Posts

Showing posts from May, 2012

si penaung jalanan yang masih tidak ku tahu namanya..

Image
Berhari-hari aku meng " google " mencari nama pokok ini.  Pokok naungan yang berbaris menghiasi sepanjang perjalananku setiap hari.  Paling minima 6 perjalanan ulang alik, paling maksima 12 perjalanan jika suami berada di luar kawasan.   Setiap perjalanan pergi mengambil masa 15 minit dan perjalanan balik pun begitu juga.   Alangkah seronoknya aku memandu sambil mencuci mata melihat barisan pokok-pokok naungan "favourite" ku ini. cantik.. Di sepanjang bulan Mei ini, hatiku mekar mengembang melihat keindahan bunga-bunga ini. Ungu cerah keputihan berjambak-jambak bergayut di dahan dan anak ranting pokok-pokok ini.  Apatah lagi bila angin bertiup kencang, gugusan bunga-bungaannya jatuh berguguran, bertebaran. Tidak dapat membayangkan betapa cantiknya anugerah kurniaan Allah swt ini.  Alangkah ruginya aku kerana setiap kali aku melalui perjalanan-perjalanan ini, terlupa membawa kamera kecil kesayanganku untuk mengabadikan kecantikan lukisan alam ini.   p

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Image
Pertama kali sampai di Sekincan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Walaupun majlis sudah hampir ke penghujung tetapi alhamdulillah... kami berjaya sampai ke destinasi yang di tuju apabila melihat "banner" pengantin mengalu-alukan kedatangan para jemputan di simpang jalan masuk. Ben dan Adha Buah Sukun Cuaca amat baik sekali.  Seronok melihat buah-buahan seperti buah nangka dan buah sukun bergayut-gayut.  Melihat keterujaan anak-anak kami membezakan antara buah cempedak dan nangka.  Melihat mereka keseronokan menikmati ais cendol dan bubur kacang  sebagai pencuci mulut sementara saya dan suami tidak henti mengunyah rempeyek kacang hijau yang sungguh sedap dan ranggup disulami air sirap sejuk dari gelas melamine yang berlambang..ops.. lihat foto.. jangan marah ya! sirap special "Selamat Pengantin Baru" untuk kedua pengantin, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. dalam keberkatan limpah rahmat