Tuesday, 30 October 2012

Aidil Adha ~ Antara senyum tawa dan tangis hiba Pt2

Hamboih.. siap part 2 bagai.. mind you .. takde part 3 part 4 ya.. Hari Tasyrik pun dah selesai sudah.  I'll miss the takbir on air... Allah hu Akbar Allah hu Akbar... 

Siap juga hidangan untuk hari raya Aidil Adha di rumah saya akhirnya.. alhamdulillah.. marilah kita packing cepat-cepat!  Emak dah tak sabar nak balik da..
Akhirnya siap juga.. rendang ayam pencen.. sedap.. tak tipu! walaupun tanpa hirisan daun kunyit.. sori.. i don't like daun limau purut in my rendang
before that , minyak dah keluar.. boleh masukkan kerisik
mula-mula tadi pra boil.. ayam pencenkan.. liat weh!
sambal tumis udang musti ada
sambal ikan bilis untuk kuah lontong.. dah pack
berbuih kalah teh tarik.. kuah lontong dari periuk terus tuang ke bekas thermos.. nak cepat!
nasi impit ~ 60 biji cukup eh...
lempeng pulak dah... gambar bila pulak nih?  hehehe...

Sebenarnya.. nak fikir apa nak masak ni.. memang mencabar.  Lebih-lebih lagi melihatkan emak yang sangat "happy" almaklumlah tak sabar nak balik ke rumahnya untuk berhariraya.  

Janji tetap janji.. lepas habis jumpa doktor Rabu ni, insyaAllah kalau result ok.. kita balik ya!  Kesian emak... dah rindu sangat rumahnya dan adik saya.. hanya nama adik saja bermain dibibirnya.   Adik suka makan lempeng dengan sambal belacan, adik tak suka makan terung, adik itu dan adik ini... hehehe... kalau dah rindu...

Siap masak, siap packing, akhirnya hampir maghrib baru kami bertolak.  Singgah sebentar untuk solat di Tol Lagong.. emak seakan hampir makin tak sabar untuk balik.  Kebetulan pula bila semakin hampir ke rumah... hujan turun semakin lebat. Nasib baik kami tidak keluar ke Rawang tetapi mengikut jalan ke Bukit Beruntung.  Jalan tidak jammed dan alhamdulillah sampai di rumah dalam hujan lebat lebih kurang pukul 8.30 malam ketika solat jamaah Isya' di surau baru bermula.  Alhamdulillah....

hati-hati
arah sana..
sebelum pukul 2 kosong saja..
nomer mak dah keluar.. mesti emak dah berdebar-debar
mak masuk dalam ni
shhhhhh...
lama tunggu.. self portraitla..apalagi
dah ada pesakit lain
Akhirnya.. mak dah keluar
suasana di hospital.. sebenarnya saya yang cemas
Alhamdulillah.. selesai sudah misi ke hospital kali ini.  Kami terus ke tingkat 4 untuk mendapatkan report  scan tadi.  Seterusnya perlu ke hospital lagi untuk susulan.  Namun begitu, emak kelihatan sihat dan kini sudah boleh bergerak perlahan-lahan tanpa perlu menggunakan tongkat jika melalui kawasan laluan sempit dan mempunyai banyak tempat berpaut.  

Semoga emak terus sihat seadanya.  Walaupun tidak begitu kuat sekurang-kurangnya emak kelihatan ceria dan tidak terlantar.  Syukur kehadrat Allah swt di atas kurniaan ini.

Agak terkilan kerana tahun ini tidak dapat bersama-sama memeriahkan acara korban dan bergotong-royong di kawasan kejiranan saya kerana hal yang tidak dapat dielakkan.    InsyaAllah.. semoga diberi kesempatan di masa akan datang.

Nota : Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.  Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah swt pada tahun ke 2 Hijrah bersamaan dengan perintah solat Aidil Adha dan zakat.


Firman Allah swt yang bermaksud :


" Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah. "

Al Kauthar : 2

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


" Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban.  Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya.  Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah.  Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya. " (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)



Gear Box - manual transmission


S  E  L  A  M  A  T    B  E  R  A  M  A  L



2 comments:

  1. best kan rendang ayam pencen? sama menu raya kita.

    ReplyDelete
  2. ha..aa.. mula-mula rasa nak masak mee ke meehoon ke hapa,pastu sian pulak nanti ada yang tanya soalan cepumas plak nape xde rendang ayam.. kebetulan bhn2 raya posa ada lg dlm fridge.. lengkuas, halia & kerisik.. nasi impit, maka bedal ajalah! daun kunyit aja x sempat nak beli..

    ReplyDelete