Sunday, 4 November 2012

La Tahzan

Hari ini 3hb Nov 2012, menaip entri kedua buat hari ini,  hari ini dalam sejarah yang bakal memecahkan rekod dunia Guinness tetapi belum tentu dapat dihabiskan segera catatan ini kerana pancaindera saya terbahagi dua di antara skrin monitor lappy ini dan chinese movie di NTV7..  hayyooo.. emak engkau nih! 

Dan  di sebabkan terlampau penat seharian memenuhi jemputan  di empat buah rumah bersama een, as always for me maka tak dapat lelaplah mata tewww... (alkununnya) tapi jangan risau no story about the rain anymore yea!

Sepagi selepas menikmati "early breakfast" di  Restoren Sri Rahayu Meru, seperti weekend yang  lalu di minggu pertama bulan baru ini, kuliah agama Ustaz Ridhuan Zainal Abidin kembali lagi.  

Kali ini kami semua memang tidak sabar-sabar kerana kitab baru akan bermula.  Kitab baru ~ La Tahzan - Jangan bersedih ( Don't be sad ).  Sesungguhnya Allah swt sentiasa bersamamu  karya best seller oleh Dr Aidh Abdullah Al-Qarni yang telah diterjemahkan kepada lebih dari 16 bahasa di seluruh dunia.

RM50.00.. must buy
Menurut yang mulia al ustaz, kitab La Tahzan ini merupakan satu kitab motivasi untuk membangkitkan semangat umat Islam. 

Ustaz berkata  tidak ada kesedihan yang maha dahsyat di dunia ini melainkan kesedihan ketika berada di dalam neraka. Seringkali disebut wanita ialah makhluk lemah yang paling kuat menangis dan diibaratkan seperti "sponge" (span) mind you not spongebob nay... kuat menyimpan perasaan, memendam rasa tetapi apabila tidak tertahan lagi kedukaan yang ditanggung di dalam hati dan  ini diumpamakan ia diserap oleh span itu.. apabila diperah maka bayangkan begitu banyak airmata yang mengalir keluar... 

Lelaki pula ibarat bunga karang.. keras dan tidak peduli!  Memberontak atau marah "on the spot".. mereka jarang menyimpan rasa .. bila ada problemo masih boleh nyenyak tidur berdengkur.. (tak semualah kot..)  Dan seperkara lagi kita dibolehkan bersedih dengan  berdua-duaan dengan Allah swt sahaja.

Kuliah bermula dengan yang berbahagia al-ustaz memperkatakan tentang Kata Pengantar pada kitab ini dahulu.  Bermula dengan ayat pertama " Segala puji tertentu bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam ".   Ustaz menghuraikan tentang "puji".   Puji-pujian ini  terdapat 4 jenis :-


  1. Allah swt memuji diri sendiri
  2. Allah swt memuji makhluk-Nya
  3. Makhluk memuji kepada Allah swt
  4. Makhluk memuji sesama makhluk

Kesimpulannya segala pujian seperti di atas dibolehkan kerana dengan memuji itu sebenarnya  kita telah memuji kesemua ciptaan dan kurniaan Allah swt kerana seluruh makhluk di alam ini adalah milik Allah swt.

Ustaz berpesan lagi apabila kita menghadiri  kelas pengajian agama hendaklah kita berniat untuk menjadi ulamak.  Umum mengetahui para ulamak ini bermaksud  orang Islam yang mendalami ilmu dan agama Islam seperti para mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulamak.  Dan dari petikan wikipedia ulamak atau ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.  Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya.  Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabelkan sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi * berbanding ilmu duniawi.

Jadi bila al ustaz bertanya kepada kami semua ~ " ada tak sesiapa yang berniat untuk menjadi ulamak apabila datang ke kelas hari ini? "  mmmm... cer teka apalah jawaban dari kebanyakan dari para ibu-ibuk ni ha... (termasuklah saya.. ha.. sib baik ngaku..) " taklah ustaz, tak beranilah nak jadi ulamak.. "  so ya ustaz pun kata lagi " kalau taknak jadi ulamak.. baiklah balik sahaja"  haa.. ambik kau!  so refer balik huraian apakah dia ulamak tu seperti di atas dan ubahlah niat kita bila menghadiri majlis dan kelas-kelas agama .  Mulai dari hari ini betulkan niat kita... berusahalah untuk menjadi seorang ulamak untuk mendalami ilmu  agama Islam dan mengamalkannya.  Amin..... 

* ilmu akhirat

“La Tahzan Innallaha Ma’ana” … Don’t be sad; indeed, Allah is with us. [Qur’an 9:40]

2 comments:

  1. Don't be sad ni dah lama dipasarankan? mungkin ini cetakan terbaru. Aku belum khatam2 lagi buku ni. Baca lompat2. Apalah...!

    ReplyDelete