Juara dalam mencari alasan


Again, this lovely nasyeed welcoming Ramadhan by Mishary Rashed Alafasy.. pls click

Di pagi Ramadhan pertama hari itu juga kariah muslimat warga taman kami amat berbesar hati kerana mendapat kunjungan dari Ustazah Norhafizah Musa, selebriti popular hebat yang kerap muncul di dalam rancangan "Tanyalah Ustazah" di TV9. Dengan wajah dan suara yang lembut, terpegun kami menatap ustazah ini berbicara dengan penuh berhemah. Berkelulusan dari salah sebuah universiti di Jordan, beliau merupakan seorang pensyarah di UTM, Jalan Semarak dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psycho terapi Islam. Kuliah ustazah kali ini bertajuk "Ramadhan Terakhir". Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada ustazah serta ahli keluarganya supaya beliau dapat terus menyebarkan ilmu dalam menegakkan syiar Islam. Amin.... Diantara intipati kuliah ustazah yang perlu direnung dan di serap ke dalam hati kita ialah :-


Sujud Syukur - tidak ramai dari kita yang memulakan solat tarawih pertama kita dengan melakukan sujud syukur. Betapa kita adalah insan yang terpilih pada tahun ini kerana dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang berkah ini. Seharusnya kita merasakan suasana hati yang penuh dengan kegembiraan dan keseronokan untuk menyambut kedatangan bulan ini.


Pakej Munajat - Pernah dengar perkataan istighazah?. Bagaimana kita menjadikan malam-malam berkualiti kita dengan bermunajat seperti berdoa, berzikir, bersolat, beristiqamah mengabdikan diri kita kepada Allah swt. Peristiwa peperangan Badar-Kubra menjadi titik tolak dimana pertempuran awal umat Islam yang mendapat bantuan dari Allah swt dan kepintaran Nabi Muhammad saw yang berjaya mengalahkan pihak Quraisy di Mekah. Kini kita diibaratkan sedang bertempur dengan peperangan juga tetapi merupakan peperangan untuk menentang N A F S U kita sendiri.

Bermuhasabah diri - berlapang dada dengan kesilapan anak kita. Jangan sedap mengata anak sendiri, lihatlah sisi baik pada setiap anak. Sebenarnya kesilapan yang dilakukan oleh mereka sebenarnya adalah kesilapan dari kita sendiri. Anak-anak ini seperti tempurung kelapa atau durian. Cubalah untuk mendekati mereka. Sekeras-keras luaran mereka, sebenarnya di dalam hati , mereka adalah anak-anak yang lembut. Anak-anak adalah amanah Allah swt kepada kita. Pernahkah terfikir pada kita yang kita telah mengkhianati hak mereka. Contoh : seharusnya kita menyusui mereka selama 2 tahun tetapi ramai dari para ibu yang menyusu anak mereka selama 2 bulan sahaja dengan berbagai alasan. Sebenarnya kita adalah "JUARA DALAM MEMBERI ALASAN ". Begitu juga yang sering mencari salah suami mahupun salah isteri. Hanya kita sahajalah yang senantiasa betul. Sesungguhnya hanya Allah swt sahaja yang Maha Sempurna.

Merayulah sebanyak mana dengan Allah swt. - 15 minit sebelum berbuka berkumpullah dengan anak-anak dan ambillah keberkatan Ramadhan dengan berdoa sehabis banyak dan semampu boleh. InsyaAllah... mintalah apa sahaja kerana ketika ini pintu langit terbuka luas. Semoga setiap doa kita akan dimakbulkan .. amin...

Mengajar anak-anak untuk bersifat prihatin dan sayang dengan anak-anak yatim. Setiap rumah yang ada anak-anak yatim adalah rumah yang penuh dengan keberkatan. Perbanyakkanlah bersedekah terutama di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Bersedekah dengan apa sahaja mengikut kemampuan kita hatta dengan cuma senyuman yang ikhlas sahaja sudah memadai. Emak abah di kampung halaman janganlah dilupa begitu juga dengan kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.



Ustazah Norhafizah Musa

Di atas adalah sedikit sebanyak ilmu yang dapat dititipkan oleh ustazah untuk kita kongsi bersama sebagai panduan dalam melayari kehidupan harian kita. Jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan maafkanlah saya insan kerdil yang hina lagi dina ini. Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.

Di antara sebahagian dari doa mustajab untuk melindungi anak-anak kita pesanan dari ustazah :-
" Ya Allah.. peliharalah kami sepertimana Kau telah pelihara hamba-hambaMu yang soleh dan jauhilah anak-anak kami dari musibah pada agamanya"



Aura ustazah yang musti di rebut.. berpelukan bersama Hjh Sakinah


L-R ~ Hjh Sakinah, Hjh Dr Zana, Ustazah, Puan Ati, Puan Lynn dan tuan tanah

Akhirnya jangan lupa untuk berniat bersungguh-sungguh atau beriltizam dari awal lagi dengan doa ini :-


" Ya Allah... rezekikan kami dengan Lailatul Kadar" ..amin....

Sesungguhnya dengan pengisian ilmu ini dapatlah kita merenung ke dalam dada kita melihat dan merasai apakah selama ini Ramadhan yang datang dan pergi mencapai matlamatnya atau hanya sekadar tamat dengan berakhirnya Ramadhan pada tahun itu sahaja. Renung-renungkan.... 



SELAMAT BERAMAL




Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?