Monday, 24 September 2012

Ma as salamah.. ilal liqoo ya anak..


Selamat jalan anakku.. we shall meet again!

Be strong.. be good.. Allah swt will always be with you.. amin..


Kak long bertolak pulang ke Egypt semula setelah menghabiskan percutian panjang, berpuasa dan berhariraya di tanahair tercinta pada 24 Sebtambir 2012

Anak emak
Anak ayah
Adik bongsu




bersama wan cheras
bersama emak KKB





selamat jalan anakku..
Demi ilmu Allah swt  .. selamat berjuang!

kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi

kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi



Akhirnya dapat juga kasut-kasut ini berpijak di bumi para Anbiya'
Hiba.. siapa kata tidak hiba.  Berpura-pura untuk tidak bersedih. Berpisah buat sementara.  Hati menangis hanya Allah swt yang tahu.   Kak long.. mommy will miss you a lot.  Study smart.. i know you can do it girl... Mumtaz forever! All the prayers for you.. may you always be bless.. amin

BE GOOD

Thursday, 20 September 2012

JOM Aroma Ikan Bakar ~ 19/9/2012

Sementelah kak long Nur Amira Nabila yang akan berangkat pulang ke Mesir pada 24hb September ini nanti, kami sekeluarga telah keluar makan beramai-ramai sekali lagi ke Aroma Ikan Bakar di Jeram.  Apa lagi.. order jangan tak order

Emak yang beransur pulih juga kami usung sekali ke sana untuk menikmati hidangan hasil tangkapan laut yang segar itu.  Di mulai dengan kerang bakar sebagai appetizer, amat berselera sekali emak menikmati kerang bersama kak ngah yang rajin melayan.   Kami sempat menunaikan solat maghrib di surau yang disediakan oleh pemilik tempat makan yang terkenal ini.  Amat selesa dan bersih sekali dengan kemudahan tempat berwuduk dan tandas yang luas dan selesa.  Alhamdulillah...

Ada yang tersenyum bahagia "happy moments" sebelum membayar RM310.. huhu

Emak beransur pulih.. sambil dinner kita ambil angin pantai ya mak!

Layan kerang... dengan kak ngah

Ikan jenahak masak 3 rasa

Sutun celup tepung

Ketam bercili

Butter prawn

mmmmmwahhh... isketambola!

Air kelapa muda

Nakkk?

Complete set.. ayah & kelima2 anak-anaknya
Selesai sudah
Wan nampak segar bila dikelilingi cucu-cucu tersayang
Verdict :  Kunjungan berulang kali ternyata tidak mengecewakan... makanan yang disediakan memang tersangat fresh.  Alhamdulillah.. kenyang perut senang hati.  Kemudahan untuk solat serta tempat mengambil wuduk amat memudahkan.  Kita boleh berhenti untuk bersolat secara bergilir-gilir dan kemudiannya menyambung semula sesi menjamu selera.  Jika ada makanan yang tidak habis dan masih banyak lagi, ia boleh di tapaw dengan segera untuk di bawa pulang.  

Sila mampir lagi ya! 

Di Penghujung Syawal 1433H

Minggu terakhir Syawal juga kawasan kejiranan kami di Jalan 3 mengadakan sambutan Aidil Fitri 1433H di mana dengan kelelahan bergilir-gilir  menjaga emak yang terlantar di hospital, saya tidak mampu memasak menyumbang tenaga untuk majlis bertemakan "pot luck" itu.  

Maafkan saya kepada jiran-jiran sekalian... insyaAllah di tahun mendatang mungkin akan lebih berkudrat untuk menyumbang tenaga 

Begitu juga dengan kesibukan di majlis perkahwinan anak-anak ipar saya yang silih berganti minggu ke minggu.  Tidak sempat untuk merewang malah sempat singgah di antara ada dan tiada.  

Maafkan mak anjang sekeluarga kepada keluarga Bapak dan Maklang... kerana keadaan yang tidak mengizinkan.  

Alhamdulilah.. majlis berjalan lancar dan sempurna seperti yang telah dijangka.  Selamat pengantin baru kepada  Firdaus dan Ayien serta Yong Anum dan Hafizullah.. semoga kekal bahagia berkasih sayang dibawah limpah rahmah dari Allah swt dan membina rumahtangga yang penuh berkah sakinah dan mawaddah... amin...

Abang Fid Fathir dan Ayien ~ sejoli... MashaAllah.. comel sungguh! foto di ambil dari album hangpa.. minta izin ya!

Yong Anum @ Dang Anum & Hafizullah... tradisional sesungguh.. cantikkan?  foto juga di ambil dari fb .. minta izin ya.. dah post pun..



Meraikan jamuan hari raya sambil beramah mesra di Jalan 3 .. di antara yang hadir ialah Sharifah, Isma, kak Ani, Nazirah, Roslinda dan Sakinah

Laksa di antara potluck bawaan jiran di depan rumah.. sedap no!

Bertemu lagi di entri mendatang..

Berarak mendung kelabu...

Alleycats.. berarak mendung kelabu

Assalam mualaikum wrt... lama sudah tidak bergebang-gebang.. sedar tak sedar, Syawal sudah sampai ke penghujungnya minggu lepas. Entri sambutan hari raya di obersea seperti yang dijanjikan tetap tidak berkesampaian untuk dicoretkan.  InsyaAllah.. next time hokey! 

Terasa antara sedar dengan tak sadar... sememangnya sebenarnya saya seperti belum sadar-sadar dari tidur yang tidak lena ini.  Walau apa pun alhamdulillah.. dengan izin Allah swt merasa mempunyai kembali kekuatan untuk bangkit dan berjuang demi keluarga dan emak tercinta.  Alhamdulillah.. ku panjatkan syukur kepada Allah swt kerana kini emak semakin sembuh... syukur kerana memakbulkan doa-doa insan-insan yang kerdil ini .. redho dan pasrah dengan ketentuanMu.  Semua yang baik itu hanyalah dariMu dan segala yang teruk itu semuanya kepunyaan saya insan yang lemah, buruk lagi hina ini .

Tingkat 4, Wad 6E, katil no. 6... seolah seperti rumah kedua bagi saya 

Emak di diagnosis mengalami acute ischemic stroke seminggu selepas raya akibat tekanan darah yang amat tinggi  (HPT).   Alhamdulillah setelah  menjalani ct scan emak disahkan tidak  mengalami pendarahan didalam otak cuma ada darah tersumbat disebelah kanan otak.  Patutlah emak sering-sering saja pening-pening kepala.  Biasalah bagi semua kita ini, memang amat takut untuk ke hospital.  

Begitu juga dengan diri saya, setelah ke panel klinik berdekatan rumah masih tidak baik-baik juga, akhirnya terpaksa ke DEMC juga untuk mendapatkan rawatan lanjutan akibat batuk berpanjangan dan demam berlanjutan antara kebah tak kebah.  Alhamdulillah.. hampir beransur pulih namun suara merdu yang dulu ku miliki ..heee... kini cuma tinggal kenangan.  Silap-silap bila menjawab panggilan telefon di salahanggap sebagai "uncle bai" yang menjadi receptionist hp.. huhuhu... 

Hanya rawatan alternatif menggunakan rendaman kurma dan air panas serta bancuhan air asam jawa  menjadi rawatan terakhir disulami selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  InsyaAllah... semoga diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan untuk menjaga emak yang kini beransur pulih di rumah saya.  Baru sahaja suami menyuruh mengambil madu bersama air panas suam sebagai alternatif ketiga.  Alhamdulillah...... suami saya yang hampir pulih sepenuhnya akibat demam teruk setelah hampir seminggu tidak bangun akhirnya sembuh juga.  Suami saya memang jarang sakit tetapi sakitnya yang amat teruk hanya berlaku sekali dalam setiap tahun.   Mungkin ada hikmah disebaliknya...


latihan fisioterapi berterusan dibantu dengan walking frame ini memang memudahkan

kenderaan utama emak  kini..
Menerima kejutan juga di hari terakhir emak di discharge dari hospital.  Abang Lazi suami kepada kakak ipar saya  telah mengalami heart attack.  Seperti berganti tikar gamaknya  ke hospital yang sama. Alhamdulillah.. baru mendapat berita berkat doa adik-beradik dan rakan taulan, kini abang Lazi beransur pulih dan bantuan oksigen kini juga telah dikurangkan.   Semoga kak Ton sekeluarga tabah dan semoga abang Lazi kembali pulih seperti sedia kala.. amin....  

Begitu juga hari ini (19hb Sept) mendapat berita yang paling mengejutkan abang Leman @ Prof Dr Hj Kasmiran b Jumari, abang kepada abang ipar saya iaitu ipar kepada kakak saya telah kembali ke rahmatullah petang semalam akibat lemah jantung  juga.  Jenazah almarhum telah selamat dikebumikan pada malam hari yang sama beliau meninggal dunia.  Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan semoga beliau ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.  Amin..  Al fatihah...

Lirik "Layang-layang Terputus Talinya" nyanyian Alleycats

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma



Bila mendengar lagu ini di corong radio, memberikan seribu pengertian dalam kehidupan.  Kadang-kadang kita tidak menyangka bagi sebahagian yang lain kehidupan adalah berkisar tentang kehidupan mereka sahaja.   Biarlah... hanya masa yang akan menentukan... sesungguhnya hanya Allah swt sahajalah tempat kita mengadu dan hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik dan yang terburuk pada diri kita.  Semoga suatu hari nanti sinar suria akan kembali ... InsyaAllah... apa yang penting kini, kesihatan emak adalah yang paling utama.  Setiap peristiwa yang terjadi tentu ada hikmah disebaliknya... bersabar sahajalah... hanya doa  berterusan ke hadrat Allah swt menjadi senjata utama.

InsyaAllah... semoga mendung kelabu yang berarak perlahan akan menurunkan hujan lebat yang bakal menjernihkan langit yang tidak selalu cerah ini.  InsyaAllah juga tidak sabar-sabar untuk menghadiri kelas mengaji yang baru yang akan bermula pada 30hb Sept ini bermula pada pukul 9.30 ~ 10.30 pg pada setiap pagi Ahad dibawah bimbingan Ustaz Ismail.  Semoga kami semua akan mendapat ilmu yang bermanfaat untuk bekalan di dunia wa akhirat.. amin.... YOK jiran-jiran .. ke surau kita!

Delima non stop fruiting...

Frangipani putih segar mewangi di laman nurani


SEMOGA     TETAP     TABAH

Monday, 3 September 2012

JOM Utara ... Merdeka Day's date to share again..

Alhamdulillah.. walau pun emak saya belum beransur pulih, atleast she's in a good hand.  Sesungguhnya Allah   swt itu Maha Pengasih Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.  Semoga tidak ada yang  merasa sedih, merasa kecewa, hampa dengan setiap ketentuan ilahi ini.  Pasrah dan redho.. serta tidak mudah ambil hati, merasa bersyukur kerana kita masih lagi mempunyai emak yang kita kasihi.  Semoga emak akan sembuh seperti seadanya.  Amin...   Alhamdulillah juga.. akhirnya  kami dapat meneruskan perjalanan "Merdeka Night" konvoi berkereta tujuan ke tempat yang sama tapi ke garisan mula ikut sesuka hati driver kereta masing-masing.   Kali ini sekali lagi mengikuti rombongan suami adik-beradik berkonvoi ke Aloq Staq untuk menghadiri majlis pernikahan pada hari merdeka 31hb Ogos dan resepsi perkahwinan pada 1hb Sept 2012 anak buah suami ~ fid fathir.

bahagia..
Pecutan kereta suami membuatkan kaki kanan saya amat lenguh menekan virtual brek sekuat hati dengan harapan agar kelajuan kereta menderu sedikit kendur.  Huh... bermimpilah di malam hari jika ia menjadi kenyataan!!..  dan akhirnya mengambil keputusan untuk memejamkan mata dari melihat pecutan kilat ala Michael Schumacher suami saya itu.  Berhenti sebentar di Tapah untuk sembahyang isya' sambil mengambil kesempatan mendengar dentum dentam bunyi mercun dan bunga api sempena hari kemerdekaan tengah malam itu.  Alhamdulillah... 55 tahun sudah kita menikmati kemerdekaan tanpa ada kekacauan dan hidup aman makmur dengan masyarakat majmuk ini. Walaupun ada yang tidak suka dengan keharmonian ini   kerana terdapatnya kepincangan2 yang berleluasa di sana sini namun beranikah kita untuk menukar pemerintahan kepada pemerintahan lain yang belum menunjukkan apa-apa kejayaan positif demi bangsa, agama dan negara? 

Jalur Gemilang
Beranikah kita untuk melihat masa depan anak-anak kita nanti yang sentiasa hidup dengan demonstrasi jalanan (dibenarkan oleh pemerintah baru katanyalah) untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati dan untuk mendapatkan apa yang dihajati. Memijak-mijak gambar pemimpin malah menukar bendera kebangsaan sewenang2nya bila sudah membenci.  Budaya memberontak inilah yang bakal memerintah kita nanti.  Melupakan bagaimana susahnya untuk mendapatkan kemerdekaan.  Demi politik sanggup buat apa sahaja.  Astaghfirullah...tidak seperti kita yang berbahagia dapat bermain teng teng, konda kondi, polis sentri tanpa ada gangguan seperti ini.  Sanggupkah kita meihat cucu-cucu kita yang sudah tidak punya tanah lagi untuk bermain konda kondi kerana semua tanah-tanah ini ketika itu adalah kepunyaan bangsa lain .  Kita berhak untuk memilih tetapi buatlah dengan pilihan yang bijak.  Akibat benci dan mual dengan segelintir pihak, kita gadaikan maruah bangsa, agama dan negara kita demi untuk memudahkan cita-cita orang lain yang rasa teringin sangat ke Putrajaya.   The choices are ours.  Jangan sudah terhantuk baru tengadah.. anak kecil main api.   Berfikirlah dengan tenang...

Kami tiba ke destinasi dengan selamatnya "syukur alhamdulillah..." ketika hari menginjak subuh.  Majlis pernikahan berjalan sempurna di Masjid Al Bukhary yang terletak di Jalan Langgar sebelum solat asar pada petang hari kemerdekaan.    Hari itu terdapat 4 pasangan yang bakal dinikahkan.  MasyaAllah... masjid ini begitu stunning sekali architecturenya yang mengambil sempena kehebatan madrasah2 Uzbekiztan yang terletak di Samarkand.   Dalam perjalanan pulang selepas majlis pernikahan, kami melintasi sebuah lagi masjid yang begitu outstanding juga architecturenya iaitu Masjid Zahir yang terserlah ke Moorish -annya di zaman kolonial ketika itu.  Pernikahan ini seterusnya  diraikan dengan majlis minum petang di rumah pengantin perempuan di Taman Alor Malai.  All the best for the bride  and groom... semoga hidup bahagia, rukun dan damai dalam keberkatan dan limpah rahmat dari Allah swt hingga ke akhir hayat... amin...

what a stunning archi ! ~ Masjid Al Bukhary
Ateh bersama all her master pieces.. the hantarans..
sila ke atas untuk sesiapa yang nak menikah lagi ya..oops!

terpegun pak teh dengan gahnya masjid Al Bukhary yang indah ini
 lepas ni kene tunggu 4 tahun 1/2  lagi baru kak long balik... insyaAllah...
pi mana?... hehehe.. usai majlis nikah

Firman Allah swt :-

" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepad Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah swt yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah swt sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

Surah An Nisaa : Ayat 1

Ke Utara seperti selalunya tidak akan sempurna tanpa ke Penang mencari buah berangan dan Nasi Kandar Line Clear, ke Bukit Kayu Hitam mencari coklat "free duty", ke Wang Kelian mencari sedara mara di seberang sempadan Thailand..hihihi... dan memang seharusnya pergi ke Padang Besar seperti kami untuk melepaskan gian setelah penat memandu.  Kiranya seperti imbuhan a.k.a bonus tambahanle...  jangan tanya apa yang dibeli... tipulah jika kami kata "tak beli apa-apa.." hehehe.. malam sebelumnya kami juga mengambil kesempatan untuk ke Up Town yang beroperasi di Stadium Darul Aman. Dan keesokannya sempat juga ke souq al bukhary dan pasaraya Giant  yang terletak bersebelahan dengan  kompleks Al Bukhary.  Bak kata kak long sebenarnya ejaan souq ialah sour tetapi telah di Kedahkan... huruf R digantikan dengan Q... hmm.. ialah tu!   Kemudian dari Padang Besar ke Arau, Perlis untuk singgah sebentar ke rumah Azlina dan YB Zairul.  Entah bila dapat bertemu lagi...
bertemu sahabat yang sukar dicari ganti  ~ Up Town di Stadium Darul Aman
one of the kasut to bring back to Egypt  ~ at Padang Besar
sempat singgah sebentar di rumah Lina di Arau, Perlis otw back..
Perjalanan pulang dipandu bergilir-gilir di antara mr hubby dan kak long menjadikan pemanduan berjalan lancar hingga tiba ke destinasi di Klang pada pukul 4 pagi.  Sebelum itu, kak long, een dan saya berhenti seketika untuk menikmati bihun sup utara dan nasi lemak bungkus segera di R&R Gurun sementara suami dan anak2 yang lain menjamu mata (tidoq) di dalam kereta untuk melepaskan lelah.   Burger segera juga dibungkus untuk santapan mereka pabila terjaga nanti..   Sesungguhnya memori kenangan indah di hari perkahwinan bersejarah ini akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.

acara menganyam ketupat untuk majlis Yong Anum pula nanti

sweet coconut candy ala manisan bingkisan dari  pengantin perempuan

abang (sebutan ownself ) and best buddy (cousin) Bob..  

nanti mai Pendang lagi no.. eh shilap.. mai Utara ya! kata Miss Fadya


uncles and aunties with bapak and mak pengantin lelaki

"Ataaam... doq diam2.. nanti gambaq gegaq.. ha.. kan dah kata.. Gegaq!! "  say  Ms  Fadya
terima kasih buah keluaq.. marshmellow ada lagi taq?..amboi! kat Klang sekilo RM40 nih..

S E L A M A T   M E N Y A M B U T    H A R I   M E R D E K A   55   T A H U N