Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!


Pertama kali sampai di Sekincan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Walaupun majlis sudah hampir ke penghujung tetapi alhamdulillah... kami berjaya sampai ke destinasi yang di tuju apabila melihat "banner" pengantin mengalu-alukan kedatangan para jemputan di simpang jalan masuk.
Ben dan Adha


Buah Sukun

Cuaca amat baik sekali.  Seronok melihat buah-buahan seperti buah nangka dan buah sukun bergayut-gayut.  Melihat keterujaan anak-anak kami membezakan antara buah cempedak dan nangka.  Melihat mereka keseronokan menikmati ais cendol dan bubur kacang  sebagai pencuci mulut sementara saya dan suami tidak henti mengunyah rempeyek kacang hijau yang sungguh sedap dan ranggup disulami air sirap sejuk dari gelas melamine yang berlambang..ops.. lihat foto.. jangan marah ya!





sirap special




"Selamat Pengantin Baru" untuk kedua pengantin, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. dalam keberkatan limpah rahmat dari Allah swt...amin...  

potong elok2 ya...

Di sepanjang perjalanan pulang kami menjamu mata melihat sawah padi yang menghijau di Sg Burung, Tg Karang.   Rumah-rumah burung walit yang terbina di antaranya dan tali air yang membelah sawah padi menambahkan keunikannya. Malangnya awan tidak berkumpul cantik.. dan tidak pula kami bersua dengan si pesawah padi.

Anugerah Alam



Pepatah mengatakan " sambil menyelam minum air" ~ kesempatan ini kami ambil untuk membantu anak lelaki saya menyiapkan tugasannya bagi kertas kerja sejarah dalam liputan tajuk industri makanan .  

Di Tg Karang hingga ke Teluk Intan,  persaingan perniagaan yang amat hebat sesama peniaga di sana ialah industri pembuatan kerepek dan keropok.   Alhamdulillah.. dengan izin Allah swt kami berjaya menemui sebuah usahaniaga yang terletak di tepi jalan besar Tg Karang.










Usahaniaga ini sebenarnya dipelopori oleh Puan Juminah binti Ibrahim dengan di bantu oleh dua orang anak perempuannya bermula pada tahun 1995.  Minatnya bermula untuk berjinak menceburi bidang perniagaan ini setelah bekerja  di tempat pembuatan makanan lain berteraskan perniagaan yang sama.  Beliau memulakan perniagaannya dengan modal sebanyak RM30,000 dengan tenaga kerja seramai 3 orang dan mempunyai 3 buah mesin pemerosesan sebelum ini tetapi kini telah mempunyai tambahan 8 buah mesin lagi.



Iklan

Pada tahun 2008 mereka mula berpindah dan berupaya mengupah pekerja-pekerja seramai 5 orang.  Produk permulaan mereka pada asalnya ialah keropok bawang.  Kemudian ia berkembang dengan penambahan produk-produk lain seperti jejari bilis, jejari udang, kuih tiram manis, kuih akar kelapa, kerepek pisang Abu, kerepek sukun, kerepek tempe, sambal tempe, kuih ros, kuih sepit, kuih siput, tempeyek biasa (kacang tanah, dal dan tumpi), tempeyek bilis (bulat), tempeyek bulat ( kacang tanah, dal dan tumpi), maruku, karipap mini, bahulu cermai, bahulu ikan emas, kuih bakar, putu kacang/pulut dan aneka jenis biskut seperti tat nenas dan London Almond.

Pada tahun 2008, perubahan telah di lakukan dengan menukarkan nama perniagaan kepada nama yang lebih komersil iaitu Keluarga Jaya Resources.  Kini perniagaan Puan Juminah telah di ambil-alih oleh anaknya iaitu Cik Siti Hajar binti Sarsi.  Berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi MARA, beliau berharap dapat mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan oleh keluarganya ini supaya setanding dengan pengusaha-pengusaha yang lain di dalam bidang yang sama.

Cik Siti Hajar bersama YB Noh Omar





Pengusaha juga mendapat bantuan, pinjaman juga khidmat nasihat dari badan-badan seperti TEKUN Nasional, Jabatan Pertanian Selangor, Pertubuhan Peladang Kawasan serta FAMA iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang bertanggungjawab untuk menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk pertanian di Malaysia.

Di antara bantuan yang ditawarkan setelah membuat pembentangan kertas kerja ialah penambah baikan dari segi penambahan mesin-mesin pemerosesan, rak-rak pameran hasil niaga di ruang pameran, bantuan bahan-bahan binaan seperti simen, "tiles" untuk lantai, bumbung dan sebagainya.  Di samping itu dari masa ke semasa berbagai latihan dan bengkel-bengkel terkini di adakan untuk mengemas-kinikan kemahiran yang ada.

Di bawah Y.B Datuk Seri Haji Noh bin Omar, ahli kabinet yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Asas Tani yang berasal dari Tg Karang ini sendiri, berbagai usaha telah dilakukan oleh beliau dan barisan jentera kepimpinannya untuk menaiktarafkan jurang sosio ekonomi atau kehidupan kepada penduduk di sana.  Walau berbagai tohmahan ditaburkan ke atas beliau yang kita sendiri sebagai hamba Allah swt yang kerdil, tidak mengetahui betul atau tidaknya, tetapi walau apa pun beliau amat prihatin atau cakna (new word.. hehehe) akan warga penduduk di kawasannya dengan memberi perkhidmatan yang baik.

salah sebuah mesin pencanai doh



Doh keropok bawang yang telah di canai dan lapiskan sebelum di gulung untuk  proses pemotongan seterusnya










antara kawasan penggorengan
Bengkel pemerosesan perusahaan pembuatan kerepek
oven




rak-rak pameran

Keratan akhbar
keratan akhbar





Ruang pameran ini juga digunakan sebagai "one stop center" atau juga sebagai pusat hentian setempat bagi peniaga-peniaga lain yang tidak mempunyai bilik pameran untuk meletakkan hasil produk mereka.  Ramai ibu-ibu tunggal dan peniaga-peniaga kecil lain yang baru mula berkecimpung dalam perniagaan ini mendapat manfaat dari pusat seumpama ini.  Di antara produk-produk lain yang ada di jual di sini seperti keropok bika, keropok roda, kerepek ubi dan lain-lain yang menjadi kegemaran kanak-kanak khasnya.

Produk-produk ini terdapat di dalam berbagai saiz pembungkusan mengikut keperluan pembeli.







Anak lelaki saya yang membuat kertas kerja Sejarah


Di antara sebahagian dari produk-produk keluaran












Pepatah ini " Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" amatlah saya rasai kebenarannya.  

"I really feel the spririt moving on through my heart.."

Kenapa?  Tanpa membuat temu janji awal, tuan rumah iaitu pengusaha ini iaitu Cik Siti Hajar bersedia untuk membantu anak saya membuat kajian di premisnya.  Beliau bersedia untuk di temuramah malah sedia menyediakan bahan seperti kertas untuk nota, salinan-salinan lesen perniagaan, lesen pendaftaran, sticker pelekat produk, memberi keizinan untuk aku mengambil foto-foto di bengkel dan ruang pamerannya dan juga sebeban keropok kerepek untuk di bawa pulang.  SubhanaAllah.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi di atas nikmat ini.  Jutaan terimakasih tidak terhingga dari kami sekeluarga di atas layanan baik ini.

Ya.. apa lagi, setelah berpuluh tahun tidak membuat karangan bagi subjek Kertas Am, sedaya upaya saya berusaha mengerakkan jari jemari  di papan kekunci ini untuk mempromosikan usahaniaga kawan baru kami ini.. Ya.. apa tunggu lagi?  Untuk penjual-penjual keropok dan kerepek yang bagaikan cendawan tumbuh sempena musim perayaan yang akan tiba ini jangan lupa untuk berkunjung ke KELUARGA JAYA RESOURCES yang beralamat di lot 207, Bt 7, Jln Besar,455000 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi HP no :017-6619525 (Siti Hajar) dan 012-6026851 (Azura) untuk tempahan mendapatkan kerepek dan keropok untuk stok anda.  

Hanya diringi doa dengan seikhlas hati agar perniagaan mereka akan berkembang dengan jayanya.  Mungkin di suatu hari nanti dengan izin Allah swt mereka akan dapat membeli pengangkutan yang lebih baik lagi untuk kemudahan penghantaran ke seluruh pelanggan yang memerlukan penghantaran segera.  Mungkin terlalu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi terutama persaingan sengit dari manusia yang tidak henti cemburu mencemburui dengan perasaan hasad dengki dsb dalam bidang perniagaan.  Walau apapun sentiasalah kita ingat ayat yang sentiasa perlu diingat... " Ingat Allah swt .. Allah swt akan ingat pada kita".  Ingat itu wahai semua anda di luar sana.  Peringatan ini juga buat diri sendiri yang sentiasa mudah lalai dan leka... MasyaAllah... 

Perniagaan juga turut ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pintu rezeki yang utama.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sembilan dari per sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi).  Semoga terbukalah pintu-pintu rezeki untuk kita walau apapun usaha yang kita lakukan selagi tidak bertentangan dengan hukum agama Islam dan dari sumber yang halal.   Kenapa HALAL?.. kerana setiap apa yang kita dapat dari sumber yang halal akan akhirnya menjadi darah daging kita.  Insya Allah dengan darah daging yang baik itu kita akan mampu mengubah diri kita dari segi jasmani mahupun rohani... amin.... Semoga kita semua akan menjadi lebih baik.  InsyaAllah.. petikan dari sumber yang sohih.

Akhir kalam... wah... kalam bagai... akhir hentakan jejari di papan kekunci ini... jangan lupa ~"main point"nya ~ 

"LAI..LAI..LAI...mari beli keropok dan kerepek keluaran KELUARGA JAYA RESOURCES! "

Dan akhirnya tanpa di sangka berjaya juga sessi temuramah ala-ala  wartawan Majalah 3 ini berlaku..  terimakasih semua kerana sudi singgah sebentar  di entri ini...  InsyaAllah... akan ke sana lagi hujung minggu ini untuk melihat "Mini MAHA" yang akan di adakan di sana... JOM!

Comments

  1. Baca entry kau ni terasa macam buat Kertas Am dulu2. Sekarang Kertas Am ada lg ke?

    ReplyDelete
  2. entahlah... ada kot... sebenarnya aku nak bagi idea kat mamat aku ni camna nak buat... dan ambil poin2 penting untuk kertas kerja sejarah utk PMR ni. Dahlah kena submit lps balik cuti sekolah ni.. adoi.. semuanya last minute... maknya yg tension.. anak ita nya sure dah siap... skrg aku tgh pressure dia buat..

    ReplyDelete
  3. fuhh..leh simpan wat rujukan utk ank2 nie...dasyat kak An...apa pun terbaikkk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq elly.. ni kes mak yang panik.. anak buat de' aja..

      Delete
  4. semalam beli kerepek tempe cik siti hajar ni.. mmg ummpphhh... kejap je dah habeh...

    ReplyDelete
  5. sedap sangat kerepek tempe die...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?