Dover - Calais - Brussel - Hamburg ke Amsterdam


Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah swt entri ini merupakan salah satu memori perjalanan  yang sukar untuk dilupakan.   13hb Jun hari ini genaplah anakku  Mohamad Akmal Amin bin Mohamad Azlan berusia 15 tahun.  "Selamat Hari Jadi abang.. semoga menjadi anak yang soleh, dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.  Berubahlah untuk menjadi insan yang lebih baik.. amin... ".   

Aku mengandungkannya ketika berada di perantauan.   Membesar didalam rahimku dan mula mengaktifkan deria "six sense"nya dan lahir  ke dunia di bumi England yang bersejarah ini pada tahun 1997.    

Apa yang paling istimewa mengenai perjalananku ini ialah aku membawanya bersama merentasi  benua melalui perjalanan laut melalui kapal P&O Ferry, "cruising" dari Pelabuhan Dover di England,  melintasi  Pelabuhan Calais di Peranchis, Brussels di  Belgium , Hamburg di Germany dan akhirnya tiba di Amsterdam ketika dia berusia 6 bulan di dalam kandungan.  Wow... glamournya abang ! (Panggilan kami sekeluarga buatnya)

Kami berlepas  ke Bilston, dimana bas NZH Travel telah menunggu untuk membawa kami ke Dover.  Dover ialah sebuah bandar pelabuhan yang terletak di Kent, South East England.  Jaraknya  berdekatan dengan dataran Eropah iaitu hanya 34 km dari Calais, yang juga sebuah bandar pelabuhan di Peranchis.  

Pelabuhan Dover merupakan salah satu pelabuhan besar yang sangat sibuk dan menggunakan laluan Selat Inggeris sebagai laluan utama dan dianggarkan mempunyai 18 juta penumpang setiap tahun.  Berbagai perkhidmatan ejen pengangkutan seperti syarikat-syarikat feri beroperasi di pelabuhan yang besar ini.



P&O Ferry

Bas yang kami naiki dipenuhi oleh penumpang-penumpang warga Britain dan warga Eropah. Kami sekeluarga sahaja yang merupakan warga asing yang menggunakan paspot antarabangsa dalam perjalanan kali ini.  Setiap kali bas melintasi keluar atau masuk dari Pelabuhan Dover, bas terpaksa berhenti untuk menurunkan kami sekeluarga untuk urusan imigresen.  

Warga Britain dan Eropah yang lain boleh keluar masuk ke negara-negara Eropah yang lain tanpa menggunakan paspot.  Walau apa pun kami begitu berterima kasih kepada penumpang-penumpang lain kerana begitu sabar dan mengambil berat akan kebajikan kami sekeluarga.  Lebih-lebih lagi kerana kami sahaja yang membawa dua orang anak kecil dan seorang bayi yang belum lahir.  Merasa bahagia dengan layanan istimewa dari mereka lebih-lebih lagi kerana aku yang berbadan dua ketika itu.

Apabila bas bergerak masuk ke dalam feri, kami semua begitu teruja.  Tidak sabar-sabar untuk turun mengeksplorasi  feri yang besar ini.  Ketika itu di Britain dan di seluruh dunia telah dilanda fenomena filem  kisah benar tenggelamnya kapal "Titanic" arahan James Cameron.  Watak hero Leornado Di Capricio dan Kate Winslet sebagai heroin dalam kisah percintaan antara dua darjat.  

Filem yang meninggalkan kesan mendalam terhadap kapal atau feri mewah iaitu walau secantik mana, sebesar mana, secanggih mana, kita sebagai hamba Allah swt masih tidak dapat melawan hukum Tuhan.  Kapal sebesar itu berlanggar dengan bongkahan ais yang terapung lalu karam, sesungguhnya tidak  akan ada yang dapat menyelamatkannya kerana semuanya adalah ketentuan dari Allah swt.


poster filem "Titanic"

P&O Ferry menyediakan berbagai kemudahan dan perkhidmatan di dalam feri itu.  Di antaranya pusat membeli belah bebas cukai yang menjual berbagai barangan seperti yang terdapat di lapangan terbang, pusat permainan kanak-kanak, bilik-bilik penginapan, tandas-tandas dan kamar mandi yang cantik dan selesa untuk membersihkan diri, restoren-restoren, gym dan lain-lain.  

Dengan segala perkhidmatan yang disediakan kami dan anak-anak tidak menyedari masa berjalan terlalu pantas dan kami seolah-olah melancong di atas feri itu sendiri.  Bukan tidak pernah menaiki feri... tapi cuma feri ke Langkawi dan Pangkor sahaja.  Perkhidmatan yang begitu jauh sekali bezanya.


Amboi... racing ngan Tom Cruise dan Brat Pitt kat sebelah tu di atas feri,,hehehe



berehat selepas kepenatan meng"explore"feri




window shopping di atas feri

cari bahan - kumpul leaflet
Akhirnya setelah semalaman di atas feri, kami tiba di pelabuhan Amsterdam.  Di dalam perjalanan menuju ke tempat-tempat lawatan, bas kerap berhenti di beberapa destinasi untuk penumpang-penumpang melepaskan lelah dan mengisi perut. Seperti biasa kami berehat sambil berkelah dengan menikmati bekalan makanan yang dibawa.  

Kami singgah juga untuk membeli minuman dan juga sering kali turun untuk membeli stok minuman untuk anak-anak.  Apa lagi kalau bukan stok "fresh milk" dan "fresh juice" yang ada dijual dimana-mana.   

Cuaca di Amsterdam ketika itu, tersangat sejuk walaupun tiada salji .  Mujurlah sepanjang lawatan ke sana, hujan tidak turun.  Suhu diantara 6 - 10 degree celcius.   

Walau apa pun bagi anak-anakku yang sudah terbiasa dengan cuaca sejuk di England , ini tidak menjadi hal bagi mereka.  Keriangan dan kegembiraan mereka menjadikan  satu semangat untuk kami berdua untuk menikmati lawatan dan perjalanan kali ini.



anak-anak begitu seronok dapat turun dari bas.. penat dah duduk lama!
Berbagai perkhidmatan disediakan oleh operator pelancongan di Belanda yang menawarkan lawatan-lawatan ke seluruh Amsterdam termasuk lawatan ke taman tema, lawatan sehari atau separuh hari di dalam bas-bas berhawa dingin yang meliputi lawatan menaiki bas bersama bot, juga termasuk lawatan ekslusif ke pusat pemotongan batu berlian. Setiap perjalanan ini akan diiringi oleh pemandu pelancong yang berbahasa Inggeris dan German. 

Sehari perjalanan ini termasuk lawatan ke Keukenhof, taman bunga tulip yang terbesar, pasar keju di Alkmaar, kilang pembuat pinggan mangkuk China di Delft, dunia miniatur di Madurodam, pusat pelelongan bunga di Aalsmeer (pernah ada liputannya di Majalah 3) dan ke pelabuhan terbesar di Rotterdam.


Yeay... dari atas bas kami dah nampak kincir angin

Kincir angin merupakan "trade mark" Belanda

The Netherland atau Holland atau Belanda ini telah wujud sejak tahun 1519.  Lama betul sejarah kejadian negara ini.   Belanda atau dalam bahasa tempatan, Koninkrijk der Nederlanden bermaksud " Kerajaan Tanah- Tanah Rendah.  Kalau di sini Sabah di gelar sebagai  "Negeri di bawah Bayu" , Belanda pula digelar sebagai " Negeri di bawah Air " kerana paras airnya lebih tinggi dari tanah .   

Begitulah keajaiban alam ciptaan  Allah swt.  Di dalam perjalanan menaiki bas apabila bas melalui tasik-tasik atau sungai-sungai terasa dataran air tinggi berada di sekeliling kita.  Tidak tahu bagaimana untuk digambarkan melalui tulisan. Seakan air itu akan tumpah mengalir terkena kita.

Belanda terletak  di barat laut Eropah.  Negara ini bersempadan dengan German di Timur, Belgium di Selatan dan Laut Utara di sebelah Barat.   Nama Belanda berasal daripada bahasa Portugis iaitu Holanda.  Ia merupakan negara yang paling padat penduduknya dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut.  

Belanda juga terkenal dengan dike (kincir angin), terompah kayu, bunga tulip dan sifat terbuka masyarakatnya.  Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai "The Hague". Amsterdam merupakan ibu negara Belanda dan "The Hague" pula ialah pusat pentadbiran Belanda dan kediaman Ratu Belanda ~ petikan dari wikipedia



gembira setelah perut sudah terisi dengan "fish and chips"
Mari berbahasa Belanda :-

You eat your meals ontbijt (breakfast), lunch (!!) or diner (dinner) from a bord (plate) with a vork (fork), mes (knife) or lepel (spoon), you sit at the tafel (table).  You ask the ober ( waiter ) for the rekening (bill) :  Mag ik de rekening graag.

If you really can't make yourself understood, try saying  : Ik ben Melayu, ik versta niet.  Spreekt u Engels?  ( I am Melayu..(hehe), I don't understand.  Do you speak English?)

If you need to ask your way around town, say : Kunt u me helpen? (Could you help me?)
Waar is...? Is het dichtbij? (Where is... ? Is it near here?

Polite expressions are : pardon (excuse me), goedendag (Hello), goedenaond (Good Evening), dag (Goodbye), dank (thank you) and graag (please, I'd like... )

SubhanaAllah... penat juga nak menyebutnya!

Walaupun begitu adalah diingatkan, jika ke Belanda berhati-hatilah dalam percakapan kita yang mungkin menyinggung perasaan kerana ada segelintir orang-orang Belanda ini fasih berbahasa Melayu versi Bahasa Indonesia.  Dan pesanan yang paling penting : berhati-hatilah juga jika berjumpa dengan mubaligh-mubaligh kristian yang fasih berbahasa Indonesia yang mungkin akan memesongkan aqidah kita, jadi jika bertemu dan ditegur, cukuplah sekadar bertanya khabar sahaja dan tidak lebih dari itu.


Rombongan kami ini kemudiannya berhenti di Zaanse Schans, sebuah perkampungan muzium hidup yang membawa pelancong merasai sendiri kegemilangan Zaanstreek di abad ke 17 dan 18.  Muzium-muzium, kincir angin, kraftangan dan pusat penerangan semuanya membantu menterjemahkan kepada pelancong  bagaimanakah kehidupan mereka di waktu itu.  Pada abad ke18, dianggarkan terdapat lebih kurang 1,000 kincir angin, berbanding sekarang yang cuma tinggal 12 kincir angin sahaja. Di sini juga masih terdapat rumah-rumah kayu lama yang sangat cantik senibinanya pada zaman itu.

first thing kena beli " kincir angin" kak ngah dulu.. barulah happy nak jalan di Zaanse  Schans

lihat "post box" besar berwarna merah yang besar itu, tidak sempat untuk pos kad untuk diri sendiri seperti selalu.. hehehe

Hampir 50 peratus penduduk Belanda menggunakan basikal.  Basikal boleh disewa dengan harga EUR 4 /jam


berlatar belakangkan jeti feri kecil yang membawa penumpang di kawasan persekitaran Marken, pulau kecil kawasan penangkapan ikan

senibina bangunan yang cantik



happynya dapat pusing-pusingkan kincir angin yang comel tu

"Diamond are girl best friend's forever".. melawat kedai memproses batu berlian

Hummel figurines yang terkenal dengan kehalusan seni figurin di perbuat dari porselin.  Cantik2...

kak long : mommy... i want them all!  Mommy : Choose one only for you and one for your adik

Wah... sangat happy sebab dah dapat terompah kayu seorang sepasang

so big... can we bring them home please..

enjoy sakan..

Peter the Great pernah tinggal menyorok selama 7 malam di sini pada tahun 1697



a pair of cloak

mak dah penat

melawat ke rumah makcik Deutch ni... banyak betul koleksi barangannya..

beratur untuk masuk

kita naik bas dulu...ke tempat lain pula

Di Alkmaar Cheese Market - Ayah belajar cara-cara buat cheese dari girl friend baru.. amboi! cheese yang dibuat secara tradisional..mmm..


belakang tu katil lama the Deutch man.. rasa nak lepak je kat situ

Kita belajar lagi :-

Makanan
Banket, Gebak - biskut
Kaas - keju
Patat - kentang
Rijst - beras
Vis - ikan
Zout - garam

Minuman
Appelzap - juice apple
Koffie - air kopi
Melk - air susu
Spa - air mineral

Jom kita!

Rijks Museum yang menyimpan hampir 400 keping masterpiece dari pelukis-pelukis terkenal Belanda sejak dari zaman lampau




Anne Frank Huis ( Rumah Anne Frank) dan keluarganya bersembunyi di dalam rumah di belakang almari buku selama 2 tahun semasa Perang Dunia II. 

Van Gogh's Museum - antara koleksi lukisannya bertajuk "The Bedroom"

Muzium-muzium yang paling terkenal di Amsterdam terletak di Museum Square.  Di sini terdapat muzium yang terkenal seperti Rijksmuseum, Van Gogh Museum, Stedelijk Museum dan Coster Diamonds.  Pelancong-pelancong Eropah ini sanggup  beratur panjang untuk masuk  melihat koleksi master piece artis-artis lama seperti Rembrant dan Van Gogh.

Central Station yang tersangat sibuk

menyusuri jalan-jalan di Amsterdam Central Station

laluan tram bersimpang siur

terusan air buatan manusia

glamour tak rambut ayah... panjang!

berehat

Di Dam Square - 400 tahun dulu kws perdagangan yang sangat sibuk & merupakan pasar ikan

Di Aalsmeer Flower Auction - geram gila + terkejat tengok terlampau banyak bunga2an

sempat beli benih bunga bawa balik...

 Madame Tussaud Wax Museum - 10 min dari Central Station .  Patung-patung wax yang menyerupai artis antarabangsa

Dam Square


Pada tahun 2002 terdapat sekitar 44 masjid di sekitar bandaraya ini. Salah satu masjid paling tua di Amsterdam adalah Masjid El-Tawheed yang didirikan oleh kelompok Salafi.  Masjid ini dituduh mengajarkan ideologi radikal dan kini masih lagi  berada di bawah pengawasan ketat sejak terbunuhnya pembuat film Theo Van Gogh oleh salah satu jemaah Masjid El-Tawheed bernama Mohammed Bouyeri.

Masjid-masjid lain yang ada di Amsterdam di antaranya ialah  Masjid Assoenna, Masjid Fatih (siap pada tahun 1929), Masjid Mevlana dan Masjid Taibah (siap pada tahun 1985).


Masjid Fatih di bina pada tahun 1926. Asalnya ia adalah gereja Roman Khatolic

Penduduk Islam Belanda terdiri  dari pelbagai bangsa.  Salah satu kumpulan pertama yang menubuhkan sebuah penempatan tetap di Belanda adalah orang-orang yang berasal dari Indonesia. Kita sedia maklum bahawa Indonesia pernah dijajah oleh Belanda dan rakyat dari Indonesia dibenarkan untuk belajar di Belanda.  Ini jelas dapat dilihat dengan kehadiran artis-artis Indonesia kacukan Belanda yang sangat cantik dan tampan di dalam siri-siri sinetron di TV3 dan TV9.

Pada tahun 1970-an dan 80-an, Belanda mula membuka pintunya kepada rakyat asing di luar sempadan  kerana memerlukan tenaga kerja yang lebih besar.  Ketika inilah orang-orang dari Turki, Maghribi, Algeria dan sebilangan dari negara Islam lain dibenarkan tinggal di Belanda secara sementara.  Bagaimanapun kebanyakan mereka akhirnya berhijrah secara tetap dan memulakan kehidupan yang baru di negara ini.  Maka dengan itu, komuniti Islam telah berkembang dengan begitu ketara.

Red Light District atau DeWallen di waktu senja
Pesundalan di kebanyakan negara di Eropah adalah dianggap sah disisi undang-undang tetapi berbeza dengan Belanda, ia menjadikan pekerjaan tertua ini sebagai salah satu tarikan pelancong ke sana.   Terdapat satu daerah di Amsterdam yang dinamakan sebagai " Red Light Zone" atau "Red Light Amsterdam" a.k.a De Wallen.   Kami yang pada mulanya tidak mengetahui tentang daerah ini akhirnya terkedu apabila pemandu pelancong di dalam bas berkisah tentang daerah terkenal atau "famous spot" dikalangan pelancong dan juga syurga bagi para LGBT ini.  Adalah amat mengaibkan apabila di persekitaran daerah ini terdapat deretan kedai-kedai yang menjual barangan X ini yang dipamerkan secara meluas atau "open market".    Dari barangan X hingga ke muzium X , muzium dadah atau cannabis pun ada.  Dan lebih terkejut lagi apabila di dalam bas kami dapat melihat patung-patung menyerupai figurines di dalam kotak kaca tanpa seurat benang pun di hadapan deretan kedai-kedai dan diterangi dengan pancaran lampu berwarna merah, jangan terkejut... patung-patung cantik ini sebenarnya ialah manusia sebenar yang sedang menjalankan urusniaga perniagaan yang tidak bermoral ini.  Nauzubillah...minzalik.. semoga kita umat Nabi Muhammad saw dijauhkan dari di antara 7 perkara yang dilaknat ini.  Cukup setakat ini aku berkisah tentang pekerjaaan yang kotor dan hina ini.

 Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji (fahisyah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Al-Israk: 32)

Kami menyusuri jalan dan jambatan di waktu malam dan melihat pemandangan yang cantik di tebing-tebing terusan

Dalam perjalanan pulang menaiki P&O Ferry.. sempat bemain bersama-sama anak.  Jom tido jom!

Pokok bunga tulip yang kami tanam berbunga bersama Miz Dolly Parton..hhaha.. malangnya ayah terpejam pula!

Sesungguhnya perjalanan indah ini akan sentiasa segar dalam ingatan.  Apa tah lagi ketika kami kembali tiba di West Midlands, kami diberi "standing ovation" dan tepukan gemuruh kerana memiliki " a well behave children" yang tidak mengganggu perjalanan.  Mereka tidak menangis mahu pun merengek di tempat awam juga di sepanjang perjalanan  di dalam bas.  Sungguh bangganya kami berdua... Alhamdulillah..begitu juga dengan bayi dalam kandunganku ini..  semua yang baik-baik itu hanya dariMu Ya Allah.. dan yang buruk itu hanyalah dari kami insan yang kerdil ini.  Sekian dulu dari Amsterdam.. dag un dank!  Insya Allah ... kita akan mandi manda di Bath pula selepas ini... jumpa lagi di entri yang lain
Anugerah Alam



Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?