Posts

Showing posts from June, 2012

Blog address rename @ cari nama yang senang..

Image
Alhamdulillah...bersua lagi.. bertemu lagi.. jumpa lagi.. dating lagi kita.. walau sebentar cuma.. Mohon maaf untuk coretan yang se ala kadar ini...  Sekadar pemberitahuan untuk "dearest friends and family" yang sering mengikuti catatan silam realiti di  " sepanjang jalan kenangan "  di alam maya ini sama ada membacanya tanpa sedar atau pura-pura sedar atau mampir sekadar dipinggiran sahaja.. saya telah menukar "remove" my blog ke alamat yang lebih  s e n a n g  di cari a.k.a search di google atau apa saja laman yang anda semua terokai. Ini kerana mendapat komen-komen yang berbau kritikan walau pun bukan hasutan tapi membuatkan perasaan sedikit tersentuh... betapa ada juga yang sebenarnya masih "suka membaca" laman blog yang di tulis sebagai rencana "sepanjang jalan kenangan" ini.  Terharu saya weh... susah benor nak cari blog mak nilah... susah nak cari ya?   Semenjak dua menjak setelah tidak berkerjaya tetap ini peras

Nostalgia di Roman Bath, UK

Image
Pride and Prejudice ialah salah sebuah novel klasik karya Jane Austen. Ia mengisahkan tentang rasa harga diri yang tinggi (Pride) dan prasangka (Prejudice) yang menyebabkan dua orang insan yang sepatutnya saling menyayangi tetapi disebabkan oleh perasaan ini mengakibatkan mereka terasing dan terpisah jauh. Apa yang menarik tentang novel yang diterbitkan pada tahun 1813 ini ialah ia telah banyak kali di adaptasikan dalam bentuk drama dan filem. Ketika berada di England pada tahun 1995, kegilaanku terhadap novel ini bermula apabila British Broadcasting Corporation (BBC) sebuah rangkaian television di London, seperti RTM kalau di Malaysia telah sekali lagi menerbitkan drama bersiri ini selama 300 jam waktu siarannya. Dan yang paling menariknya di sebabkan penangan drama ini, aku juga telah membeli novelnya dalam bentuk paperback. Paperback ni kiranya buku yang harganya lebih murah kerana kulit buku nya yang nipis dengan kualiti kertas yang juga nampak murah berbanding dengan bu

Dover - Calais - Brussel - Hamburg ke Amsterdam

Image
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah swt entri ini merupakan salah satu memori perjalanan  yang sukar untuk dilupakan.   13hb Jun hari ini genaplah anakku  Mohamad Akmal Amin bin Mohamad Azlan berusia 15 tahun.  "Selamat Hari Jadi abang.. semoga menjadi anak yang soleh, dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.   Berubahlah untuk menjadi insan yang lebih baik.. amin... ".    Aku mengandungkannya ketika berada di perantauan.   Membesar didalam rahimku dan mula mengaktifkan deria "six sense"nya dan lahir  ke dunia di bumi England yang bersejarah ini pada tahun 1997.     Apa yang paling istimewa mengenai perjalananku ini ialah aku membawanya bersama merentasi  benua melalui perjalanan laut melalui kapal P&O Ferry, "cruising" dari Pelabuhan Dover di England,  melintasi  Pelabuhan Calais di Peranchis, Brussels di  Belgium , Hamburg di Germany dan akhirnya tiba di Amsterdam ketika dia berusia 6 bulan di dalam kandungan.  Wow... glamournya abang ! (P