Farewell Ramadhan.. Welcome Syawal 1433H


Alhamdulillah.. dalam  kesibukan sempat juga mencuri-curi masa.. dalam kemengantukan pun sempat juga me"writing".  Seperti biasa, minggu yang sangat sibuk bagi " all the aunties " yang sibuk buat preparation nak raya.  

Rumah saya seperti biasa memang sentiasa kemas so "no worry' hehehe..huh. percayalah tu!  Seperti biasa juga rutin pagi-pagi ni.. sama ada nak siram pokok dulu ke? nak bagi" all the cats" makan ke? nak solat dhuha dulu ke ? nak basuh cawan-cawan yang suku lagi belum sempat berbasuh lepas sahur tadi sebab nak kejar gosok baju untuk suami tercinta sebelum subuh tadi atau "just laying-laying" atas katil ni sambil mengetik-ngetik.." the choices is yours!"  

Apa-apa pun pastikan lepas solat subuh bacalah al-Quran.. dapat se "facebook" pun alhamdulillah.. paling tidak pun habiskanlah satu juzuk.. pesanan ikhlas dari saya untuk semua.  Semoga hidup lebih diberkati dan dirahmati dengan selalu membaca kalam Allah swt ini..amin.  

Ops.. jemur kain dulu.. saya dah jemur.. ni pesanan untuk anda juga sebab cuaca sangat panas sekarang ni.. rugi kalau kita tidak manfaatkan "kuasa istimewa pemanasan percuma" milik Allah swt ini.  Permisi dulu ya.. nanti sambung lagi sebab hari ni  misi saya belum selesai lagi.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ~ 1433H
Alhamdulillah.. selesai sudah misi siram pokok + membaja + sekali siram "nx door neighbour"nya rumput.  Penatnya... jap lagi "i'm going to fetch my youngest daughter"... sambung kemudian ya.. jumpa saya di jalan raya pula.  Apa? jalan mana?.. mana lagi... dari AP ke Lorong Hj Abd Manan next ke Jalan Besar Kapar and next turn left ke Jalan Hj Sirat.. tapi kalau saya tak pandang atau tak senyum.. jangan berasa hati sebab "i'm concentrating and seldom see people clearly".. it's time to change my spec but dun worry i can still see the road.  InsyaAllah... 

Semalam alhamdulillah.. sempat juga terhasilnya sebalang dua biskut dahlia resepi di ambil dari blog.itarossi.. terimakasih ita..nice!

biskut dahlia @ semperit
Alhamdulillah... before berbuka, dah settle biskut no.2..  kali ni resepi famous amos chocolate chips.  Lepas ni dah boleh raya sebab dah ada biskut raya.  Dua jenis "home made " biskut pun dah kira "achievement nih.. legalah een boleh balas balik biskut yang kawan dia bagi dan kata dia buat "the other day".. haish! kena layan dulu budak-budak kecik ni.. barulah seronok depa nak beraya kan?  

Sebut pasal raya ni .. grup pancaran kasih dah settle buat kuih tradisional "dodol" di rumah mertuaku Ahad lepas.  Berkobar-kobar punya agenda, akhirnya jadi kenyataan juga... Maaflah ya.. anak-anak anjang tak dapat join the club sebab busy di studio hari itu.  Anyway, dodolnya sangat sedap.. terima kasih daun keladi... next-next year buat lagi ya!  Begitu juga dengan misi membuat rendang dan membakar lomang.. syabas!
Alhamdulillah.. berjaya juga misi mengacau dodol anak-anak pancaran kasih.  Tahniah!


fadya kepenatan mengacau dodol ke?
seronoknya  wan tersenyum bahagia tatkala  meihat cucu mengacau rendang pula
misi membakar lemang .. hensem eh? ~ foto credit to Bob

mee goreng mamak

menu last sahur
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah swt juga kerana memberikan kami sekeluarga kesihatan yang baik untuk melaksanakan dan mengakhiri solat tarawih terakhir malam tadi.  Walau pun sedih dan hiba, saya amat berharap dan berdoa agar pemergian Ramadhan ini bukanlah yang terakhir bagi diri saya.   Merasa berbahagia sekali kerana tahun ini dapat bersama-sama dengan kak long dan kak ngah.  Tahun depan insyaAllah mereka mungkin berpuasa di rantauan lagi.  Seorang di Mesir dan seorang lagi di Jepun... Ya Allah Ya Tuhanku.. permudahkanlah urusan pembelajaran anak-anak kami walau di mana pun mereka berada....amin.  Walau apa pun emak akan sentiasa menunggu kepulangan kalian berdua..insyaAllah...

bilakah dapat merasai momen berterawih bersama lagi
jom solat
indahnya saat bersamaMu
rasa macam kenal aje gadis di sebelah kanan tu
kak ngah masuk TV.. kejat mak cari hp nak ambil gambar, seb bek sempat .. heee
Alhamdulillah juga hari ini hari terakhir Ramadhan bersama kita.  Esok.. insyaAllah Syawal bakal menjelang tiba.   Dalam sedih ada gembiranya... gembira kerana perjuangan kita menunaikan ibadah puasa berkesampaian  juga.  Semoga Allah swt menerima, mengampunkan dan redho dengan perjuangan dan diri kita ini.  

Hari ini para "aunties" akan sibuk di dapur. Memasak dan terus memasak.  Di kesempatan ini saya sekeluarga menyusun jari memohon kemaafan jika terdapat salah silap dan terkasar bahasa disepanjang penulisan ini.  Malam tadi sempat bermaaf-maafan dengan jiran-jiran se taman. Mungkin akan rasa sedikit janggal kerana hampir sebulan kita bersama dan kini mungkin akan sesekali bersua.  Dari saya insan kecil yang tidak punya apa-apa ini / segala yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu semuanya kepunyaan saya.  Maafkanlah saya...
Aura Masjid Negeri mengimbau kenangan di Masjidil Haram
S  E  L  A  M  A  T     H  A  R  I     R  A  Y  A    
 A  I  D I  L     F  I  T  R  I

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?