" Sanah helwah ya gamil..." kak long berlagu

Sila klik..

Alhamdulillah .. saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana memberikan rezeki besar berbentuk kesihatan yang baik, mempunyai keluarga yang bahagia bersama suami, anak-anak, ibu, sanak saudara serta jiran tetangga, sahabat handai dan semoga mendapat keberkatan dari umur yang meningkat ini untuk dapat menunaikan amal ibadat dengan penuh kusyuk dan tawadduk kepada Yang Maha Esa Allah swt, juga agar terus mendapat ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat serta moga bertahan menempuhi berbagai bentuk  ujian demi ujian dalam melayari kehidupan yang penuh onak ranjau dan duri ini.  

Berjaya melalui fasa umur mencecah ke 47 tahun hari ini 30hb Sebtambir merupakan "detik manis" sekali lagi yang berulang setiap kali dalam setahun.  

Terimakasih kepada suami yang sentiasa disisi setiap kali meraikan tahun kelahiran.  Terimakasih kepada anak-anak yang sentiasa ingat-mengingatkan tarikh ini.  Kak long yang jauh dimata tetap berskype-ing bila jam 12 tengah malam berdetik dengan suara lembut menyanyikan lagu femes abad ini versi Arab... " Sanah helwah ya gamil.. sanah helwah ya gamil! "... hahaha.. emak dah tak gamil lagilah sayang... dah tuo!  Pss... gamil tu kependekan bagi Jamila.. alias si cantik.. hehehe.. rasanyalah..heeee..


Pagi-pagi lagi sedang saya "panik" dan kelam kabut melakukan duti pagi, kak ngah pula bertelefon... dengan ucapan yang membuatkan saya hampir menitiskan airmata.  Terimakasih sayang...  Begitu juga dengan ucapan demi ucapan dari rakan fbians. Terimakasih semua... semoga mendapat keberkatan dari usia yang bertambah ini.. i love uols!! Hamboih... cam lah ada fans club pulak heheee................ 

Hari kelahiran ini sebenarnya mengingatkan detik dimana emak kita bertungkus lumus dengan segenap kudratnya menyabung nyawa untuk melahirkan kita.  Oleh itu seharusnya setiap hari kelahiran kita itu ucapkanlah terimakasih kepada emak.  

Alhamdulillah.. tahun ini saya meraikan hari berbahagia ini dengan emak disisi.  Walaupun emak tidak mengingati tarikh ini tetapi sekurang-kurangnya emak yang melahirkan masih ada disisi. Emak kata dulu emak melahirkan saya di rumah dengan bantuan bidan kerajaan dari hospital KKB dan ditemani oleh mak andak, adik ipar emak.  

Alhamdulillah... tq Mr Hubby for the gift.. steaming garment ~ i love u forever... toot..

Sekarang semua dah boleh menggosok tanpa risau kain papan penggosok asyik  hangus..huhuhu
" No cooking day today cause you already know that today is the day ". Hah!   

Last but not least...this is the day that will always be the same day as yesterday, tomorrow and the day after, and the day after.. by the way.. 


H  A  P  P  Y     B   I  R  T  H  D  A  Y      T  O       M  E  !!!


sejambak frangipani putih mekar lagi dilaman nurani

Comments

  1. Hppy belated bday yan. terlupa sangat2. Moga sentiasa mendapat rahmat d diberkatiNya. Amin.

    ReplyDelete
  2. Happy belated bday yan. Moga sentiasa di rahmati d diberkatiNya. Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?