Friday, 3 August 2012

Salam Ramadhan dari Wolverhampton..

Maher Zain ~ Ramadhan.. sila klik.. 
Masha Allah.. sangat syahdu

Terkenang seketika di rantauan suatu waktu dulu, belum pun tiba lagi bulan Ramadhan, kecoh pelajar-pelajar di sana ingin menghantar ucapan "Selamat Hari Raya" kepada keluarga yang di rindui yang jauh di mata melalui media massa di tanahair.  

Kebetulan bilangan  pelajar Islam Malaysia yang menuntut di University of Wolverhampton ketika itu amatlah sedikit berbanding dengan pelajar-pelajar Malaysia di Birmingham.  Dan kami juga merupakan satu-satunya pelajar yang membawa keluarga bersama ke sana.  

Bila tiba hari yang dinantikan untuk sesi penggambaran.. mak oi! semua yang dara-dara begitu rupawan menawan mengenakan pakaian wajib hari raya seperti kurung dan kebaya.  Bagi kami yang alah kepada kesejukan tetap menyarung pakaian tebal seadanya.. bukan apa saja nak tunjuk.. sejuk oi kat England nih...!! hehehe... kenangan oh kenangan...

Keratan akhbar .. glamour.. hahaha
Apa yang menariknya apabila ucapan ini telah dipaparkan di suratkhabar di Malaysia.  Kami akan menerima semula keratan akhbar ini apabila dikirimkan kembali kepada kami untuk tatapan.  kah..kah.. kah... kata untuk keluarga yang dirindui di Malaysia... walau apapun " terima kasih ya! "  

Sambutan Ramadhan di Wolves sama sahaja seperti di semua masjid di seluruh dunia cuma waktu imsak dan berbuka mempunyai perbezaannya.  Imsak di sana ketika itu memang terlalu awal lebih kurang dalam pukul 3.00 pagi dan berbuka iaitu waktu maghrib lebih kurang pada pukul 9.00 malam.  Kiranya kita akan berpuasa dalam tempoh yang agak lama kerana waktu siang yang panjang.  Walau apapun alah bisa tegal biasa.  Jika memandang ke langit, kita tetap melihat langit  yang sama.  Mengadu kepada Allah swt yang Esa.  

Selepas solat isya' yang masuk waktunya lebih kurang pada pukul 11.30 malam, tentu sahaja akan di susuli dengan solat tarawih.  Masjid berdekatan akan berkumandang dengan suara "ameen" kariah yang kebanyakannya terdiri daripada warga Pakistan yang merupakan warga tegar di sini.


Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini Allah swt telah mengkhususkan ibadah solat  tarawih yang  tiada pada bulan yang lain
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan solat penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan, pastinya akan diampunkan dosanya yang lampau. " ~ Riwayat Bukhari dan Muslim

Juadah untuk berbuka puasa di sana adalah sama sahaja seperti di Malaysia kerana tukang masaknya adalah orang yang sama...sayalah!  

Kami membeli barangan keperluan harian seperti sayuran, roti, susu dll di ASDA Supermarket.  Pasaraya Tesco juga ada di Wolves.   Pasaraya yang sama sahaja seperti Giant dan Tesco di Malaysia cuma membezakannya ialah tiada makanan halal yang siap dimasak.  Semuanya perlu di masak sendiri.  

Di England barangan berasaskan tenusu seperti susu segar, cream cheese, whipped cream, segala jenis cheese (pastikan yang halal) dll adalah tersangat murah.  Saya boleh memasak makanan berasaskan bahan-bahan dari produk tenusu ini setiap hari tanpa perlu memikirkan bajet berbanding dengan harga yang " not reasonable " di Malaysia.  Mungkin di Malaysia harganya mahal kerana semua produk tenusu ini di import dari luar negara.  Anak-anak saya ketika itu memang minum susu segar yang dipanaskan dan kemudian dimasukkan ke dalam botol susu.  Susu tepung memang ada dijual di pasaraya tetapi harganya agak mahal.  Memandangkan mereka bukan bayi lagi, jadi susu segar  merupakan pilihan  terbaik.    

Untuk mendapatkan ayam dan daging yang disembelih juga bukan merupakan satu masalah.  Banyak kedai-kedai "butcher" milik orang Islam kepunyaan orang Pakistan merata di Wolves ini.  Sebut sahaja kebab dengan berbagai citarasa pasti ada...

Selain ke pasaraya, sebenarnya kami juga suka membeli barang-barang keperluan dapur di pasar Wolverhampton (Wolverhampton Market) yang terletak di Salop Street dan School Street ini.  Pasar Wolverhampton terdiri dari dua tempat yang di kenali sebagai " indoor dan outdoor market " yang menjual berbagai barangan dari barangan sukan, barangan makanan, perniagaan kain baju, langsir dan segalanya.  Cam nak pergi main game di Genting Highlands pulak.. siap ngan indoor dan outdoor pulak.  

"Indoor market" ini lebih menerujakan jika kita ingin mencari barang  (best buy) sebagai cenderamata atau hadiah kerana di sinilah terdapatnya gerai barang-barang antik, barang-barang "collectables" dan bric-a-brac.  Memang penat berjalan tidak terasa bila dah mula melihat barang-barang istimewa ini.   Di sini juga terdapat "food hall" yang menyediakan gerai-gerai yang menjual ikan-ikan segar, ayam daging, gerai menjual keju dll dengan harga yang berpatutan.  Walau bagaimanapun spesis ikan, udang, ketam hatta sotong pun adalah berbeza dari spesis ikan yang kita makan di Malaysia.  Kebanyakannya bagak-bagak.. takut nak masak.  Dulu kami selalu membeli ikan mackerel untuk di buat masak asam pedas, ikan salmon, ikan merah, udang yang memang sudah siap di kopek & dicelur untuk buat salad dll.

"Outdoor market" pula menyajikan gerai-gerai yang menjual hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang memang terkenal  kerana kebanyakannya "locally grown" dan juga berbagai barangan perniagaan lain untuk pemborong.   Buah-buahan memang tersangat segar dan besar-besar.   Selalunya untuk sayuran saya akan membeli sayur kobis, kobis bunga, leek, carrot, kentang dsb.  

Anak-anak saya kak long dan kak ngah yang masih kecil ketika itu akan disorong menaiki kereta tolak yang juga berfungsi sebagai trolley menggayut barang belian.. 2 + 1 fungsinya.   Bayangkan dalam keadaan cuaca yang sejuk , pipi mereka akan bulat kemerahan... dan mat dan minah saleh di pasar itu amat suka mencubit pipi mereka dan menghadiahkan buah-buah extra.  Rezeki anak... lagi pun kebanyakan peniaga di sana tahu kami adalah pelajar warga asing dan bukan penduduk tetap.   

Wolverhampton market (ketika itu.. sekarang entahlah) ini hanya di buka pada hari-hari tertentu sahaja dari pukul 8.30 - 4.30 ptg tetapi selalunya hanya di waktu pagi sahaja ia sangat meriah dan sibuk.  Hari Khamis dan Ahad perniagaan tidak dijalankan begitu juga hari Isnin cuma ada pasar Bric-a-Brac dan ia merupakan pasar "favourite" saya.  Kebersihan dan fasiliti yang baik menjadikan ia tempat yang seronok untuk membeli-belah.


Wolverhampton Outdoor Market
Walau bagaimanapun untuk warga Asia seperti kami ini yang perlukan barangan masakan istimewa seperti serai , kicap, telur masin,  petai , barangan makanan dalam tin yang halal dan berbagai lagi barangan keperluan seperti periuk kuali dll, terdapat sebuah pasaraya besar di England yang mengimport barangan dari negara Asia.  

Pasaraya yang terkenal itu bernama Wing Yip Cash and Carry Supermarket yang beroperasi sejak tahun 1969.    Ia adalah kepunyaan Tycoon China yang pertama di UK, Woon Win Yip yang datang ke UK cuma dengan wang sebanyak 10 Pound Sterling, bekerja sebagai pelayan restoran dan akhirnya membina empayar pasaraya Cina yang hebat ini dengan mottonya " All the Chinese You Need "... hmm.. mungkin the Chinese ~ Jackie Chan sahaja yang tiada di sini..heeee.  

Pasaraya Cina yang terkenal ini ada di Manchester, London, Croydon dan di Nechel, Birmingham.    Di Birmingham inilah tempat shopping kami selama di England ini untuk mendapatkan barangan makanan seperti ikan, udang dan sotong, spesis seperti yang dijual di Malaysia untuk dimasak mengikut citarasa selera Melayu .  Jangan terkejut jika durian juga ada dijual di sini berserta buah rambutan dll jika mengikut musimnya.  Harga?  jangan di tanya.. kalau adapun, kami hanya ambil baunya sahaja.

Lamb kabsya yang sangat enak..meh  makan dengan kami share sedulang
Dengan kehadiran kak long yang baru pulang bercuti dari Mesir minggu lepas, menambahkan kemeriahan kala berbuka dan berterawih bersama keluarga.  Minggu-minggu ini merupakan minggu peperiksaan akhir kak ngah , minggu percubaan PMR bagi anak lelaki saya dan juga minggu peperiksaan untuk een di SRA dan sekolah kebangsaan.  Semoga Allah swt mempermudahkan peperangan mental mereka menghadapi cabaran-cabaran peperiksaan ini.  Hanya doa sahaja mengiringi perjuangan mereka ini.  Apa pun harus di ingat doa tanpa ikhtiar dan usaha, pasti tidak akan mendatangkan hasil.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka ; doa orang yang berpuasa hinggalah berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi "

kue tiaw kungfu.. hmmm
laksa Sarawak... kecur! hehehe..
kue tiaw goreng
yee mee.. sentiasa menjadi pilihan hati 
Sabda Rasulullah s.a.w :

" Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi walau pun sedikit "


S E L A M A T   M E N U N A I K A N   
I B A D AH

2 comments: