Wednesday, 28 November 2012

Sweet November..

Kalau diikutkan hati, semua jemputan kalau boleh hendak pergi, tidak kiralah melalui kad ,jemputan mulut atau via phone...  tak sampai hati nak di tolak.  Cuba juga mesti pergi kalau berkesempatan..  Kadang-kadang rasa ralat kalau tidak dipenuhi lebih-lebih lagi jika tarikh jemputan bertembung satu sama lain dan jarak perjalanan yang jauh berbeza .  Untuk jemputan kad  tapi kita sendiri pun tak berapa kenal siapa tuan rumahnya terutamanya jemputan dari bekas pelajar mr hubby (kad dihantar melalui kenalan atau diterima dalam post box )... ini lagi menarik.  Nak tahu kenapa?  yalah... yang bagi kad jemputan ialah pengantin sendiri.. dan tentulah pengantin tak jadi penyambut tetamukan.. dahlah tak sure dan tak berapa kenal, tentu kita akan tercari-cari dan keep guessing aja mana satulah tuan rumah.   Ini kes mungkin kenal isterinya tapi tak kenal suaminya atau kenal anaknya tapi tak kenal mak ayahnya.

Itu untuk kad jemputan bekas-bekas pelajar tapi bagaimana pula dengan jemputan yang  amat dikenali? Jemputan saudara-mara rapat yang dikenali tetapi kami menerima kad melalui adik-beradik yang nama penerimanya di sampulnya kosong tanpa nama.  Mr hubby cukup tidak berkenan mendapat kad yang sedemikian.  Katanya atleast kalau menjemput pun tulislah nama kita pada kad jemputan itu.  Ini main bagi kad kosong sahaja.  Kalau siblings orang tu 10.. bagi 10 kad kosong aja...  Come onlah... ni kad special event.  Nak menjemput pun kenalah ada caranya sekurang-kurangnya ambillah pen dan tulislah nama penerimanya.  So... kalau bayang mr hubby tiada dimajlis itu... tentu tahu apalah puncanya.  He did not like to receive the invitation card without his name on the card.  Namun ini akan berbeza jika tuan rumah sendiri menjemput dengan menghulur sekeping kad walaupun tanpa nama.. in shaa Allah kami akan menghadirinya jika tiada aral.

Dari jemputan kenduri doa selamat, parti harijadi, cukur jambul, pertunangan, perkahwinan, majlis penyampaian hadiah dan kesemuanya kebanyakannya di adakan pada masa musim cuti sekolah.  Tapi kini kenduri apa-apa pun boleh terjadi tanpa perlu menunggu cuti sekolah.  Namun jumlahnya tidak begitu ketara  berbanding pada musim cuti sekolah.  Kebetulan semalam menghadiri jemputan ke rumah kak Hajah Zainon teman sebilik masa mengerjakan haji dulu, di majlis perkahwinan anak lelakinya yang bongsu di Taman Melur, Ampang.  Kami mendapat kad jemputan melalui anaknya yang tinggal berdekatan dengan rumah kami.  Dah bagi kad jemputan kemudian menjemput melalui telefon lagi.  Kalau tak pergi.. ralatnya rasa.  Namun mr hubby tidak dapat turut hadir kerana sekarang adalah minggu konvokesyen UiTM.  You know how busy he is...

Alamak.. i never drive alone to Ampang.  Nasib baiklah een dan kakak dah balik kerumah.  Boleh juga dijadikan teman pandu arah jalan dan tidaklah lone ranger.  So far setakat ke Cheras tu " no hal" sebab dah memang emak mertua orang sana tapi nak ke Ampang memang payah.  Masa zaman student dulu memang biasa ke sana berseorangan kerana kakak saya memang tinggal di Ampang tapi itupun dengan menaiki bas yang diambil di Lebuh Ampang.  Haiya... dengan lafaz bismillah hir rohman nir rohhim., bacaan doa perjalanan dan ayat kursi berkali-kali akhirnya dengan izin-Nya , alhamdulillah.. sampai juga kami ke Ampang.  Tipulah kalau kata terus sampai.. tapi adalah terpaksa U-Turn sana-sini bagai... hehehe... Taman-taman perumahan begitu banyak di sana dan jaraknya berdekatan antara satu sama lain.  Pening dah emak engkau ini... walau pun tiap-tiap tahun pergi beraya ke sana.  Kira achievement jugalah ni sempena awal Muharram.

Hajah Zainon ini juga merupakan ex-jiran kakak saya

What a small world.. roomate saya rupanya jiran sebelah rumah kakak

Zulzainuddin dan Nor Hidayu menantu kak Non

Kami ambil makya alone, sebab pak teh, isya dan syakir balik ke Kuala Kangsar

Ke Taman Ampang Pecah memenuhi jemputan anak sulong Hassnah

Aein anak perempuan Hassnah dan menantunya
seronok berjumpa rakan-rakan sekolah 
meja VIP giteww... terimakasih Nah..
Kumpulan Marhaban kami 

Ustazah Adila no. 3 dari kiri merupakan guru mengaji een


jemputan majlis cukur jambul anak perempuan Azura jiran kami

MasyaAllah.. comelnya

tema baju : gaun labuh.. kelas gitu baby!

In between sempat lari ke Saujana Utama, jemputan jiran lama Liza..   "sempat jugak kau datang Rehan.." kata Liza

Kak Siti Rohani... biarlah rahsia dulu ya...


In between sempat ke rumah Hajah Aminah... " rindu akak Rehan.. " kata kak Nah.   Saya pun rindu.. tu sempat sampai.. hehehe 

Ini pulak majlis harijadi.. temankan een sahaja

MasyaAllah.. si pipi bambam  Fatiah

een dan kakak yang besar pun dapat bawa balik sorang satu.. haish

geget.. geget

Top of the highlight event ~ majlis pertunangan Azuin, anak saudara  mr hubby

Romantik.. siap sendiri masuk bawa kek b'day

Fazreen dan Azuin

Untong aween... wan ukirkan buah hiasan  untuk hantaran daripada agar-agar.. kelasss!

sekali naik dengan selaut hantaran

Alhamdulillah... selesai sudah majlis yang diberkati.. amin
Alhamdulillah... hmmm.. naik nafas turun nafas.  Ini adalah sebahagian dari majlis yang sempat  dihadiri di bulan November sahaja.  Semoga Allah swt memberi limpah rahmat dan keberkatan di dalam sebarang majlis yang dihadiri...  Amin.  Dengan cuaca yang tidak menentu kini,  sekejap hujan sekejap panas.. memang sangat mencabar untuk menganjurkan sebarang majlis.  Kepada jemputan yang tidak dapat kami penuhi sama ada jauh ataupun dekat.. terutama majlis perkahwinan anak saudara jiran kami yang merupakan saudara kami juga (selang satu pintu oiii..) di kejiranan emak di KKB.. maafkan saya ya.. In shaa Allah.. jangan lupa jemput lagi next time... ada masa, ada rezeki,,, kita JUMPA! 

Oh ya.. sempat juga menziarah sahabat lama cum teman sepermainan "melompat-lompat" sejak dari kecil lagi Puan Siti Hawadiah Abas yang telah berjaya menjalani pembedahan di Salam Specialist Medical Center. , Shah Alam.  Apabila membaca coretan ini, diharap Siti telah beransur sembuh dengan sepenuhnya.  Take care dear.. eat well, sleep well and keep healthy. 


Alhamdulillah.... keep healthy
Juga kemudiannya mengambil peluang menziarahi sahabat-sahabat ex-office mate di CMM/Schneider pada hari yang sama. Lama den menunggu korang keluar seorang demi seorang.  Anyway, lepas rindu den terutama kepada otai-otai lama yang masih gigih dan setia disana.  Pelukan dan ciuman korang semua menjadi extra oxygen for me.  Kepada yang telah tiada dan masih lagi berkhidmat disana... kenangan bersama akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.  Hampir 19 tahun disana, memang mengukir banyak kenangan manis bersama sahabat-sahabat sekalian.. thanks all for being my good friends.  Takde gambar sebab semua kata... " dah petang dah.. make-up dah cairr.. no photo please "  haiyaa..

Opps.. ada tetamu kecil di rumah kami sekarang.... (welcome Dedeq...) dan selamat bercuti panjang untuk semua terutama kepada all SPM leavers...

W  E  L  C  O  M E     D  E  C  E  M  B  E  R

Saturday, 24 November 2012

Clutch bags for sale.. while stocks last.. CEPATAN!!

Dah lebih seminggu tidak menulis.  

Sejak balik dari Ho Chi Minh malam Rabu hari tu.. saya terus melepak sampailah ke hari ini.  Baju-baju pergi holiday dan baju hubby pun tak bermesin lagi Bukannya apa.. mesin basuh kain tak penuh lagi.  

The children masih di rumah wan di Cheras lagi. Taknak balik lagi katanya.  Suka hati koranglah.. tapi mak dah mula rindu-rinduan dengan sikecik tu. Een tak rindu kat emak ke? sob..sob..

Sebenarnya saya mungkin keracunan makanan kot.. 2 hari selepas balik dari bercuti, pukul 3 pagi saya terbangun muntah-muntah dan cherry-berry.  Lepas tu terus demam-demam dan baru hari ni rasa lega dan fit sikit.  Tak tahulah apa yang saya makan. Sama ada cokelat cadbury beku ke.. masak ikan asam minggu lepas yang rasanya masih elok lagi dalam fridge ke.. atau goreng telur tumis dengan banyak-banyak bawang dan cili api yang buat perut saya meragam gilerrr...  

Anyway, malam tadi for dinner sebelum mr hubby balik kerja, saya minta mr hubby belikan bubur nasi.. tapi as usual mana ada orang jual bubur nasi malam-malamkan.  Mr hubby belikan kway teow ying yong dari Restaurant Mohd Chan.  

Terimakasih hubby.. walau pun saya tak larat nak telan, saya paksakan diri telan juga kway teow tu walaupun 2-3 sudu.  I know you're very busy nowadays (konvokesyen UiTM bermula Sabtu nih..) but as always i know Justin Bieber akan nyanyi " you know i love u.. you know i care "  .. sayang mr hubby! tu  yang buat i rasa sihat balik ni...

As usual juga bila dah balik dari Vietnam.. Surga shopping tu.. mesti ramai yang tanya beli apa ke benda?  hahaha..adalah beli-beli juga untuk mr hubby dan anak-anak.. tapi saya bukanlah pembeli tegar sangat.   Jangan haraplah saya akan beli banyak-banyak walaupun barang murah gilerr ke hapa?  I'm not that type of person eh... tapi kali ni sebab orang kata kat Vietnam barangnya murah, membeli jugalah kita mak anjang oi..  Almaklumlah dah mak uda dan mak lang tu kerjanya bershopping Vietnam Silk sahaja.. sampai berkodi-kodi!  Ini kisah benar ya.. tak tipu.. hahahaha.. 

Namun pengalaman malam pertama dengan peniaga di sana membuatkan terus agak "hilang selera" niat saya untuk membeli barang.  Baru tanya harga, dah suruh kita tawar.. bukannya saya nak beli pun.. tak minta  kurang pun.. pastu main tarik tangan pulak.   

Dia tak tau saya ada "green belt" kot.. kang HAAIYAAKK.. baru dia taw!!  Walau apa pun sebab dah niatkan... saya  membeli juga barang yang paling saya suka iaitu

   Mulberry Leather Clutch Bag

Apa-apa pun tak syoklah kalau melaram sorang-sorangkan.  So adalah beli lebih sikit.. nak bagi buat souvenirs tak mampulah i yang tak berkerjaya nikan.. heeee..  

So sesiapa yang tergoda tu silalah like atau mesej saya ya dan tinggalkan phone number.. harga memang tidak mahal walaupun dari kulit asli tapi berkualiti dan last long if you take better care of it.  
Reasonable dan sederhana yet very fashionable.. dan sangat cantik (dari pandangan mata saya) . Berkenan?  First come first serve.. once booked, consider sold.. pilihan warna cuma satu warna satu beg sahaja.. cash on delivery.. (C.O.D), beg ada lima sahaja.. harap maklum!

Mana gambarnya?  Benar-benar berminat? Actually Mulberry is an English luxury brand known for its strong ties to heritage, craft and design. Ia berasal dari Somerset, England and founded in 1971.  

Apa yang saya beli ini merupakan foldable leather clutch bag.  Ada poket bila di buka di luarnya dan satu lagi poket berzip di dalamnya.  Sangat cantik dan simple untuk majlis minum petang atau majlis jamuan malam atau kegunaan harian.   Di sangkut dibahu, dikepit di ketiak atau just dipegang sahaja. Ada tali panjang dan tali pendek untuk disesuaikan ikut suka hati kaulah Jah ooi! Sukahati hanglah kan nak pakai bila pergi mana pun.  

Macam saya ni kalau saya dah suka satu-satu beg tu dan ia very practical.. pergi hantar anak hari-hari ke sekolah waima ke kenduri kahwin pun saya akan pakai beg yang sama.  Ada korang kisah.. betul tak my black Bonia lovely sling bag yang setia? Betul.... kata een. Hehehe...

Nak tengok gambar juga? oklah ini gambar versi saya ya..


simple like me..
Red yang merangsang

Brown yang waras
Dark Blue yang tenang

Black coffee yang menawan
Green color pun sangat cantik  **

Zip ini akan membuka ruang dalam yang luas kepada beg ini apabila di buka

Apabila beg dibuka, terdapat zip berpoket dan satu lagi zip berpoket di dalam ruangan storage (dibuka dari zip di sebelah atas)

Beg ini menggunakan clutch magnet yang kuat dan mempunyai dua tali untuk kegunaan  panjang dan pendek.  Smartkan?

Saiz : H 15cm x W 27cm (agak-agaklah ya..)

** variasi warna agak berbeza dari gambar bergantung kepada tahap kerabunan warna anda

Ok... sekian.  Kalau berminat jangan lupa berinteraksi ya.. sebelum saya buka untuk jualan amal yang mungkin harganya akan melambung tinggi.  Hmmmm....


latest collection by Mulberry... nak tak?  InsyaAllah .. kalau ada rezeki
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kain-kain ela Vietnam Silk yang famous ini dengan harga yang murah, sila hubungi  kakak-kakak ini ya.. (boleh sahaja mesej saya..) hmm.. kalau ada lagi lah ya...

The Holy Prophet Muhammad (Sallallahu-Alayhi-Wasallam) said:

"The best of fasts besides the month of Ramadhan is the fasting of Allah's month of Muharram."
(Muslim)


SELAMAT BERBUKA PUASA

Friday, 16 November 2012

Salam Maal Hijrah.. 22 years what a bless!

Sebelum saya " fly away " hari Sabtu ni ke Saigon..  (unusual without mr hubby)  saya nak buat special dedication for the one and only my mr hubby.  Boleh??  


Dear mr hubby...  am sorry because this year for our 22nd anniversary i tak bagi kad as usual.. don't be upset ( hari tu you ada tanya)  you know why???  sebab tuan punya TANAH ni nak dedicatekan whole entri ni for you today....


H  A  P  P  Y    22ND    ANNIVERSARY !!

** 22 yrs ago.. we ride a journey together
** and we still ride the same journey together
** again.. here we are riding the journey together
with this beautiful bunch of kiddos also together
our family 2012

I hope we still riding ( BMW ke.. Ferrari ke.. a Duccati ke.. i don't mind.. ahaks ) a life and love journey together for years ahead... thanks for all the  bittersweet and lovely years!  Alhamdulillah..  May Allah swt bless us always.. amin

dalam hati ada taman.. still blossoming
** sorry.. di atas foto2 syok sendiri antara saya dan dia... haish! ada korang kisah..

Untuk anak-anak dan silent readers sekalian sedikit petikan yang di copy paste dari tulisan bertajuk Tuntunan Bertaubat kepada Allah SWT oleh Dr. Yusuf al Qaradhawi *

Keutamaan apalagi yang lebih besar dari pada orang yang bertaubat itu mendapatkan ampunan dari Allah SWT , hingga keburukan mereka digantikan dengan kebaikan?


Dan dalam penjelasan tentang keluasan ampunan Allah SWT dan rahmat-Nya bagi orang-orang yang bertaubat.

 Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)
Ayat ini membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakukan kesalahan. Meskipun dosa mereka telah mencapai hujung langit sekalipun.

 Seperti sabda Rasulullah Saw:

"Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian." (Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadis hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235)

Kesimpulannya dari saya:  Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... siapalah kita hamba Allah yang kerdil ini untuk tidak menyedari dan tidak memaafkan hamba-Nya yang lain serta hendaklah juga kita mengambil iktibar dari setiap kesalahan yang terjadi.  Saling memaafkan dan berbaik-baik semula adalah lebih baik.


* sedikit petikan
Judul Asli: at Taubat Ila Allah
Pengarang: Dr. Yusuf al Qardhawi
Penterjemah: Abdul Hayyie al Kattani
Penerbit: Maktabah Wahbah, Cairo
Cetakan: I/1998


S  A  L  A  M     M  A  A  L     H  I  J  R  A  H    1434H

Wednesday, 14 November 2012

Ibuku ibu mertuaku..

Alhamdulillah...Happy sangat pada hari Sabtu  10hb Nov lepas kerana ibu mertua  berkunjung ke rumah bersama anak saudara kesayangan kak long Fara dan Najib.  Tidak sia-sia buat  "lomang jepun "  @ sushi untuk minum petang... 5 potong emak makan ... alhamdulillah.. terimakasih mak! you made my day.. p/s : bukan sonang she wants to makan taww.. especially  bukan makanan biasa yang  selalu dibuat . Syukur alhamdulillah..

sushi @ lemang jepun
rencah2 ~  budget apa ada dalam fridge aja.. bidan terjun!
before that as usual for lunch belanja mak makan kat luar .. mak makan sepiring nasi bariani dan faveret mak tentulah tauhu bakar

dan een dan abang as usual order apa ya?

tentulah bariani gam kambing

kami yang lain order bariani kambing dan daging sahaja
emak bersama her booster..  heee....
Alhamdulillah... keesokan harinya hari Ahad 11hb Nov, usai kelas mengaji sempat meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Hasnah di KKB.  Hasnah ni kawan sekolah dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.  Apa-apa pun sebab takut lari tajuk, next entry kita cerita lain ya...  Kesempatan pulang ke my home town juga dapatlah menziarahi emak di KKB.  Gembira juga kerana hampir kesemua adik-beradik ada bersama pulang menziarahi emak di KKB.  Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air",  kesempatan cuti sekolah ini juga dapatlah membawanya ke bank untuk menyelesaikan urusan pencennya supaya menjadi lebih mudah dan juga sebenarnya untuk membawa emak saya ke hospital untuk medical check up juga supaya bekalan ubatnya berterusan dapat diambil di hospital KKB sahaja.  Gembiranya hati kerana tekanan darah emak normal dan pesanan doktor supaya emak sentiasa mengambil ubat yang ditetapkan.  Syukur alhamulillah ke hadrat Allah swt yang Maha Esa yang mempermudahkan segala urusan  dan memakbulkan doa-doa kami.

setelah berjumpa doktor, menunggu giliran untuk mengambil ubat

Hospital KKB semuanya sudah berubah..

Kesian mak.. penat menunggu di bank bagi urusan penyelesaian  kad yang rupanya telah lama hilang   
Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke hospital KKB pada tahun 1993 apabila membawa arwah abah yang tidak tertahan sakit untuk berjumpa doktor dan ketika itu juga kawan sekolah saya arwah Ezry masih bertugas di hospital sebagai HO.   Kali ini hospital KKB telah melalui perubahan yang amat besar sekali.  Bahagian pesakit luar telah dirombak besar-besaran dan saya seperti orang dungu amat lembab untuk mencari arah.  Dan yang paling kelakarnya.. emak berkata " takde ke orang yang aku kenal lagi kat sini? "  Tiba-tiba terbayang wajah Hasnah kawan sekolah saya tadi, yang kalau tidak masih bercuti kerana penat berkenduri  tentu dia ada di hospital pagi itu (ehem.. mind you.. Hasnah ni bekerja di Hospital KKB).  Dan doa mak termakbul bila dia berjumpa dengan makcik Asmah yang satu ketika dulu berjualan nasi lemak dan jajan di sekolah rendah.  Makcik Asmah juga tidak sihat dan menekankan " makcik ni hari-hari menelan 12 biji pil .."   GULP!  rasa nak nangis pun ada.  SubhanaAllah.. Ya Allah.. berikanlah kami dengan pengakhiran yang baik di hari tua kami nanti.. amin...

BRAVO juga untuk MayBank yang telah lama beroperasi di pekan KKB ini dengan perkhidmatan yang baik sekali.  Untuk warga emas yang tidak larat berjalan, kakitangan bank akan keluar dan turun ke kereta untuk mendapatkan cop jari.  Walaubagaimanapun sebab emak perlu juga untuk masuk untuk urusan membuat kad bank yang telah lama hilang, maka dengan bantuan pengawal keselamatan yang begitu baik dan peka,  segala urusan berjaya dilaksanakan.  Kad bank mak berjaya dibuat dengan segera.. siap dengan pengaktifan kad sekali pada waktu yang sama.  What's more do you expect?  Dengan ini diisytiharkan emak tidak perlu lagi ke bank dan cukuplah sekadar adik saya sahaja yang pergi berurusan untuk mendapatkan wang pencen.  Alhamdulillah...

As a reward for me and kakak... kami beli all the lauk-pauks at Restoran Peladang bersebelahan bank.  Adik hanya perlu masak nasi sahaja sambil menunggu kepulangan kami.  Kesian emak... sudah penat dan lapar hanya beralas perut sekeping roti bersapu jem kaya dan teh panas sebelum keluar rumah .  Bayangkan dari pukul 8.00 pagi ke hospital kemudian hampir pukul 12.00 tengahari selesai urusan di bank.  Mujurlah kami bernasib baik kerana mendapat tempat parking betul-betul di depan bank yang begitu crowded sekali, almaklumlah.. esoknya kan Deepavali... tapi as usual orang Melayu lebih ramai berbanding dengan kaum India.  Hmmm....

ni bukan lauk tapaw ya... saya masak sup daging lembu .. daging korban yang amat enak

sarapan pagi tadi... burger sempoi anyone?

S  E  L  A  M  A  T          B  E  R  C  U  T  I