuh Ampang.  Haiya... dengan lafaz bismillah hir rohman nir rohhim., bacaan doa perjalanan dan ayat kursi berkali-kali akhirnya dengan izin-Nya , alhamdulillah.. sampai juga kami ke Ampang.  Tipulah kalau kata terus sampai.. tapi adalah terpaksa U-Turn sana-sini bagai... hehehe... Taman-taman perumahan begitu banyak di sana dan jaraknya berdekatan antara satu sama lain.  Pening dah emak engkau ini... walau pun tiap-tiap tahun pergi beraya ke sana.  Kira achievement jugalah ni sempena awal Muharram.

Hajah Zainon ini juga merupakan ex-jiran kakak saya

What a small world.. roomate saya rupanya jiran sebelah rumah kakak

Zulzainuddin dan Nor Hidayu menantu kak Non

Kami ambil makya alone, sebab pak teh, isya dan syakir balik ke Kuala Kangsar

Ke Taman Ampang Pecah memenuhi jemputan anak sulong Hassnah

Aein anak perempuan Hassnah dan menantunya
seronok berjumpa rakan-rakan sekolah 
meja VIP giteww... terimakasih Nah..
Kumpulan Marhaban kami 

Ustazah Adila no. 3 dari kiri merupakan guru mengaji een


jemputan majlis cukur jambul anak perempuan Azura jiran kami

MasyaAllah.. comelnya

tema baju : gaun labuh.. kelas gitu baby!

In between sempat lari ke Saujana Utama, jemputan jiran lama Liza..   "sempat jugak kau datang Rehan.." kata Liza

Kak Siti Rohani... biarlah rahsia dulu ya...


In between sempat ke rumah Hajah Aminah... " rindu akak Rehan.. " kata kak Nah.   Saya pun rindu.. tu sempat sampai.. hehehe 

Ini pulak majlis harijadi.. temankan een sahaja

MasyaAllah.. si pipi bambam  Fatiah

een dan kakak yang besar pun dapat bawa balik sorang satu.. haish

geget.. geget

Top of the highlight event ~ majlis pertunangan Azuin, anak saudara  mr hubby

Romantik.. siap sendiri masuk bawa kek b'day

Fazreen dan Azuin

Untong aween... wan ukirkan buah hiasan  untuk hantaran daripada agar-agar.. kelasss!

sekali naik dengan selaut hantaran

Alhamdulillah... selesai sudah majlis yang diberkati.. amin
Alhamdulillah... hmmm.. naik nafas turun nafas.  Ini adalah sebahagian dari majlis yang sempat  dihadiri di bulan November sahaja.  Semoga Allah swt memberi limpah rahmat dan keberkatan di dalam sebarang majlis yang dihadiri...  Amin.  Dengan cuaca yang tidak menentu kini,  sekejap hujan sekejap panas.. memang sangat mencabar untuk menganjurkan sebarang majlis.  Kepada jemputan yang tidak dapat kami penuhi sama ada jauh ataupun dekat.. terutama majlis perkahwinan anak saudara jiran kami yang merupakan saudara kami juga (selang satu pintu oiii..) di kejiranan emak di KKB.. maafkan saya ya.. In shaa Allah.. jangan lupa jemput lagi next time... ada masa, ada rezeki,,, kita JUMPA! 

Oh ya.. sempat juga menziarah sahabat lama cum teman sepermainan "melompat-lompat" sejak dari kecil lagi Puan Siti Hawadiah Abas yang telah berjaya menjalani pembedahan di Salam Specialist Medical Center. , Shah Alam.  Apabila membaca coretan ini, diharap Siti telah beransur sembuh dengan sepenuhnya.  Take care dear.. eat well, sleep well and keep healthy. 


Alhamdulillah.... keep healthy
Juga kemudiannya mengambil peluang menziarahi sahabat-sahabat ex-office mate di CMM/Schneider pada hari yang sama. Lama den menunggu korang keluar seorang demi seorang.  Anyway, lepas rindu den terutama kepada otai-otai lama yang masih gigih dan setia disana.  Pelukan dan ciuman korang semua menjadi extra oxygen for me.  Kepada yang telah tiada dan masih lagi berkhidmat disana... kenangan bersama akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.  Hampir 19 tahun disana, memang mengukir banyak kenangan manis bersama sahabat-sahabat sekalian.. thanks all for being my good friends.  Takde gambar sebab semua kata... " dah petang dah.. make-up dah cairr.. no photo please "  haiyaa..

Opps.. ada tetamu kecil di rumah kami sekarang.... (welcome Dedeq...) dan selamat bercuti panjang untuk semua terutama kepada all SPM leavers...

W  E  L  C  O  M E     D  E  C  E  M  B  E  R

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?