Blog address rename @ cari nama yang senang..

Alhamdulillah...bersua lagi.. bertemu lagi.. jumpa lagi.. dating lagi kita.. walau sebentar cuma..

Mohon maaf untuk coretan yang se ala kadar ini... 

Sekadar pemberitahuan untuk "dearest friends and family" yang sering mengikuti catatan silam realiti di  " sepanjang jalan kenangan "  di alam maya ini sama ada membacanya tanpa sedar atau pura-pura sedar atau mampir sekadar dipinggiran sahaja.. saya telah menukar "remove" my blog ke alamat yang lebih  s e n a n g  di cari a.k.a search di google atau apa saja laman yang anda semua terokai.

Ini kerana mendapat komen-komen yang berbau kritikan walau pun bukan hasutan tapi membuatkan perasaan sedikit tersentuh... betapa ada juga yang sebenarnya masih "suka membaca" laman blog yang di tulis sebagai rencana "sepanjang jalan kenangan" ini.  Terharu saya weh... susah benor nak cari blog mak nilah... susah nak cari ya?  

Semenjak dua menjak setelah tidak berkerjaya tetap ini perasaan ini menjadi sedikit sensitif pula, mungkin kerana umur dan usia dewasa yang bakal menjejak ke usia emas se per dua tiga pernama lagi.. atau mungkin 34 jenis (waduh.. banyaknya!) sindrom-sindrom "menopause" akan mula meng "pause" akan perasaan ceria dan "happy go lucky" dalam mempengaruhi hormon-hormon tenang dan sabar atau mungkin tingkah laku anak-anak yang sedang meningkat remaja ini yang memang menguji tahap kesabaran ibu-ibu di kurun millenium ini... mungkin dan mungkin dan mungkin... Masya Allah... istighfar..istighfar..


Wah.. sekadar coretan dah tercirit-cirit ke merepekkannya.. maafkan saya untuk yang kesekian kalinya


jangan tersasar jalan .. takpayah guna papago.. just go and click ke alamat yang tertera di atas.  Ooo.. amat mudah dan tak tergeliat lidah  nak menyebutnya.. just write my name and it will appear.. dan juga sila toleh ke ruangan gadgets on your right handside and just slide down (ops! ini untuk template yang lain.. harap maap buk)... ada banyak foto nostalgia.... welcome! 


Firman Allah swt bermaksud:


“Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” 

(Surah Al-Qashash, ayat 76)


Frangipaniku mekar mewangi di sirami hujan waktu pagi..  alhamdulillah ia bertasbih bertahmid memuji keagungan Ilahi

SELAMAT DATANG DAN JEMPUT DATANG LAGI...

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?