Raining .. JOM car wash

HUJAN lagi... Apa nak buat asyik nak hujan   sahaja maka ilham datang mencurah bagaikan air hujan.. (iya lah tu..)  Kekerapan topik hujan yang bakal memecahkan rekod dunia Guinness bagi tajuk-tajuk entri saya ini. 

Apabila hujan, kekerapan membasuh kereta menjadi kemestian pula.  Inilah dinamakan acara membasuh kereta tanpa berkesudahan.  Kalau musim panas, i don't care.. nak berdebu ke nak berdebuuss ke..  lebih-lebih lagi kalau nak cepat ikut jalan " short-cut " ke sekolah (jalan tembus dari kilang yang tanpa tar cuma jalan berkerikil yang bila memecut... pasirnya gerenti berterbangan).  

Namun bila hujan ni.." say goodbye "lah pada jalan short-cut sebab selain dari masalah air bertakung dan melimpah ruah, jalan short-cut ini menjadi favourite pada lori-lori hantu pulak... tak kuasa i nak berselisih dengan you!

Masa muda-muda dulu aktiviti hujung minggu saya memanglah mencuci kereta sendiri dan bertambah aktif lagi dengan bantuan "bibik" pula  tapi bila usia dah semakin senja ni.. tau-tau ajalah.  Pabila urat dawai tulang besi yang ku banggakan dulu sudah hampir hilang kilauannya dan tenaga bibik  juga kini hanya tinggal kenangan sahaja.  Bila mencuci tu memanglah gagah bergaya + rasa sihat lebih lagi bila siap cuci dan dilapkan.. bersinarnya  kereta saya!.  

Bila malam menjelang dan fajar menyingsing keesokan harinya side effectnya pun sampailah... sakit sini sakit sana.. nak demam bentan semua adalah!  So.. sempena meraikan usia menuju emas ini marilah kita ke "car wash" saja...  

JOM beratur

get ready

swoosh..

swishh

sweeshhh

swushhhh......

Happynya si kecil yang komplen emak selalu cuci kereta time dia kat sekolah

Terhibur dengan senyum tawa serta celotehnya

bersedia untuk keluar

kali ni tunggu giliran untuk vacuum pulak...

dah boring tu apa lagi..

Plant vs Zombie
Semoga masa-masa berkualiti bersama anak-anak ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Hamboih mak... quality time mende tu.. bawalah shopping ka, bowling ka,   futsal ka...  Walau apa pun semoga anak-anak kita ini walau dimana pun mereka berada sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt.  Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?