Posts

Showing posts from August, 2012

Goreng bee hoon lagi ...

Image
Alhamdulillah... dah masuk raya ke 7 hari ni.  Esok raya ke  8, 9 .... wah.. cepatnya masa berlalu.  Tidak menyempat-nyempatnya masa berjalan nak menghabiskan bulan Syawal ni ya.. walau apa pun "Selamat Hari Raya Aidil Fitri ".. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..   ayat cliche paling top di alamaya ini.   Seperti biasa setiap tahun setiap kali tetamu datang kenalah siapkan something yang heavy beside biskut-biskut raya ni.  Tahun ni kami tukar menu dari mee kuning kepada bihun a.k.a bee hoon dan macaroni.  Tidak kiralah resepi yang bergoreng atau pun berkuah.  Jangan risau kami cuma menggunakan bihun jenama Jasmin ataupun Jati sahaja.  Lebih bersih dan halal.   Setakat hari raya yang ke 6 saya telah menggoreng hampir 9-10 bungkus bihun dan sebungkus macaroni.  Akibat ada jejari yang dah melecet akibat gesekan "sudip ajaib" saya, menu bihun bergoreng telah direhatkan buat sementara waktu.. haish!   Ayam goreng drummet Ayamas still cam tahun-tahun lep

Farewell Ramadhan.. Welcome Syawal 1433H

Image
Alhamdulillah.. dalam  kesibukan sempat juga mencuri-curi masa.. dalam kemengantukan pun sempat juga me"writing".  Seperti biasa, minggu yang sangat sibuk bagi " all the aunties " yang sibuk buat preparation nak raya.   Rumah saya seperti biasa memang sentiasa kemas so "no worry' hehehe..huh. percayalah tu!  Seperti biasa juga rutin pagi-pagi ni.. sama ada nak siram pokok dulu ke? nak bagi" all the cats" makan ke? nak solat dhuha dulu ke ? nak basuh cawan-cawan yang suku lagi belum sempat berbasuh lepas sahur tadi sebab nak kejar gosok baju untuk suami tercinta sebelum subuh tadi atau "just laying-laying" atas katil ni sambil mengetik-ngetik.." the choices is yours!"   Apa-apa pun pastikan lepas solat subuh bacalah al-Quran.. dapat se "facebook" pun alhamdulillah.. paling tidak pun habiskanlah satu juzuk.. pesanan ikhlas dari saya untuk semua.  Semoga hidup lebih diberkati dan dirahmati dengan selalu mem

Juadah berbuka.. kalau tak berdaya jangan tengok!

Image
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah swt kerana diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini lagi.  Alhamdulillah juga kerana diberikan kurnianya untuk menulis lagi .. percayalah ini bukan omongan dan bacaan kosong sahaja.  InsyaAllah.. Alhamdulillah .. sedikit "ilmu" sempena memasuki fasa ketiga ini iaitu 10 hari terakhir.  Malam tadi di surau selepas solat isya' ada dinyatakan bahawa 10 hari terakhir ini adalah fasa pembebasan dari api neraka.  Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa ini sampai akhirnya nanti dengan sempurna dan penuh sabar serta berhikmah sebelum kita berhadapan dengan malam lailatulkadar yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. cuaca panas ni teringat pulak kat air lai chee kang.. hmmmm Sedikit mutiara kata yang sering di baca : “Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu 10 ramadan yang pertama adalah rahmat, 10 ramadan yang kedua adalah keampu