Tetamu dari Miri

Di pagi Sabtu yang cerah.. usai kelas berkesempatan singgah sebentar bertanya khabar kepada jiran di depan rumah ~ Sakinah dan Adnan yang akan pulang ke Utara menghantar anak-anak mereka bertukar sekolah di Ipoh buat sementara kerana mereka berdua akan bertolak ke Tanah Suci Mekah pada 5hb Oktober ini.  

Mereka akan berlepas dari Penang terus ke Jeddah.  Semoga kedua pasangan suami isteri yang muda ini akan mendapat haji yang mabrur dan segala doa-doa akan dimakbulkan serta perjalanan ibadat haji akan dipermudahkan.. amiiin.... 

Kemudian di sebelah tengahari mendapat kunjungan dari anak saudara suami ~ Eli (nickname) dan wifey Tina yang datang bersama keluarganya serta ibubapa Tina yang berasal dari Miri, Sarawak.  Begitu gembira dan amat berbesar hati menerima kedatangan tetamu jauh yang amat peramah dan berbudi pekerti ini.  

Seronoknya kami mendengar cerita tentang 4 buah gua yang perlu dilawati jika berkunjung ke sana dengan satu syarat pastikan kaki dan lutut masih kuat untuk mengexplore keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah swt.  InshaAllah... jika di izinkan memang ingin sangat ke sana.

Tina.. menantu kak Nab (sepupu mr hubby) bersama ayah ibunya yang ramah tamah dari Miri, Sarawak.  Sempat juga Tina mengadakan sesi soal jawab bagaimanakah cara-caranya membuat laksa Sarawak yang mengecurkan air liur itu.  Masha Allah.. untuk seperiuk kuah yang sedap memerlukan berjam-jam untuk mendapatkan rasa yang "kow".  Mujur kini alhamdulillah.. sudah ada siap dijual rempah "ready made" untuk kuah laksa sarawak ini.    

Namun sempat jugalah menghidangkan " mee  sup bidan terjun " untuk tetamu jauh a.k.a apa yang ada sahaja dalam fridge tuh..

celur mee  .. segan aja dengan orang Sarawak sebab mee bidan terjun ini kalau nak di verdictkan memang tiada bintang jika nak dibandingkan dengan menu mee yang biasa.. walaupun begitu, alhamdulillah..

SELAMAT BERLIBUR

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?