Friday, 6 July 2012

Menjejak Robin Hood di Nottingham

Assalaam

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah swt  kita bertemu lagi.   Sebelum penulisan kali ini bermula teringat anak gadis kecil seorang ini bertanya satu soalan yang membuat hati dan perasaan ini tercuit. Agak sensasi soalannya, masih tergiang-giang di cuping-cuping ini.  "kenapa mak tulis banyak perkataan AKU dalam blog mak?"... aku??..aku sana, aku sini, aku sinun, aku situ.. aku siti.. cuma siti nurhaliza sahaja yang tiada..heh.. bukan bukan! persoalannya ... adakah ini satu soalan? iyalah.. mak kata jangan cakap 'aku'..tak baikkan..  

MashaaAllah.. terkedu. . ibarat  ayam mengajar itik berenang ke atau ketam yang mengajar anaknya berjalan.. alahai..  tapi di sebabkan teguran ini, hamba mohon untuk menggunakan perkataan saya dan kami sebagai gantinama. Ha.. amacam? bolehlah ya.. anak punya pasal.. APTB.. (Apa Pun Tak Boleh) huhuhu


Kali ini kami menerima tetamu yang sangat dikasihi.  Abang saya,  Dato' Ali dan keluarganya berbesar hati membawa emak datang bercuti bersama.  Alhamdulillah.. mr hubby menyambut kedatangan mereka di lapangan terbang sementara kami bertiga beranak..( kami tu ialah kak long, kak ngah dan sayalah.. hmmm... agak bagus progress kali ni.. tanpa perkataan "...tut..tut..", saya bisa meneruskan perjalanan bicara dihujung hentakan jari ini walaupun agak janggal sekali kedengarannya dimata papan kekunci ini) menunggu di rumah.   

Kegembiraan melampau  gara-gara "over excited" menunggu ketibaan mereka dari London Heathrow.. dan setelah selesai menyiapkan juadah makan malam dan  kemudian merasakan jarum jam seolah-olah bagaikan tidak bergerak lagi membuatkan mata mula mengantuk.   Almaklumlah 2-3 hari tidak dapat tidur nyenyak, membersih-bersihkan rumah sebab ada tetamu jauh nak datang.  
Alkononnyalah tu hendak dijadikan alasan. Penat menunggu, akhirnya kami tidur dahulu.  Dengan cuaca yang sejuk di bulan November itu.. memang sangat sedap tidur dibalut "duvet" yang hangat dan lembut apatah lagi di atas peraduan yang tebal dan empuk.


"Wah.. sedapnya tidur Yan... " terasa seperti dalam mimpi saya terdengar suara abang masuk ke dalam mimpi indah ini.  "kami dah sampai ni.. ".. Allah hu akbar.. subhanaAllah... hahaha.. peristiwa kenangan lama kedatangan emak, abang dan keluarganya sentiasa terbayang-bayang di minda  dan terlekat kukuh dihati.  

Adakah orang jauh datang dari tanahair, saya boleh tertidur.??  Deringan tekanan loceng pintu berkali-kali tidak kami bertiga dengar hinggakan suami tersayang terpaksa menendang pintu  yang menyambungkan porch kereta ke pintu dapur  untuk masuk ke rumah.  Kesiannya... dahlah datang kesejukan jauh-jauh ke ceruk benua England ni. Double kesejukan lagi kena menunggu pintu di pecahkan untuk masuk.  Dahlah masuk ikut pintu belakang .. ish..ish..ish.. Maaflah ya... insan kerdil ini kalau dah tidur . tak ingat dunia... hahaha.. mohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki.. maafkan saya.. maafkan saya.. Ketika itu kami tinggal di Prosser Street.  Rumah besar dua tingkat yang mempunyai corner side yang luas dan sebuah attic yang besar.


Pada 12hb November 1995 di penghujung tahun yang sejuk  itu, kami menyewa sebuah MPV Ford Galaxy yang luas berwarna biru.  Agak selesa dengan muatan penumpang seramai 5 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak, kami bertolak ke Nottinghamshire dalam misi mencari " Siapakah sebenarnya Robin Hood? ".. ewah.. macam cerita X-Files pulak dah.   

Diakah wira pujaan seperti yang di gembar-gemburkan di dalam filem-filem yang di adaptasikan dari kisahnya atau diakah si perampok jalanan yang merompak rumah dan kediaman para kenamaan?  Atau diakah si Pujaan Malaya? (eh.. ke situ pulak) atau wujudkah sebenarnya Robin Hood itu atau dia hanyalah sekadar kisah dongeng rakyat dahulu kala... jeng..jeng... jeng!  

Kewujudan Robin Hood ini telah diketahui sejak kurun ke 15 lagi apabila empat baris irama gurindam Robin Hood telah dijumpai, di antara barisnya berbunyi begini " Robin hode in scherewode stode ".  Mungkin bermaksud Robin Hood di hutan Sherwood.. agaknyalah.. wallah hu a'lam..
Kak long bersama tugu peringatan Robin Hood


Rasa-rasanyalah kebanyakan dari semua yang membaca entri ini tentu kenal dengan siapakah gerangannya  Robin Hood ini.  Apa? E'en tak tahu..?  Alamak.. kalau nak tahu baca sampai habis ya.  

Robin Hood ini  merupakan hero lagenda Inggeris yang popular dari zaman medieval (zaman pertengahan seperti di zaman    cerita "Merlin" kat TV3 tu..) hinggalah sekarang sehingga kepopularannya dijadikan  drama bersiri dan  filem-filem Blockbuster untuk tontonan umum.  Beliau ialah seorang penjarah.  Apa itu penjarah? hahaha... penjarah tu maknanya main belasah aja ambil barangan orang sembarangan ketika peperangan atau rusuhan tetapi yang menjadi mangsa beliau dan kuncu-kuncunya ialah golongan bangsawan yang terdiri dari orang-orang kaya.  Kiranya mencuri atau merompak dari si kaya sahaja dan hasil rompakan itu digunakan untuk membantu orang miskin.   

Kesimpulannya senang cerita si Robin Hood ini di gambarkan sebagai  "robbing from the rich and giving to the poor" kata omputih disini.   Heronya ialah si perompak.. ish..ish., menarikkan? 

Mengikut kisahnya Robin Hood dan pengikut-pengikutnya ini menjadikan kawasan hutan tua Sherwood yang berusia lebih 300 tahun milik diraja di daerah Nottingham sebagai tempat persembunyiannya.  Setiap cerita yang ada hero tentulah ada zeronya.. Beliau menjadi buruan zeronya iaitu Sherif of Nottingham. 


Hendak tahu lebih lanjut sila nonton pelem ni ya ibuk-ibuk.. bapak-bapak sekalian.   Macam-macam versi Robin Hood ni tapi yang paling mak minat ialah wah... sedap sebut maklah., so kita tukar gantinama dari saya ke mak.. ok kan?  Versi yang paling best tentulah hero "Body Guard" mak.. Kevin Costner dalam filem Robin Hood - Prince of Thieves yang diterbitkan pada tahun 1991. 

Mengisahkan tentang seorang bangsawan Inggeris Robin the Lockley, pahlawan tentera King Richard yang ditawan di Jerusalem tetapi berjaya melepaskan diri untuk membalas dendam.  Beliau ditemani oleh seorang tawanan Islam bernama Azeem dan seorang kawan bernama Peter, yang akhirnya terbunuh dalam cubaan melarikan diri ketika itu dan berjanji kepada Peter untuk pulang ke England dan melindungi adik perempuan Peter bernama Marian.  Ha.. camna?... kisah cliche ala-ala citer P.Ramlee - Ali Baba dan 40 orang penyamunlah gamaknya pulak!

filem yang diterbitkan pada tahun 1991, heronya ialah Kevin Costner



Russel Crowe sebagai Robin Hood dalam filem terbitan tahun 2010



Mencari jejak-jejak Robin Hood di celah-celah hutan pokok-pokok  di Sherwood Forest ini amatlah menerujakan.  Di rimbunan hutan pokok Oak tua dan gua inilah Robin Hood menjadikan ia tempat persembunyiannya.   Betapa anak-anak yang bersama dalam perjalanan ini  begitu teruja dengan kisah Robin Hood ini begitu seronok dan tidak sabar-sabar untuk tiba ke Nottinghamshire.  

Seperti biasa kami membawa bekalan makanan "home made"  untuk lawatan   ini.  Anak-anak saudara kesayangan mak Yan yang terdiri dari Abang (Kamarul Faisal), Arif (Safwan Arif) dan Tasya (Nurul Natasya) yang ketika itu masih  baby berumur 1 tahun, juga anak-anak mak, kak long dan kak ngah begitu "excited" sekali.  Pertama kali bersama sepupu yang sudah lama tidak bertemu. Budak-budaklah katakan.. usahkan sepupu, sesiapa sahaja boleh mereka jadikan teman bermain.

Nottingham City here we are...


Sherwood Forest dan Nottingham memanglah nama yang tidak dapat dipisahkan lagi diibaratkan seperti "irama dan lagu ".  Sherwood Forest mempunyai keluasan yang panjangnya merangkumi lebih kurang 30km dari Nottingham hingga ke Worksop.  

Hutan ini diisytiharkan sebagai hutan simpan untuk kerabat diraja menjalankan aktiviti perburuan di kurun ke 10 dahulu.  Bangsa "Norman" dulu pernah mengatakan bahawa hutan ini memanglah ekslusif untuk kegunaan kerabat-kerabat dan golongan bangsawan.  

Kesinambungan inilah yang menjadikan golongan diraja dan bangsawan ini membentuk estet-estet (bukan estet ladang getah tu ya yob!) bertaraf elit di sini.  Walaubagaimana pun hanya sebuah estet sahaja yang masih wujud sekarang iaitu Welbeck Abbey.  Estet-estet yang lain iaitu Worksop telah musnah keseluruhannya meninggalkan estet Clumber dan Thoresby yang masih mempunyai rumah-rumah besar dan tapak kediaman sahaja. 

Kini kawasan yang di gelar "The Dukeries" ini, menjadi warisan yang kaya dengan tinggalan sejarahnya yang unik.  Di anggarkan seramai 500,000 pelawat ke sini setiap tahun.  Ia menjadi begitu terkenal apabila BBC rangkaian television di Britain menerbitkan drama bersiri Robin Hood pada tahun 2006.    Diterjemahkan sebahagiannya dari petikan wikipedia.

Cantik kerusi ni kalau letak kat garden kita ya mommy?  oh.. yeay
Bertemu lagi kita untuk Nottingham pt 2 dan pt 3

" Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat) '
(Fathir : 34)

BERJUMPA LAGI

No comments:

Post a Comment