Jangan tangguhkan!

Ku sangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengahari....by Arwah Tan Sri P.Ramlee ~ sebab apa teringat kat lagu ini ? sebab baru saja lepas sidai kain yang sepatutnya di jemur sejak pagi tadi...  hujan sekarang ini tidak mengenal  waktu.   Walau apa pun.. kami redho.. amat nyaman cuaca sekarang ya..

Walau pun begitu  melodinya amat syahdu dan lirik lagu ini memang sangat menyedihkan.   Namun  begitu ia amat bermakna sekali kerana ia boleh meninggalkan luka dan parut yang amat dalam pada sesiapa yang pernah merasainya bukan sahaja pada hubungan suami isteri tetapi kepada hubungan kekeluargaan.  



Lama menunggu anak di kelasnya pagi tadi, di dalam kereta saya sempat menyiapkan entri baru seperti yang dijanjikan.  Takut lagi lama di tunggu.. alamat... mood pun dah hilang da.. Alhamdulillah..   sambil menunggu anak, sambil  "update" entri  terkini.   Seperti yang dijanjikan kali ini ada sedikit ilmu yang bermanfaat diambil dari catatan kuliah dhuha oleh Uztaz Ridhuan Zainal Abidin pada 6/10 dulu di surau kami.  Gerun juga bila diingat-ingatkan…marilah kita bergerun bersama-sama
hhhhhh....

Faizal Tahir FC... hahaha.. acah aja!

lama mak tunggu..

 copy from Muslim of Aman Perdana ~ mana een?

copy from Muslim of Aman Perdana ~ Ustaz Ridhuan Zainal Abidin

copy from Muslim of Aman Perdana
Kali ini  tanpa topik khusus, Ustaz mengingatkan kita supaya  - “  JANGAN TANGGUHKAN “..  Allahu Akbar.. tangguhkan apa ya?  Tangguhkan IBADAT… pesanan ikhlas ~ jangan skip.. baca sampai habis!

Rujuk kepada   Surah 63 - Surah Al Munaafiquun  – dari 3 ayat terakhir (Ayat 9, 10 & 11)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Ayat 9.  Wahai orang-orang yang beriman!  Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta bendamu dan anak-pinak kamu  dari mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya.)  Dan (ingatlah)sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itu adalah orang-orang yang rugi.

Ayat 10. Dan infakkanlah( belanjakan/dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh".

Ayat 11. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Ulang-ulang baca ya dan fahami maksudnya.   Harap digestkan... renungkan dalam-dalam.. muhasabah diri..  saya bukan seorang ustazah juga bukan seorang yang pandai dalam ilmu agama tapi saya seorang yang suka mendengar perkara yang membawa kepada kebaikan terutama dalam ilmu agama dan merasa sedih melihat dan merasai sendiri pelbagai fenomena yang melanda kaum keluarga dan sahabat handai malah seluruh umat Islam pada ketika ini.  Marilah kita sama-sama menimba ilmu.

Mati itu pasti.  Semua orang akan mati. Tidak mengira usia tua atau muda.  Jadi tunggu apa lagi? Gerunkan..

Mati tidak akan diundurkan juga tidak akan dipanjangkan.  Sebaiknya kata Ustaz lagi - mintalah keberkatan umur dari meminta dipanjangkan umur.  Bertambah umur maka bertambahlah kebaikan/keberkatan kepada umur kita itu.  Tidak kira dengan rumah besar atau rumah kecil yang kita ada, semoga kita dapat tidur nyenyak dalam rahmat dari Allah swt dengan penuh keberkatan.

Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati tetapi biarlah mati dengan lebih berkualiti kata Ustaz lagi.  Berkualiti dengan meninggalkan kebaikan dalam 3L - Love, Live dan Legacy (warisan).

Dan part yang paling best ialah :-

TANDA MATI UMUM

1.  Uban berterabur di atas kepala (tanda awal).. sibuk warnakan hitam balik - jangan perasan hensem, puji diri sendiri hensem (ni ustaz tak kata , saya yang kata.. uhuk )

2.  Mata sudah kabur... ( baru-baru ini dalam tanyalah Ustaz TV9 Ustaz Tuan Syed Norhisham Tuan Padang Al Idrus sudah tidak berkaca mata lagi, rupanya ya Ustaz mendapat ihsan dari seorang hamba Allah yang membiayai pembedahan lasik dari Prof Dr Muhaya.  Alhamdulillah.. beruntungnya Ustaz dan juga hamba Allah itu.  Ustaz kata bila dia mengaji Al Quran, hamba Allah yang membiayainya juga akan mendapat pahala sepertimana Ustaz juga.  Inilah yang dikatakan urusniaga di dalam Islam.  Ambil iktibar... pandang kiri kanan lihatlah para tahfiz di sekeliling kita.. mari bersedekah.. bila mereka bertahfiz.. kita juga dapat merasa)

3.  Gigi sudah luruh / berterabur.

4.  Telinga tidak berapa kuat pendengaran.

5.  Lutut dan sendi-sendi sudah mula longgar.  Ustaz berkata lagi - Apabila kita sedang nazak, beribu-ribu malaikat akan turun untuk menarik sendi-sendi yang ketat ini.  Ia dilakukan peringkat demi peringkat (bit by bit).  Tarik satu sendi kemudian kumpulan malaikat yang lain pula akan turun dan menarik sendi yang lain  pula .  MasyaAllah... takutnya!   Oleh itu ucapkanlah Syukur Alhamdulillah kerana Allah swt telah memudahkan sedikit kepada kita dengan melonggarkan lutut dan sendi-sendi kita ini sekarang.  Maka bersiap-siaplah kita untuk menghadapi kematian ini namun bagi yang minum susu Anlene Gold tu teruskanlah... (ni ustaz tak kata, saya yang kata), kita tidak tahu bila kita akan pergi lagi.. life must go on right?

Akhirnya.. janganlah kita tangguh-tangguhkan 5 perkara ini :-

1.  Solat
2.  Hutang
3.  Jenazah
4.  Taubat
5.  Berkahwin

Pesanan Ustaz : 

Hidup di dunia ini, janganlah menceritakan kebaikan-kebaikan yang pernah kita lakukan sama ada kebaikan kepada ibubapa atau sesiapa sahaja.  Janganlah kita mengungkit-ungkit segala pemberian kita hatta apa sekali pun kebaikan yang kita buat.  Jika ada keikhlasan tidak payah kita bercerita.. orang akan tahu juga dan mendoakan kita.  Ikhlas bukan pada ucapan dan cerita jajaan berulang-ulang kali.  Berpesan pada diri sendiri.

Namun walau apapun sentiasalah bersangka baik dan tidak menyimpan dendam sampai memutuskan silaturrohim... kerana doa orang yang memutuskan silaturrohim doanya tidak akan diterima.  Contohnya : Jika orang sebegini ada di majlis ilmu, bila doa dibacakan kemungkinan keseluruhan doa-doa orang yang lain juga tidak dimakbulkan sehinggalah orang yang memutuskan silaturrohim ini menginsafi kesalahannya.   Berpesan pada diri sendiri.

Untuk berbahagia sentiasalah berbuat kebaikan, siapa kita untuk menentukan setiap kejahatan atau ketidaksempurnaan orang lain.  Hanya orang yang sombong dan bongkak sahaja merasakan diri mereka lebih baik dari orang yang lain.  Berpesan pada diri sendiri.

Ada banyak lagi contoh-contoh yang ustaz bicarakan secara mendalam.  Namun hanya inilah  sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama.  Sekali lagi saya bukanlah seorang ustazah hanya seorang insan biasa yang tidak berkelayakan cuma ingin berpesan-pesan dan ingat-mengingatkan.  


Pesanan buat diri sendiri
bergayut..


Daripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"  Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa." ~ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

S E L A M A T   B  E  R  A  M  A  L..



Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?