Posts

Showing posts from July, 2012

Transit di Muscat, Oman

Image
Peristiwa Ramadhan minggu pertama ini kemuncaknya tiba dengan kepulangan anak saya dari perantauan.  Pagi tadi 26hb Julai Nur Amira Nabila (kak long) tiba dengan selamatnya di KLIA dari Mesir dengan menaiki Oman Air pada pukul 8.30 pagi.   Kapalterbangnya transit di Muscat selama 20 jam dengan berbuka dan bersahur di sana sebelum berlepas pulang ke Malaysia. Syukur Alhamdulillah... kak long anak saya ini sihat wal afiat dan membawa keputusan peperiksaan yang membanggakan.  Wajahnya tambah berseri apabila mendapat tahu wang pinjaman pengajian dari JPA telah dimasukkan ke dalam akaunnya.  Semoga kak long belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi doktor muslim yang hebat untuk membantu insan yang memerlukan bantuan.  Amin... kak long (tengah) bersama adik2 dan kembar sama tahun adik2 sepupu yang merinduinya anak ayah dah balik.. Balik kampung.. oooo... balik kampung! anak saya dah balik.  Kiranya tidak sabar untuk menunggu kedatangan Sabtu ini menunggu kedatangan kak n

Juara dalam mencari alasan

Image
Again, this lovely nasyeed welcoming Ramadhan by Mishary Rashed Alafasy.. pls click Di pagi Ramadhan pertama hari itu juga kariah muslimat warga taman kami amat berbesar hati kerana mendapat kunjungan dari Ustazah Norhafizah Musa, selebriti popular hebat yang kerap muncul di dalam rancangan "Tanyalah Ustazah" di TV9. Dengan wajah dan suara yang lembut, terpegun kami menatap ustazah ini berbicara dengan penuh berhemah. Berkelulusan dari salah sebuah universiti di Jordan, beliau merupakan seorang pensyarah di UTM, Jalan Semarak dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psycho terapi Islam. Kuliah ustazah kali ini bertajuk "Ramadhan Terakhir". Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada ustazah serta ahli keluarganya supaya beliau dapat terus menyebarkan ilmu dalam menegakkan syiar Islam. Amin.... Diantara intipati kuliah ustazah yang perlu direnung dan di serap ke dalam hati kita ialah :- Sujud Syukur - tid

Pokok ajaibku dari Ghana akhirnya berbuah juga..

Image
Pokok ajaib..  Alhamdulillah.. minggu pertama Ramadhan akhirnya berjaya juga dilalui.  Syukur alhamdulillah Allah swt mengurniakan  cuaca yang amat baik sekali.  Tidak panas terik sangat dan diselang-selikan dengan dentuman guruh mengundang gerimis dan  hujan renyai.    Kain baju di jemuran kering seadanya dan laman nuraniku di penuhi dengan kuntuman bunga-bungaan mengembang mekar.   Alhamdulillah Ramadhan pertama kami di sudahi dengan berbuka beramai-ramai di rumah emak mertuaku di Cheras bersama bubur lambuk "special" kak Ton yang  tersangat sedap mengalahkan bubur lambuk Kg Baru  dan bersolat tarawih di sana.  Alhamdulillah juga Ramadhan  kedua, kami sempat juga berbuka di rumah emak di KKB dengan murtabak bazaar Batang Kali serta bersolat tarawih di surau sana.  Pecutan kereta suami yang mengalahkan Michael Schumacher meredah malam akhirnya sempat juga kami tiba di asrama INTEC kak ngah di seksyen 18 sebelum pukul 12 tengah malam.  Selamat bersahur kak

Sesuatu yang tidak dapat di jual beli

Image
Alhamdulillah juga kerana setelah sekian lama akhirnya kali ini saya berkesempatan memenuhi tuntutan untuk memberi kepada sesama manusia yang memerlukan.  Memberi sesuatu yang tidak dapat dijual beli.  Walau pun dalam usia yang kini telah meningkat menghampiri ke separuh abad 3 tahun lagi , Allah swt masih memberi kesihatan dan kekuatan yang baik kepada saya untuk sama-sama dapat berkongsi apa yang kita ada.  Apa yang kita ada bukanlah hak kita tetapi hanyalah milik Allah swt semata-mata.   Persahabatan, keluarga, persaudaraan bahkan harga diri juga memanglah tidak dapat di jual beli.   Tiba-tiba perasaan sedikit hiba mengenangkan sahabat baik saya yang telah 6 tahun  meninggalkan kami semua.   Kami telah bersahabat selama lebih 17 tahun dan  berkhidmat dalam  jabatan yang sama di tempat kerja malah meja kami juga saling berdekatan.  Bayangkan seharian selama 9 jam kadang-kadang lebih lama bila "overtime",  setiap hari bersama 5-6 hari seminggu   kiranya seperti "

Surau BR, Aman Perdana.. JOM!

Image
Law kana bainana ya habeeb.. sila klik Alhamdulillah.. agak lama tidak berbicara tanpa suara, seakan rindu membara-bara.  Alhamdulillah bersyukur kerana masih berupaya menghirup udara kehidupan ini lagi.  Alhamdulillah juga kerana kerja-kerja  penulisan yang masih dalam penyelenggaraan  A G A K berjalan lancar juga walaupun tekanan "speed limit" nya hanya 40km/h pada hari-hari rajin dan 20km/h pada hari-hari malas..ops.. bukan malas... hari-hari lalu depan sekolah!  Walau apapun saya berharap terus agar kalian mendoakan  "speed" ini akan memecut laju di bulan Ramadhan yang akan datang sebentar lagi.  Seperti biasa acara jemputan kenduri-kendara doa selamat telah selesai kami sekeluarga tamatkan secara muktamad pada minggu ini. Maka acara seterusnya ialah acara ber "shopping" mendahului bulan Ramadhan. Mungkin agak "weirdo" bila mengingatkan.. tapi bagi kami acara yang satu ini perlu dibereskan sebelum harga pasaran melambung-lambung

Ramadhan Baby

Image
Ramadhan baby.. tak terpikir pulak nak bagi nama Amira RamaDHaani.. hehhe Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini juga, teringat peristiwa 19 tahun yang lampau. Peristiwa melahirkan kak ngah Nur Amira Ilyani di bulan yang mulia ini. Tanggal 6 RamaDHaan 1413 Hijrah bersamaan 28 Februari 1993 Masihi Ketika itu umat Islam baru sahaja 5 hari berpuasa dan saya mengambil kesempatan balik kerumah emak di KKB untuk berbuka puasa bersama emak , arwah abah dan adik-beradik yang lain.   Keesokan harinya setelah selesai makan sahur, saya mula merasakan sakit untuk bersalin.  Tidak sangka kak ngah dilahirkan di tempat yang sama dimana saya dilahirkan iaitu di KKB.     Seronok kerana kakak-kakak datang melawat tetapi tidak dapat masuk melawat kerana sudah habis waktu melawat.  Hanya melambai-lambai di luar tingkap melihatkan saya dan baby baru.  Kebetulan hari itu ialah hari Ahad.. hari cuti   Dan peristiwa paling menarik keesokan harinya kak long Nur Amira Nabila datang melaw

Menjejak Robin Hood di Nottingham Pt 3

Image
Entri bersambung .. Muzium dan galeri seni di sini  mempamerkan berbagai hasil seni peninggalan dan juga penceritaan tentang  kisah-kisah bersejarah di Sherwood Forest , sejarah ketenteraan , sejarah Nottinghamshire dan juga sejarah tentang Robin Hood itu sendiri.   Terdapat kedai menjual barangan cenderamata, kafe dan juga taman permainan kanak-kanak pada zaman medieval di kawasan persekitarannya.  Busur dan anak panah atau "archer" merupakan antara alat permainan yang laris di jual di sini.  Kami membeli cenderamata seperti rantai kunci, bola, pensel dsb untuk kenangan.  Kami kemudiannya berkelah di dalam dakapan kedinginan sambil menikmati juadah makanan di taman.   Sesekali makan di luar beramai-ramai, lebih-lebih lagi bersama keluarga tercinta membuatkan selera makan bertambah walaupun terasa badan hampir sedikit kaku dek kesejukan cuaca... huhuhu...  Dah penat.. Tidak melepaskan peluang bergaya  bersama tugu memorial Robin Hood Eh.. ms littl

Menjejak Robin Hood di Nottingham Pt 2

Image
Entri sambungan..  Nottingham merupakan sebuah bandar yang terletak di East Midland di England.  Ia digelar sebagai " Queen of the Midlands".   Ia amat dikenali di Malaysia kerana ramainya ketika itu pelajar-pelajar kita yang melanjutkan pelajaran di University of Nottingham dibawah tajaan MARA dan JPA.   Di antaranya ialah jiran kami Hajah Norsiah yang juga bertemu jodoh dengan suaminya yang juga bekas pelajar di sana.     University of Nottingham ini bermula pada tahun 1798 dan terletak di Highfields Park. Ia adalah di antara 10 buah universiti yang utama di England.   Dan Nottingham juga menjadi lebih terkenal kepada pelawat dari Malaysia disebabkan kain-kain lace yang amat cantik untuk di buat langsir rumah.  Memang way way back sangat cantik berganda-ganda dari kain-kain langsir yang terdapat di Nilai atau di Tangkak. Hahaha... jangan marah.. acah sahaja.   Kecantikan pada sesuatu barangan  adalah hak milik dan pandangan mata yang berbeza kepada setiap orang