Manjakan kaki di Manjakaki

Sehari sebelum itu kami sekeluarga membawa emak pulang ke KKB kerumahnya untuk melepaskan rindu.  Siapa yang tak rindu pada rumah sendirikan?.. Saya yang sering balik ke rumah emak pun sering saja rindu untuk pulang walaupun sudah berkeluarga dan beranak pinak.  Our home is still our home sweet home... <3!

Apatah lagi dengan adik lelaki saya yang amat gembira dengan kehadiran emak.  Kami sempat bermalam semalam sahaja kerana anak-anak yang lain ada agenda di sekolah pada hari Ahad ini.  Terubat rindu emak agaknya sebab malam tadi tidurnya amat nyenyak sekali.  Alhamdulillah...
Manja-manjakan kaki..

Emak pasrah ketika kaki di urut (urut kaki sahaja ya..) di Manjakaki Reflexologi.  Satu jam RM60..

Verdict emak : sakit sikit.... (kuat sangat kot mak indon tu mengurut kaki emak.. kesian mak!)

Verdict saya : "Open space" untuk urutan biasa dimana pelanggan lelaki dan wanita berada di kawasan yang sama.  Bayangkan.. Namun tiada pelanggan lelaki ketika itu.  Untuk urut seluruh badan memang ada disediakan bilik-bilik.     Saspen pulak ai!  Mujurlah kita boleh memilih "tukang urut" yang dikehendaki kerana "tukang urut" terdiri dari lelaki dan wanita.. OMG! dan ada yang dari Indon dan ada juga dari Filipina.. imported..

cool blog.. nak eksen ngan een la tewww

Selepas di urut, wan minta nasi lemak kat Che Amah Kopitiam.. dah lapar!
Akhir kata ~ Terima kasih kak long kerana menjaga emak dan ayah ketika kami sakit dan mengambil alih tugas emak semasa wan terlantar di hospital... jadi tukang masak dan cik sopir lagi untuk een, kakak dan abang.. tabik!!! we all lebiu..mmuahh!

Sedikit mutiara kata buat renungan bersama :-

" Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat," 

- Khalifah Abdul Malik bin Marwan


" Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh.  Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api,"

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan kekuatan pada orang yang ketakutan."


Renung-renungkanlah

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?